Monday, January 28, 2008

:: canon in D ::

time : 02.55pm
date : january 28, 2008
place : bilik yg paling best.. :P
background music : canon in D, by yngwie malmsteen (xtau sape org nih, dh nih yg tetulih kt menu lagu tuh...

Berada di bilik pada ketika aku sepatutnya menghadiri kelas bukannlah sesuatu yg menyeronokkan rupanya. Sepatutnya pada ketika ini aku ada sesi makmal, tp tanpa pemberitahuan, jadual makmal tuh dh dirombak semula, dan pada minggu nih aku tiada sesi makmal utk dihadiri. Yay! Barangkali tuh la ayat yg sepatutnya aku luahkn, sbb biasanya dak2 skrg nih lagi suka xde kelas dari hadiri kelas. Namun, skrg nih aku cam rasa a bit bosan lak kt bilik. Nk borak ngan rumet, dia tgh tdo lena. Nk join skali, kang terlepas lak kelas kul 4. So nk tanak duk je la depan laptop nih, tgk kot2 ada mende berfaedah yg aku leh wat… (xpasti la updet blog nih under kategori berfaedah ke x, ngeh3… )

CURRENT SONG AT PLAYLIST: BALADA HATI, KRU…

Oh, sememang mudah bermadah
Memang mudah bercinta
Namun amat sukar menerima
Tika dikecewa…

Menjadi student tahun ketiga kt universiti nih xde la best sgt pun. Pasal akademik, lab report yg melambak seperti biasa, assignment yg secara tiba2 muncul menggunung, dan kuliah yg seperti tak terkejar lagi, tu kira dh menjadi asam garam kehidupan aku kt UM nih. Tp satu g cabaran yg xrasmi, yg asyik2 dikatakan oleh member2 aku…

“student tahun tiga takkan xde awek lg kot…”

Kebiasaannya aku mmg xpernah memikirkan soal nih secara mendalam. Kalau nak diikutkn, dah bnyk aku tulis pasal topik nih, sama ada kt blog nih atau kt blog lama aku. Tp honestly la, time tuh aku berfikir atas pandangan seorang remaja yg xmatang, yg masih lg xtau selok belok dunia tuh. Tu yg kadang2 merepek tak tentu hala tuh. Tp skrg nih mende nih cam dh jd mainan fikiran lak. Nasib baik xterlintas di fikiran setiap masa, kalo x ada je aku balik rumah trus ckp kt mak nk kawen, LOL!

Tp tah la, aku pun cam xdpt bg pandangan sebenar aku pasal hal nih. Nk ckp aku tanak, mmg la aku nk. Sape yg tanak mende nih kn…Nk ckp aku nk sgt2, rasa2 xde la smpi tahap terdesak sgt. Tapi satu la, sejak kebelakangan nih aku dh makin berani membincangkan perkara cinta nih secara face 2 face kt member2 aku. Bagi yg sedar diri anda terpilih utk menerima rahsia kerajaan Azwan nih, harap2 korg pandai2 la simpan kepercayaan aku kt korg tuh. Macih~

Mmg btul gak la org ckp, jauh perjalanan luas pengalaman. Dh bnyk aku tny org, dh bnyk aku cerita kt org, dh bnyk aku dgr pengalaman org, aku cam ada dua pandangan utama lak pasal hal nih…

Pandangan pertama, cinta nih membahagiakan…

Ni aku dgr dari member2 aku yg boleh dikatakan dpt mencari pasangan sehati sejiwa diorg la. Tul ke x sehati sejiwa, tu hanya Allah dan diorg je la yg tahu. Ada yg dulunya panas baran, sejak couple trus ilang sifat panas baran tuh sedikit demi sedikit. Ada yg dulunya bangun lambat, sejak berkenalan dgn dat special someone, skrg dia yg kejutkn rumet dia. Ada yg dulunya malas bersukan, sejak mula rapat, kalau sehari xbersukan cam xsah hidup. Bagi yg dpt alami perubahan2 seperti nih, tahniah la. Mendengar pengalaman2 rakan2 aku yg baik nih, seperti teringin untuk mencuba…

Pandangan kedua, cinta nih menyiksakan…

Ni pun aku dgr dari member2 aku gak. Ada yg seperti sentiasa dikongkong oleh teman istimewanya, sampaikn nk keluar ngan member pun xleh. Ada yg kna buat laporan kat mana dia berada all da time, smpi kadang kala menyusahkn lak. Tp da worst one biasanya berlaku kalo diorg memutuskan perhubungan la. Ada yg disebabkan kehadiran org ketiga (aku biasa tgk mende nih dlm muvi je, xsangka lak aku akan dengar mende2 nih berlaku kt sekeliling aku…), ada yg dulunya serasi, tah macam mana skrg tetiba hilang keserasian tuh, ada yg dulunya bahagia, tetiba rahsia dia bocor, trus perang saudara. Mendengar pengalaman2 camnih, seperti sentiasa menghalang hasratku untuk mencuba. Satu, mungkin aku takut yg aku sendiri akan mengalami masalah2 tuh, dan aku xpasti la sama ada aku masih lg dapat mengawal perasaan sekiranya perkara nih terjadi. Yg keduanya, aku sendiri seperti tidak sanggup untuk menyakitkan hati dan perasaan org lain. Jujurlah, aku xpenah suka memarahi org lain, apa lg membenci org lain. Dan sudah semestinya aku tidak suka dibenci oleh org lain. Pernah suatu ketika, aku memarahi org bawahanku, disebabkan masalah yg timbul semasa mengendalikan projek. Habis je sesi marah2 tuh, aku trus beredar dari kawasan mesyuarat. Bkn la meluat ka apa ka, tp aku cuba menyembunyikan diri dari dilihat org ramai, sbb time tuh air mata dh mula mengalir kt mata aku. Mmg, kalo aku marah org je xlama pastuh konpem aku nanges. Sbb tuh la aku xske memarahi org lain. Dan riso gak kalo aku terpaksa memarahi dat special someone, atau aku lak yg dimarahi, dibenci dan dibuang jauh2 dari hidup dat special someone. Time tuh xtau la apa aku nk wat…

So, sedikit sebanyak angel_me dan devil_me dlm diri aku nih tgh bertarung pasal soal cinta nih. Satu ckp cinta nih best, satu g lak ckp mende nih xbest. Rasa2 aku kna tggu la mna satu yg menang, baru la bole aku wat keputusan, hehe. But in da mean time, aku lebih selesa berkawan sahaja dgn ramai org. cam dlm post aku sebelum2 nih, kawan ngan kapel secara generalnya xde bnyk beza sgt. So, kalo xde beza, why dun we just remain frens je kn?

CURRENT SONG AT PLAYLIST: JIKA KU TAK BANGUN ESOK PAGI, YUSRY…

Ni antara beberapa komen kawan2 aku la pasal satu sikap buruk aku…

“x elok emo2..nnt dpt byk pnykt nnt bini pn lari”

“kalu kamu brubh kurgkn emo msti rmai yg ske”

“always control our mode”

“jgn temper2 karang org x suka”

“practice stress-reduction activities”

OK, so soalan cepu emas utk hari nih, ape sikap buruk aku tuh? LOL~

Tah la, aku dh lama sedar masalah utama aku nih. Kdg2 mende nih terjadi secara tiba2. Aku xbercadang pun nk jd camtuh, tp bila dgr je something yg aku xsuke, something yg aku benci sgt2, tetiba je dat thing happen. Dan kdg2 hasilnya xde la sesuatu yg menggembirakan. Mmg, a fren of mine penah ckp, kalo kita buat baik camna pun, biasanya org susah nk sedar. Kdg2 diorg siap piki g, dak nih ada hidden agenda ke..Tp skali kita buat menda jaat, naik angin, tetiba marah2, smpi bila2 org akan ingat.

N sadly, nih la yg sering aku lalui, sejak kecik lg. Sejak aku mula berkecimpung dlm bidang kepemimpinan nih, seingat aku sejak aku darjah 5 lagi. Tu pun stakat jd ketua kumpulan je. Xselalu terjadi, tp once aku dpt tahu sesuatu perkara yg aku tak gemari berlaku, mula la aku jd my devil_me secara tiba2. N at dat peticular time, rasa2 semua pandangan org lain kt aku dh berubah seratus peratus. Siap pandangan tuh buat back-flip lg…

Alhamdulillah, perkara nih dh lama xberlaku kt aku. Dgn izin Allah, aku dh makin dpt mengawal sikap mengikut perasaan aku nih, dan aku lebih gemar memikirkan pandangan yg kedua dlm post aku yg sebelum nih. N Alhamdulillah, setiap kali aku memikirkn mengenai org lain, aku masih lg dpt tersenyum, walaupun pada ketika tuh nafsu amarah nih dh nk mendidih p tahap didih dh. Cuma hari tu secara tiba2 emo nih dtg balik. Tu yg kna tegur ngan member aku tuh, dat topmost komen tuh. Pastuh aku trus terfikir balik, kenapa aku emo time tuh?

Kdg2 kalo aku kenang balik saat2 aku mengikut perasaan secara tiba2, rasa cam bodoh lak tindakan aku time tuh. Mostly, aku bertindak emo atas sebab2 kecik je, pada pandangan org lain la. Pd pandangan aku, of course la dia wat kesalahan besar. Tp tu la, lain org lain pandangan kn. But still, rasa2 kalo aku xnaik marah ketika tuh, it would be much better. N lepas kna tegur tuh, aku trus berazam tanak g terlalu mengikutkan perasaan.

Cara aku nk kawal perasaan aku boleh dikatakan agak mudah. Aku just perlu niatkn, aku wat mende tuh kerana Allah, or paling truk pun sbb seseorang itu. So, kalau seteruk mana pun mende tuh, aku masih lg dpt tersenyum, kerana aku dpt berbuat something utk seseorang itu. N hopefully aku dpt apply mende nih all da time, agar aku dpt kawal perasaan aku dgn lebih baik.. (sure korg xpaham method yg aku guna nih kn? Aku pun xpaham sebenarnya, tgn aku yg laju sgt menaip mende2 tuh, ngeh3…)

Ingat nak tulis lagi panjang, tp tah la, tetiba je hilang segala idea untuk menaip. Dan memandangkan jam dh menunjukkan pukul 0341pm, rasa2 baik aku bersiap2 nk ke kelas pengurusan projek kul 4pm nanti. Mmg for sure aku akan bosan la, sbb this time lecture nk wat kelas dari 4 smpi 7, 3 jam berterusan! Tp xpe la, at least skrg aku dh tau nk kaco sape kalo tgh bosan, n lagi2 kalo tgh lapar nih, hehe…N as for Liyana n yg lelain, sori. Smpi skrg aku masih lg xdpt upload video kompang 2nd aritu kt dlm blogspot nih. Sama ada cara aku yg salah, atau mmg internet kolej skrg xmembenarkn aku berbuat begitu. Setiap kali nk upload, awal2 ok, dh separuh jalan, tetiba screen jadi putih. Dh lama aku tggu tp xde respon, aku just restart je la firefox. Tgk2 kna start dari awl balik. Hampeh~ Tp xpe la, nanti aku try guna internet tempat2 lain lak, mna tau dpt ke. Kalo dpt upload nanti, rajin2 la tgk persembahan juara kompang FESENI UM this year, ngeh3…

spoken by...

angel-me

03.45 pm

january 28, 08


*n to miss teddy, thanks for da post. xsangka lak ada lg org nk wat post2 camtuh skrg nih, dh berapa bulan dh, hehe...btw, thanks sgt2.. :)

Friday, January 18, 2008

:: To THINK or not to THINK.. ::

time : 08.39 am
date : january 18, 2008
place : bilik asal aku...
background music : alangkah indahnya, now see heart...

Setiap kali sesuatu perkara itu berlaku, apa yg korg semua akan fikirkn? Adakah korg hanya akan memikirkn dari pihak korg je, ataupun korg akan cuba memikirkn dari pihak yg satu lagi?

Baru-baru nih satu peristiwa telah berlaku kpd aku yg sedikit sebanyak menyebabkn aku mula berfikir mengenai perkara nih. Sebagai juara FESENI kompang UM, secara xlangsungnya kami, team kompang Kolej 2, dh menjadi seperti pasukan kompang UM. So, segala acara yg berlaku di peringkat UM, yg memerlukan iringan kompang, pasukan kamilah yg akan dipanggil. Dan beberapa hari yg lepas, kami telah diminta untuk mengiringi ketibaan Menteri Pengajian Tinggi di Fakulti Undang2, sempena sesi beramah mesra beliau bersama pemimpin2 mahasiswa UM.

Kapten kami, Faiz hanya diberitahu mengenai permintaan ini sehari sebelum program. Dan kami diminta dtg ke lokasi pada petang hari berlangsungnya program tuh, tanpa apa2 pemberitahuan mengenai apa yg perlu dilakukn, bagaimana, bila dan segala macam persoalan yg boleh ditimbulkn. Setibanya kami di sana, kami disambut seorang wanita, yg aku rasa organizer bagi program tersebut. Dgn gaya pemakaian yg agak elegan, aku rasakan dia nih mesti lulusan luar negara. Dan dia pun membenarkn apa yg aku jangka, kerana dia sendiri mengatakan bahawa dia lulusan Amerika, dan mengaku tidak tahu menahu mengenai seni kompang nih; camne ianya dimainkn semasa mengiring dan sebagainya. Semasa kami memainkn paluan kompang biasa yg dimainkn semasa mengiring, dia mengatakan bahawa paluan tuh xbersesuaian dgn majlis formal ,sbb hanya nada yg sma diulang berkali2. Dan dia juga meminta ahli kompang wanita supaya memakai kasut tumit tinggi, supaya nampk lebih elegan katanya. Setelah mengetahui kami telah mempunyai persalinan kompang kami sendiri, dia kemudiannya menyerah kalah dan membiarkn sahaja kami memakai persalinan biasa kami. Setelah menunggu beberapa ketika, kami didatangi pula seorg lelaki, yg lebih mengetahui mengenai ilmu2 kompang nih. Dengan perasaan lega, kami berbincang dgn lelaki nih, dan dia telah dpt menjelaskn segala kekeliruan yg sedang kami hadapi ketika itu, disebabkn oleh wanita elegan tadi. Akhirnya, kami mendapat kata putus untuk mengiring seperti mana yg kami biasa lakukn.

Pada mlm program itu berlangsung, timbul pula beberapa perkara yg agak mengecewakan kami semua. Semasa VIP dtg, kapten kami mahu member isyarat untuk memulakn paluan kompang, namun secara tiba2 ajk program menghentikan kami. Sehinggakan VIP sendiri bertanya,

“napa kompang tak main lagi nih?”

Dan kami yg masih tak tahu menahu kenapa kami tidak boleh memulakn lagi paluan terpaksa tersenyum hambar je la. Dh VIP bergerak jauh sikit, barulah kami diberi kebenaran untuk memulakn paluan. Segala-galanya berjalan lancar selepas itu, namun ketika VIP sudah tiba di tempat program, kami diminta menghentikan paluan secara kasar. Wanita yg mula2 tadi tuh memberikn isyarat berhenti secara kasar, agaknya mungkin dia merasakan paluan kompang boleh berenti camtuh je kot. Dh abeh mengiring, kami menunggu arahan selanjutnya dari pihak penganjur. Dh hampir 30 minit menunggu, tetap xde arahan apapa dari wanita tadi tuh. Kami pun cuba la mencari sesiapa untuk bertanyakan apa yg perlu kami lakukn, kerana sebelum bermain kami dikatakan akan disediakn sedikit jamuan setelah selesai mengiring. Tgk2 kalo nk mkn jamuan tuh, kami kna tggu program tuh berakhir dahulu, ni pun kami dpt tahu dari lelaku yg bnyk tahu pasal kompang tuh. Oleh kerana agak malas menunggu, dan masing2 sudah kelaparan, kami terus beredar dari situ dan pulang ke kolej.

Sepanjang perjalanan, rakan2 pasukan kompang tidak habis2 mengutuk wanita itu. Dan secara umumnya, ada dua pandangan yg berlegar2 di fikiran kami ketika itu:

Pandangan pertama

“Wanita itu langsung tidak menghormati kami, bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang la. Langsung x mempedulikan kami setelah kami selesai mengiring VIP, cam x hormat kt kami je, sbb gaya dia memberikn isyarat berhenti bermain tuh agak kasar, dan bnyk lg la tuduhan yg kami timbulkn. Dah la time berbincang demand lebih2, nih org dh main dia langsung xlayan lak.”

Pandangan kedua

“Wanita tuh bukan xhormati kita. Time bincang tuh mebi dia betul2 xtau pasal kompang, sbb tuh la ckp macam2. N pasal nk berhenti tuh mebi dia mmg btui2 xtahu yg kompang xleh dihentikn secara mendadak, tu yg dia berkeras nk kompang dihentikn immediately tuh. N mebi nih program pertama dia yg dihadiri menteri kot, sbb tuh la dia cam menggelabah semacam jer…”

Secara jujurnya, semua rakan2 kompangku memberikn pandangan pertama, dan perjalanan pulang kami ke kolej penuh dgn sesi kutukan wanita tuh. Dan pandangan kedua tuh, rasa-rasanya aku sorg je berfikiran mcm tuh…

Ada bnyk sebab kenapa aku berpandangan sebegitu.

Yg pertamanya, aku teringat kisah Rasulullah s.a.w., di mana semasa Baginda menyampaikn dakwahnya di salah satu kawasan yg aku telah lupa namanya, Baginda telah dicerca, dimaki hamun, dihalau sehinggakan penduduk kawasan itu membaling Rasulullah dgn batu, sehinggakan Baginda cedera teruk. Dikatakan darah Baginda memenuhi capal yg dipakai Rasulullah. Apabila Rasulullah berjaya meninggalkan kawasan itu, Baginda didatangi malaikat Jibril dan malaikat gunung, meminta green light untuk menterbalikkn gunung ke atas kawasan perkampungan itu tadi. Dengan tenang Baginda menolak permintaan kedua2 malaikat itu, dengan alasan penduduk kampung itu tidak mengetahui kebenarannya, insya Allah sekiranya mereka mengetahui perkara sebenar, sudah tentu mereka tidak akan berbuat sedemikian..

Sebab yg kedua aku berpandangan sedemikian adalah aku sentiasa memikirkan perasaan org lain semasa melakukan sesuatu. Ni hasil didikn ayahku sendiri, di mana ayah sentiasa memikirkan perasaan org lain apabila ingin melakukn sesuatu. Benar, pada fikiranku wanita tadi tidak mengetahui tentang selok belok permainan kompang nih, sbb tuh la dia berkelakuan sebegitu. Berlainan pula dengan lelaki yg lebih mengetahui mengenai seni kompang nih, dia lebih rasional semasa berbincang dgn kami, dan lebih memudahkn kami merancang.

Tapi tuh la, dlm 16 org ahli pasukan kompang kolej 2, hanya aku sorg je berfikiran camtuh. Kebiasaannya, kita akan mengikut suara majority, di mana idea yg lebih ramai penyokong adalah diterima oleh ramai. Kalau camtuh, adakah aku salah kerana berpandangan sebegitu? Atau aku juga perlu mempersalahkn wanita itu kerana melayan kami seperti itu?

Bukan ini je peristiwa sebegini yg berlaku. Ada banyak lagi peristiwa yg seakan-akan sama, yg membuatkn aku berfikir panjang mengenai perkara ini. Seperti rakan2 ku mengata pemimpin2 mahasiswa, ckp diorg xwat itu la, xwat ini la. Sebagai bekas pemimpin mahasiswa, aku tau la serba sedikit kenapa masalah2 itu berlaku. Secara umumnya, bkn diorg xnak bertindak, namun halangan dari pihak atasan, kekangan masa, kekurangan bajet secara xlangsung dpt menghalang segala aktiviti yg telah dirancang utk kebaikan bersama. Sebagai mahasiswa, mmg kita xsedari la segala masalah itu, sbb tuh la kita just lancar je mengutuk pemimpin2 mahasiswa, ckp diorg xwat keje la, apa la.

Segala periswita ini membuatkn aku berfikir, adakah perlu kita memikirkn mengenai sesuatu perkara itu dari pandangan org lain juga, atau kita hanya perlu memikirkannya dari pandangan mata kita sahaja.

So, reader’s, what do u think?


spoken by...

angel-me

09.31 pm

january 18, 08

Tuesday, January 15, 2008

:: aku dan sesuatu... ::

time : 09.00 am
date : january 15, 2008
place : dah kembali ke bilik asal
background music : tanpamu, in team...

Assalamualaikum, dan salam sejahtera..

Dah sebulan blog ini ditinggalkn. Mungkin kerana kemudahan internet di Kolej Kediaman yg makin tenat dari hari ke hari sedikit sebanyak menjadi penyebab utama ketiadaan moodku untuk mencatat sesuatu di diari maya ini. Namun, aku sentiasa merasakan ingin menulis sesuatu di sini, kerana begitu banyak perkara yg ingin dikongsi, yg ingin dilakarkn di sini, yg mungkin bole menjadi panduan dan pengajaran kepadaku sendiri suatu hari nanti…

Aku dan kompang…

Alhamdulillah, hari sabtu yg lepas berlangsunglah pertandingan kompang Festival Seni UM bagi sesi ini. N unexpectedly, kolej aku dpt tempat pertama dlm pertandingan tuh! yay! hehe..Mmg, kemenangan ini tidak dpt dijangka oleh sesiapa, kerana pada mulanya kami hanya mensasarkan tempat ke3 atau ke2 sahaja, kerana dari pemerhatian rambang kami, Kolej 1 dan Kolej 9 lebih berpeluang merangkul kejuaraan, berdasarkn persembahan mereka yg lebih mantap dari kami. Namun, mungkin hari itu kami bernasib baik. Cuaca yg bersesuaian, keserentakan pukulan yg mengejutkan, kekuatan suara yg lain dari biasa, dan beberapa lg faktor lain yg mungkin menjadi penyebab kejuaraan kami pada tahun ini. Bayangkn, Kolej 9 yg sudah memenangi kejuaraan kompang ini selama 7 tahun berturut2, kini jatuh di tangga ketiga sahaja. Bukanlah aku memperkecilkn kebolehan mereka, tp selama ini ada beberapa ketikanya kejuaraan mereka sering dipertikaikn, mungkin kerana ketua hakim pada ketika itu adalah dari kalangan mereka sendiri. Kegembiraan kami ketika keputusan tu diumumkn mmg tidak boleh digambarkn di dalam kata2. Buat pertama kalinya aku dpt merasai kenikmatan menangis kerana kegembiraan, kerana segan aku ingin katakana, namun setelah keputusan kejuaraan kami diumumkn, air mata kegembiraan seperti mengalir di mataku. Bagi yg bernasib baik, dpt la diorg melihat aku menangis di khalayak ramai buat kali yg pertama. Tp xpe la, rata2 ahli pasukanku yg ditanya, diorg pun nanges gak, so xde la malu sorg2 je nangis nih, hehe…Sekalung penghargaan aku ucapkn kt rakan2 pasukan kompangku ; mangga, kapten faiz, topek, fifi, hafis, blur, abuya, aiman, alan, fiQ, zati, cikda, wawa, tiena n ema atas kerjasama korg. Xsangka dpt gak aku merasai menjadi juara keseluruhan kompang feseni um nih, cam xterfikir pun dpt no 1… Tp kemenangan nih xde la dpt dibanggakn sgt pun, sbb aku dgr2 pun pasukan kami menang dgn kelebihan 1 mata je dari tempat kedua, iaitu Kolej 1. But a win is still a win, right..? hehe.. :)

Aku dan akademik…

Cam xsangka lak, sedar x sedar aku dh smpi ke semester keenam pengajianku kt UM nih. Insya allah, setahun lebih lg aku dh dpt menamatkn pengajian nih, dan akan mula menempuh segala cabaran dlm dunia pekerjaan nanti. Sem nih aku dpt amik 15 jam kredit je, meaning that aku hanya mengambil 5 subjek je sem nih. Ingat nk amik subjek yg aku fail tuh, but sadly that subject tak ditawarkn utk sem nih. So aku kna amik sem 1 nanti la. Alhamdulillah, setakat nih aku masih g paham segala apa yg diajarkn, tp biasanya keadaan nih takkan kekal lama pada aku. Awal2 mmg la azam baru, tahun baru kn, tp lama2 azam tuh cam ilang lak, ditelan peredaran masa yg xpernah berhenti. Nanti dh nk dekat exam tuh baru la sibuk nk cari notes, sbb sebelum nih kdg2 x pegi kelas pun. Sbb tuh la aku kantoi satu paper kot, LOL! But anyway, insya allah dat thing will not happen this time. Skrg aku nk mula blajar pun masih xdpt g, sbb buku rujukn xde g. tp still aku dh dpt blaja skit2, sbb mostly notes dh ada, just mood blaja je xde. Arap2 ada la sumthing or someone out there yg bole naikkn mood blaja aku, arap2 this sem pointer aku yg dh makin jatuh nih xjatuh lg la, hehe…

Ingat nk tulis banyak g, tp masa pun dh agak lambat kn. Azam tahun baru aku simple je, wanna be a better man. Tp in order to do that, ada la bnyk aspek2 lain yg aku kna jaga. N aku skrg nih cam jauh g nk jadi dat better man yg aku idamkn tuh. Tp xpe, insya allah aku akan try my best to achieve dat, n rasa2nya I’ve found someone dat can guide me well, in order to achieve my goal this year. Thanks utk dia, stakat nih aku dh dpt buat a few things yg aku susah sgt nk wat dlu, aku dh dpt lawan nafsu kemalasanku utk wat something more beneficial for me. So, for starters, aku tanak lambat p klas g, dan oleh kerana jam menunjukkn pukul 0928hrs, dan kelas aku start kul 1000hrs, rasa better aku bertolak skrg nih. Insya allah, kalo ada kesempatan g, n kalo internet masih ok g, aku akn updet g blog nih. Maaf kpd sesiapa yg sering mengunjung blog nih, nk tgk di diupdet ke blum.. (yg letak kt Google Reader tuh xaci ek, man..ngeh3..)


spoken by...

angel-me

09.32 am

january 15, 08

*i wish to put some kompang pictures here, tp internet cam xmengizinkn lak, later i'll add it here la.. :(