Wednesday, December 28, 2011

Kopi.Pes:Tanda-Tanda Lelaki Merajuk Dan Cara Memujuk

Ingat perempuan je boleh merajuk? Actually lelaki pun ada gak rajuknya, nak tau tanda-tanda dia, meh baca artikel that i found while surfing the net, quite good to be shared here. :)


******************************************************************************


Tanda-tanda Lelaki Merajuk
Lah ingatkan perempuan jer merajuk lelaki pun ada gax…..papepun jom terjah…Rajuk sering kali dikaitkan dengan wanita. Pantang ditegur sedikit, rajuknya berpanjangan. Ironinya sama seperti wanita, lelaki juga memiliki hati dan perasan. Mereka juga sering kali merajuk dan mahukan perhatian. Berikut adalah tanda-tanda lelaki sedang merajuk.


Dia membisu
Kalau sebelum ini mulutnya ramah bercerita tetapi apabila merajuk, lelaki biasanya akan diam seribu bahasa. Kalau anda bercakap dengannya dia tidak mengia atau menidakkan sebaliknya buat tak tahu sahaja. Kalau berhadapan dengan situasi ini, pandai-pandailah anda memujuknya agak keadaan tidak menjadi lebih kusut.

Buat Tak Tahu
Kalau sebelum ini pasangan anda rajin membantu tetapi kali ini, dia akan buat tak tahu saja meski pun anda sudah memanggilnya banyak kali. Malah kalau anda meminta pertolongan darinya, dia akan buat acuh tak acuh sahaja. Seolah-olah anda bercakap seorang diri.

Muka Masam
Jika buat tak tahu, anda mungkin boleh bersabar lagi tetapi jika pasangan sudah mula menarik muka, anda tentu rasa tertekan. Tetapi bagi lelaki merajuk, muka masam sinonim dengan mereka. Itu tandanya dia sedang protes dan tidak menyenangi sikap anda yang mungkin telah menegurnya.

Enggan Makan Bersama
Lebih teruk lagi jika lelaki enggan makan bersama meskipun anda sudah mengajaknya berkali-kali. Ia sebagai tanda protes tidak berpuas hati dan dia lebih senang berlapar dari memakan makanan yang anda masakkan untuknya.

Marah-marah
Lelaki mempunyai egonya yang tersendiri. Lelaki sering kali beranggapan mereka betul meski pun pada pandangan anda, ianya tidak betul. Namun demi menegakkan kebenaran, dia tetap mahu marah-marah.

Tidak Menelefon
Kita selalunya sangat risau jika tidak memberitahu pasangan di mana kita berada. Lelaki merajuk biasanya tidak akan menelefon memberitahu dia mana dia berada. Tujuannya, dia mahu anda risau dan tercari-carinya.

Terus Keluar Rumah
Satu lagi cara lelaki merajuk ialah dia akan keluar rumah tanpa memberitahu ke mana arah tujuannya. Sebagai pasangan, anda tentu buntu memikirkannya. Lebih teruk jika dia menutup telefonnya dan anda tertunggu-tunggu ke mana dia pergi.


 Tip Cara Memujuk
Berikan Masa Untuknya Bersendirian
Umumnya perselisihan sering berlaku baik ketika zaman bercinta mahu pun ketika berumah tangga. Apabila berlaku selisih faham, lelaki mahukan dirinya dipujuk tetapi ego yang merantai di hati membuatkan mereka mengambil sikap berdiam diri. Sebaiknya, kalau lelaki merajuk, berilah masa untuk mereka sendirian. Kala itu, mereka mungkin memikirkan kesan dari pergaduhan dan memikirkan bagaimana mahu berbaik semula. Jadi berikan dirinya masa dan percayalah rajuk lelaki tidak selama wanita merajuk.

Berikan Sokongan
Pergaduhan memang menyakitkan hati mana-mana pihak. Jika pergaduhan membawa kepada rajuk yang panjang, jangan pula anda menambah minyak di dalamnya, seolah-olah anda mahu menyemarakkan lagi api sedia ada. Sebaliknya berilah sokongan kepada pasangan agar rajuknya reda dan anda kembali berbaik semula.

Berikan Cahaya Kegembiraan
Cuba letakkan diri anda pada situasinya. Rajuk yang mahu dipujuk. Jika anda mahu dipujuk, lelaki juga begitu. Gembirakanlah hati pasangan kerana sesungguhnya, kegembiraannya adalah kebahagiaan anda juga.

 ******************************************************************************

Kredit to Edisi Kini Dot Com


Honestly, memang banyak yang diperkatakan di sini kena dengan batang hidung sendiri. Tapi biasalah, mood merajuk tu sentiasa ada, dan sentiasa harapkan dipujuk, harapkan difahami, tanpa sendiri meminta-minta untuk difahami. :)


*ni rasa nak sambung balik baca buku "Men are from Mars, Women are from Venus" nih, dari dulu baca tak pernah lepas chapter satu pun, sigh~ =_="

No comments:

Post a Comment