Saturday, October 23, 2010

Power.Programmer?

Seperti sudah menjadi satu kemestian, aku akan menulis sesuatu di sini selepas diingatkan oleh beberapa rakan. Jujur, kali ini memang aku sibuk dalam ertikata sebenar, ada satu projek yang sepatutnya siap minggu lepas, setelah diberi masa selama dua bulan oleh client, telah secara mendadaknya diberikan kepada aku. Dan nak dijadikan cerita, boleh dikatakan aku akan memulakan semula projek ini dengan versi yang baru selepas versi lama direjek oleh client secara keseluruhannya. Tapi tidak mengapa, dengan bantuan rakan sejabatan dan e-book berkaitan yang sudah berkumpul di laptop ini, Insya Allah projek ini dapat disiapkan, kerana selepas meeting minggu lepas, tarikh due terbaru ialah pada 2 November 2010, sigh~

Power Programmer.

Aku baru pertama kali mendengar istilah ini selepas memasuki syarikat baru. Sekiranya pencarian di Google dilakukan, kebanyakannya hanyalah berkisar kepada mesin-mesin elektrikal. Namun, istilah ini membawa maksud berlainan di dalam syarikat ini. 

Secara umumnya, Power Programmer ini adalah seorang programmer yang memprogramkan perisian-perisian berkaitan untuk menganalisa sistem kuasa (Power) di dalam bidang elektrikal. Boleh juga diandaikan Power Programmer adalah gabungan di antara Programmer dan Elektrikal Power Engineer. 

Pioneer

Presiden dan bos jabatan aku adalah antara yang memulakan bidang Power Programmer di syarikat ini. Kebanyakan mereka adalah graduan universiti luar negara. Ketika itu, bidang teknologi maklumat dan pengaturcaraan ini baru memunculkan diri. Bagi memudahkan kerja penganalisaan mereka di dalam bidang sistem kuasa, mereka mula belajar sedikit demi sedikit mengenai bidang pengaturcaraan untuk menghasilkan perisian yang mempercepatkan proses analisa. Proses menganalisis sistem elektrikal kuasa secara umumnya akan mengambil masa yang sangat lama, di mana pengiraan yang sama perlu dilakukan berulang kali untuk mendapatkan analisa yang tepat berdasarkan kes-kes asas yang berbeza. Seperti yang diceritakan oleh bos jabatan aku, kerja analisanya semasa di TNB yang sepatutnya mengambil masa berbulan-bulan, dapat diselesaikan dalam masa beberapa minggu sahaja menggunakan sistem perisian yang dihasilkannya sendiri. Betapa kagumnya ketua dia ketika itu setelah mendapati perisiannya dapat memudahkan proses penganalisaan.

Bermula

Empat tahun belajar kursus kejuruteraan elektrikal, kami tidak banyak didedahkan dengan bidang pengaturcaraan ini. Kami hanya belajar asas C++, sistem dalaman mikroprosessor, dan beberapa lagi asas pengaturcaraan yang lain. Dan setibanya di sini, tugas pertama aku adalah untuk menghasilkan satu perisian mengunaan sistem Visual Basic. Sekarang pula, tugas terbaru mengunakan enjin Flash dan Java. Dengar nama pun dah pening kan, apa lagi nak pakai bahasa-bahasa komputer nih.

Tapi dah kerja, nak tak nak kena belajar juga la. Lumrah hidup aku sepanjang pengalaman melakukan pengaturcaraan ini, kalau time tak dapat cari punca masalah tu memang rasa tensen sangat. Tapi kalo dah dapat tu, rasa nak melompat, hehe.


| Kenapa-lah aku tak belajar C++ time sekolah dulu, kalo tak bole buat macam nih, hehe.. |




Thanks for reading~ =)

Azwan Muslim | 12.06am | 231010 | Ruang Tamu

3 comments:

  1. waaaaaaaaaaa.... ko lebih hebat dr budak IT sbnarnye. thumbs up !!!

    ReplyDelete
  2. hiihi.... klau mcam dlm gmbar tu cikgu yg jadi fening2.haha

    ReplyDelete
  3. leli: woah, seryes? terharu~~

    tiena: hehe, abes la cikgu2 cm korg kalo ada student wt cmni

    ReplyDelete