Friday, December 23, 2011

Kopi.Pes:Tunang – Rahsia vs Umum

Actually tajuk ni memang dah lama nak diutarakan, tapi memandangkan ketiadaan masa yang cukup untuk membuat kajian, maka buat masa ini memadailah kiranya share dulu artikel ini.

**********************************************************************

Ada orang post video “I’ve been proposed & I’m engaged” di facebook dan ramai yang share dan bercerita tentangnya. Ada yang kata comel, ada yang kata sweet, ada yang kata macam-macam lagi…


Selepas menontonnya, ada suatu tanggapan dan cara pandang yang berlainan yang saya rasakan. Saya kurang bersetuju kerana pada pendapat saya perbuatan ‘mengiklankan’ pertunangan itu sesuatu yang tidak harus dilakukan. Kalau tak jadi kahwin nanti macam mana???

Saya pernah mendengar ada hadith yang lebih kurang berbunyi, “rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan” namun saya kurang ingat perawi dan matan hadith tersebut samada sahih atau bukan. Maka saya pun mencari status hadith tersebut… Saya bertemu dengan dua version, ada yang sahih, ada yang dhaif. Berikut merupakan keterangan mengenai kedua-duanya.

( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )

Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).

Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).

Adapun yang sahih, matannya sedikit berbeza.

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil.

Tahniah kepada pembuat video tersebut kerana dia beruntung dipertemukan dengan lelaki yang gentleman dan bertindak melamar dan terus bertunang. Semoga dipermudahkan urusan pernikahan anda berdua! Amiiiiin….\(^^,)/

(Semoga dipermudahkan jodoh saya juga!=p)

Mungkin disini terdapat dua perbezaan pendapat. Ada golongan ulama yang berpendapat menggalakkan (sunat) disembunyikan pertunangan, dan ada juga yang mengharuskan untuk menghebahkan. Saya berpendapat dengan pendapat untuk menggalakkan (sunat) disembunyikan…Peace!=)

Golongan yang menggalakkan( sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah sebenarnya disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain,sepertimana yang dinaqalkan dari laman web islamweb.net, yang menyebutkan:

قال الخرشي في شرح خليل: وأما الخطبة بالكسر فيندب إخفاؤها كالختان وإنما ندب الإخفاء خوفاً من الحسدة

Terjemahan: Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain).

Rujukan: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=65842&Option=FatwaId

Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum (bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:

قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان ، فإن كل ذي نعمةٍ محسود ) رواه الطبراني وصححه الألباني في صحيح الجامع:943

Terjemahan: Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya). Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami’ (no 943).

Manala tau ada orang yang dengki dengan tunang anda, comel, cun, solehah sangat sampai membuatkan para jejaka Malaya semuanya jeles, lebih baik dirahsiakan dulu sampai hari pernikahan. 2-3 bulan atau setelah confirm tarikh pernikahan barulah dihebahkan. Baru surprise, ye dak? Hehe…

Plus, kesianla sikit kat orang yang bujang yang tercari-cari calon masih tak jumpa lagi… Or yang dah jumpa calon tapi ‘masih mempunyai masalah’ untuk menikah dan tak dapat restu ke apa ke….Janganlah bagi diorang jeles dengan kebahagiaan anda. Tak perlulah nak heboh satu dunia anda sedang bahagia, ye dak? Ke pendapat saya salah? Kalau salah, I’m Sorry…

Well, lain orang lain pendapat. This is just my ‘dua kupang’. Peace! (^^,)v

**********************************************************************

Dari blog Dr Radzi.

Personally, i did agree with his opinion, yang mana bertunang dirahsiakan, berkahwin dihebohkan, sebab utama risau ada halangan sehingga pernikahan tu gagal dilaksanakan (harap dijauhkan, insya allah). Tapi satu persoalan timbul di sini ye rakan-rakan, kalau tunang dirahsiakan, kahwin dihebohkan, kapel2 ni masuk group mana lak? Patut dirahsiakan atau dihebohkan? :)

Dahnakmandiokaybabai!

1 comment:

  1. tunang elok dirahsiakan, byk kebaikan..kapel2 x de kategori la abg azwan, hehe..nnt kahwen jgn lupe jemput tau~ ^_^

    ReplyDelete