Thursday, November 29, 2007

:: To SAY or not to SAY... ::

time : 01.32am
date : november 29, 2007
place : bilik org lain, sbb bilik aku ada org guna, waa... :(
background music : bsb, as long as u luv me...

Perasaan kasih dan syg sentiasa akn timbul di antara lelaki dan perempuan. Sama ada ianya berlaku dlm sekelip mata, atau setelah mengharungi cabaran hidup setelah sekian lama, perasaan ini sentiasa akn muncul, sama ada kita sedari atau tidak. Namun, ada sesetengah manusia yg beranggapan bahawa sekiranya perasaan ini tidak dikhabarkn kpd si dia, bermaksud hanya mendiamkn sahaja perasaan itu tanpa sebarang niat utk memberitahu pihak yg lagi satu, maka perasaan kasih, atau lebih biasa digelar cinta itu tidak wujud sama sekali.

Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada anda semua. Sekali lagi trima kasih kerana masih lg sudi membaca coretan2 mengarut yg dituliskn disini. Kepada mana2 pihak yg menanti blog ini diupdate, mohon maaf diucapkn kerana sudah tidak lama tidak menulis sesuatu di sini. Seperti biasa, alasan yg sama akn diutarakn ; ketiadaan masa kerana minggu peperiksaan, ketiadaan idea bahan yg mahu ditulis, dan sudah semestinya ketiadaan mood, atau kemahuan utk mencoretkn sesuatu di sini.

Utk pengetahuan semua, pada ketika ini aku masih lg di kolej kediaman kedua, di UM, kerana perlu mengikuti sesi latihan pasukan kompang kolej 2 selama 3 minggu, sehingga 16.12.07 nanti. Dan oleh kerana kemudahan internet yg sentiasa seperti seakan-akan memuaskn hati sepanjg berada di sini, kemahuan utk mengupdet blog ini timbul secara tiba2 pada mlm ini, setelah tgn penuh dgn kesakitan kerana memukul kompang dan setelah hampir kebosanan tanpa aktiviti utk dilakukn.

Rasanya tak perlulah aku tuliskn apa aktiviti aku semasa cuti nih, kerana bagi rakan2 yg sudah sedia maklum, hampir 3 tahun aku mengalami situasi yg sama seperti ini. Ketika rakan2 yg lain berada di kampung halaman masing2 ketika cuti semester ini, aku dan bbrp rakan yg lain masih lg berada di kolej, bagi menyelesaikn beberapa tugasan n aktiviti yg perlu dijalani. Hopefully next sem dpt la aku bercuti dlm ertikata yg sebenar, bercuti bersama2 keluarga yg sentiasa dirindui, insya allah..

Oleh itu, bagi post ini, aku akan cuba melakukn beberapa kelainan, di mana aku akan cuba mencetuskn satu persoalan, yg mana aku mengharapkn anda, pembaca blog ini, untuk memberikn pendapat anda di dalam isu yg aku cuba utarakn utk kali ini, iaitu sama ada seseorg yg memendamkn perasaannya dan meneruskn perhubungan hanya sebagai kawan itu lebih atau sama eloknya daripada seseorg yg meluahkn perasaannya kpd org yg diminati, dan seterusnya boleh digelar pasangan kekasih.


Sebagai pasangan kekasih…

Boleh diajak keluar dating, keluar tgk wyg sama2, mkn kt luar sama2 dan menghabiskn masa bersama2.

Sebagai pasangan bersahabat…

Juga boleh diajak keluar bersama2, tgk wyg bersama2, mkn kt luar sama2 dan juga menghabiskn masa bersama2…

*aik, macam sama je…urm…


Sebagai pasangan kekasih…

Boleh msg2 sepanjang masa, time pagi2 ckp gut moning, time sbelum tido ckp gutnite, n mcm2 lg la..

Sebagai pasangan bersahabat…

Pun bole msg2 spanjang masa, time pagi2 ckp gut moning, time nk tdo ckp gut nite, n mcm2 g.

*urm…sama lagi…


Sebagai pasangan kekasih…

Time beday dia bg hadiah atas nama kekasih hati, bg kad yg jiwang2, kunun nk tunjukkn rasa kasih syg yg teramat sgt kpd buat hati..

Sebagai pasangan bersahabat…

Time beday dia bg hadiah, tp atas nama persahabatan, bg kad yg penuh makna, nk tunjukkn penghargaan kerana sudi bersahabat susah n senang..

*aha…ni lain sikit…


Sebagai pasangan kekasih…

Kalo gaduh, n kemungkinannya ‘clash’, ada sesetengah org trus putus hubungan sampai bila2..

Sebagai pasangan bersahabat…

Kalo gaduh beso mana pun, lelamer bole ok balik, sbb susah nk tgk dua sahabat mengalami situasi ‘clash’ mcm pasangan kekasih..

*hehe, ni mna yg ok nih…


Sebagai pasangan kekasih…

Kita dpt mengetahui ada seseorg yg menyayangi kita, yg amik berat pasal kita…

Sebagai pasangan bersahabat…

Kita hanya mungkin dpt mengetahui bahawa rakan kita itu mengambil berat pasal kita…

*owh, iye ke…


Sebagai pasangan kekasih…

Kita seperti dpt sedikit jaminan bahawa si dia akan dpt dijadikn teman hidup kita sekiranya kita dpt mengekalkn perhubugan kasih ini sehingga kita dan si dia dpt diijabkabulkn suatu hari nanti.

Sebagai pasangan bersahabat…

Kita hanya dpt melihat sahaja sekiranya si dia berminat kpd org lain, kerana kita tidak pernah meluahkn perasaan kpd si dia, dan mungkin sekali si dia tidak mengetahui perasaan kita terhadapnya..

*aloh, yg nih sedih skit…


Sebagai pasangan kekasih…

Kemaksiatan itu mungkin boleh berlaku bila2 masa, krn dlm situasi dunia skrg nih, adalah dianggap normal bagi pasangn kekasih, duduk berdua2an di tempat gelap, kereta contohnya, dan mungkin melakukn ‘perkara2’ yg belum lg sesuai dilakukn bersama2…

Sebagai pasangan bersahabat…

Kemungkinan berlakunya kemaksiatan itu agak kurang, kerana kebiasaannya dua org yg bersahabat ini sukar utk cenderung duduk berdua2an di tempat yg gelap.

*ahaha~


Rasa2nya ni je la isu2 dan perbandingan yg dpt aku utarakn buat masa nih. Diingatkn kpd semua, ni bkn atas pengalaman sendri, sbb honestly aku xpenah g merasai situasi yg pertama, hanya mampu merasai situasi yg kedua sahaja, iaitu sebagai pasangan bersahabat sahaja. Dan ni sume atas pemerhatian aku sendri, atas pengalaman rakan2 yg menceritakn pengalaman mereka kpd aku, so harap maaf andai kata ada kesalahan pada mana2 pendapat diatas tuh..

N kalo ikut pandangan peribadi aku sendri, buat masa ini mcm xde bezanya kalo kita meluahkn perasaan dan seterusnya mungkin menjadi pasangan kekasih, atau hanya mendiamkn diri, dan meneruskn perhubungn sebagai rakan sahaja. Kalo dilihat, apa yg dilakukn oleh pasangan kekasih, seperti keluar dating n sebagainya, dpt juga dilakukn bersama2 sekiranya hanya bersahabat sahaja. Cuma mungkin bezanya sekiranya tidak meluakn perasaan kita kpd si dia, mungkin si dia akn jatuh kpd org lain, dan kita hanya mampu melihat shj si dia dan teman barunya berbahagia bersama. Namun, kalo cam cikgu aku ckp dlu, xbnyk pasangan kekasih semasa remaja nih yg dpt mengekalkn perhubungan sehingga ke jinjang pelamin (ni cikgu aku ckp la, nk tau btui atau x p tny sape2 yg dh kawen tuh.. ). Dan bak kata Rosyam Nor, “kalau dah jodoh tuh tak kemana…”

Another thing is that bagi sesetengah pasangan kekasih, mereka seperti telah ‘diikat’ antara satu sama lain, yg mana sekiranya nk kemana2 perlu memberitahu pasangan mereka, kalo x gtau kang merajuk lak…Dan kalo diantara sahabat, perkara nih tak akan berlaku, kebiasaannya la…

Oleh itu, mungkin sbb mindset aku camnih la menyebabkn aku masih lg single hingga saat ini (in da future tatau la, hehe…). Bukanlah aku nk menidakkn ‘kebahagiaan’ pasangan kekasih seperti yg dikhabarkn beberapa rakan, namun aku juga tidak berani utk menidakkn ‘kesengsaraan’ bagi pasangan kekasih yg telah berpisah, dan ada diantaranya yg dahulunya rakan baik, setelah putus cinta, putus persahabatan sama sekali. Bagi aku, adalah lebih baik berdiam diri dan meneruskn perhubungan hanya sebagai sahabat, daripada meluahkannya dan menanggung risiko sesuatu yg tak diingini mungkin berlaku, yg mana ianya dpt memutuskn hubungan sahabat itu sama sekali. Biarlah buat masa ini aku hanya bersahabat sahaja dgn semua org, dan insya allah, sekiranya aku sudah cukup bersedia utk menghadapi situasi pertama itu, barulah aku akan mula memikirkn utk mencari pasangan hidupku nanti.

Ini adalah antara pandanganku sendiri mengenai isu ini, iaitu sama ada seseorg yg memendamkn perasaannya dan meneruskn perhubungan hanya sebagai kawan itu lebih atau sama eloknya daripada seseorg yg meluahkn perasaannya kpd org yg diminati, dan seterusnya boleh digelar pasangan kekasih.

Diharapkn rakan2 pembaca sekelian dpt memberikn pendapat anda pula mengenai perkara ini. Sebarang komen dan pendapat daripada anda adalah amat dihargai.



Tolong sampaikan pada si dia...
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..



Tolong nasihati si dia,
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia.
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia.
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..



Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..



Tolong sedarkan si dia.
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia.
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya.
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya.
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia.
Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalam kejayaanku..



Tolong sampaikan pada si dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya
walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


spoken by...

angel-me

01.59am

november 29, 07

6 comments:

  1. adeii, i'm the 1st one ke..cam takot lak nk ngomen post neh..hahah.;p

    well, here goes! the simple one i can conclude. frm my experience la. (sheesh..)!

    being a lover:

    1. best ade org syg. rase bahagie je..hahah.
    2. tp duet sng abes la plak. movie,kedit,makan,blanje2,etc.
    3. ade org teman nk msg2 time borink. yep. such as saying n8, monim.
    4. dpt gift dr psngn rse sgt best!
    5. kdg2 mmg membawa kpd bende2 xbaek kalu xkawal..huu..bahye2..;p
    6. konon2 dpt bg inspirasi time xm, tp misal kate ter'gado' time xm, juge membahayekan jiwa..haha.
    7. masing2 menjd lbh sensitif sekirenye berlaku any problem..aish..ni xske neh.
    7. kalo disakiti ato berlaku memori pahit, susah mau lupe..adeii..ni bole sbbkn jiwe kaco ni..haha.
    8. rse bahagie kalo relationship clear. rse terseksa kalo relationship dihancurkan.

    being a HOT single:
    (hot tu nk sedapkan ayt je..hahah)

    1. rase BEBAS..
    2. tp jeles la tgk member2 ade couple..bahgie je..wuwu..
    3. xya pening2 nk pk kalu berlaku slh fhm or mslh "rumah tangga"..he.
    4. dpt menjauhi perkara2 mungkar..haa..ni mmg bgs..
    5. dpt menjauhi prasaan hasad dengki. kalo berkawan, dgn sesiape pon bley. xya nk rse jeles2. em!
    6. duet lbh jimat. kot yek rse membazir pon, blanje utk dr sndr.. ok wat..;p
    7. tade org nk wish n8 and monim everyday. haha.
    8. rse sunyi tade teman..
    9. btol kate azwan. kalo gado beso pon, xsehebat gado as a couple..penangan couple salunye lbh bahaye..hehe.
    10. dpt focus kat satu mende.


    ok2. kesimpulannya.. pk sndr ye adek2.;p tp btol tu, kalo ade jodoh xkemane. mane yg da berpasang plak, doa2 la muge pjg jodoh k. jauhi bende yg xbaek.

    gle aaaaahh eena! pjg betoi...cam nk wat post baru lak. hahah. xpe eyy azwan..xD i'm outt!!

    ReplyDelete
  2. salam..
    sementara aku pergi kursus YATIM, menyempat ko yer?

    Hmm.. ni yg rase nk open table lagi ni. KOmen 4 this post? Equals to no comment in here, but a comment over dinner, ok? KO belanje, aku komen. huhu..

    Sbb klu aku komen dlm ni, nnt termasuk personal experience jgk. Huhu.. =)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. hehe, thanks sbb sudi participate!!

    eena:ala, xde kesimpulan ke? nk gak know from ur point of view, hehe. thanks :)

    hilman:uh, nk ur komen kna blanja mkn?ala, ko la yg blanja this time, asyik2 aku jak, ughuu~ *lama xpakai ayat ughuu tuh, hehe..

    nanad:erm, rasa2nyer anda sudah tekeluar tajuk nih, tp xpe la, masih lg dlm konteks perbincangan, ngeh3..arigato~

    ReplyDelete
  5. hilman n azwan::; selalu la kuar makan sama2... tapi tak ajak... kecik hati... sahabat baik pun boleh kecik hati lebih dari seorang kekasih kecik hati... betul tak... NI LA CONTOHNYER,,,,

    untuk semua la ::: apa matlamat u all couple... adakah perkahwinan? atau saje nak disayangi...

    peng sendiri masa ni memang terasa disayangi dan ada menyayangi sahabat lebih dari famili (maksudnyer.. lebih kurang cinta pada kekasih la)...
    dan peng happy jer.... n sedih jer bila sahabat wat sesuatu... contoh tak datang konvo ke.... tak berusaha cari bunga matahari untuk konvo...

    ada lagi...
    sebenarnya... persoalan ni timbul masa muda2 cam u all... dah tua skit cam pang ni.... ada benda lain yang kena fikir...
    sedikit soalan...
    kalau sekarang kita terima duit... bila dan ada duit nanti apa kena fikir....
    kalau sekarang masa banyak kosong... tak tahu fikir apa....
    keje nanti fikir keje je... balik dah letih dan tido...
    sekarang fikir pasal belajar n habiskan belajar...
    nanti fikir pasal cita2....

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Hmm, kawan vs kekasih.. hehe.. kelakar jugak bila bc komen2 kat ats ni.. =) xsangka, hilman ngan past experience dia, miss teddy ngan senyuman meleret2 dia (ha, ni mesti dia ble dpt sms dr org tersayang.. =p hehe.. gurau je tau.. jgn marah!).

    tp kn, betul jugak, ada persamaan antara kedua2nya.. yela, sbb biasanya 2 org ni akan jd kwn dlu sblm jd psngan kekasih, tul x?

    cuma, kena beringat2 ble jd psngan kksih.. lg satu, mesti ada matlamat yg betul.. =)

    hehe.. pape pun, maafla, walaupun entri ni da kluar lm, baru skrg sempat mengomen.. hehe..

    ReplyDelete