Thursday, August 23, 2007

:: perpindahan . . . ::

time : 12.26am
date : august 23, 2007
place : bilik hujung...
background music : menanti sebuah jawaban, padi

perpindahan tu bukanlah sesuatu yang agak menarik
n kalau nk diikutkn, perpindahan nih adalah antara suatu perkara yang sangat2 tidak digemari
banyak proses yang perlu diselesaikan sekiranya seseorang itu ingin 'berpindah'
tak kira la sama ada berpindah rumah, tempat kerja dan sebagainya
namun begitu, ada sesetengah situasi tuh seperti memaksa perpindahan itu untuk dilakukan
mungkin, apabila perpindahan itu dilakukan, ianya akan membawa hikmah tersendiri
akan membawa arus perubahan, yang mungkin dihajati sejak sekian lama
setelah segala-galanya berubah mengikut peredaran masa...

assalamualaikum, dan salam sejahtera
bagi yang mengenali diri ini, selamat datang ke laman terbaruku...
dan bagi yang tidak mengenali, salam perkenalan...
selamat datang, ke laman blog terbaru
setelah beberapa lama di blog friendster,
setelah masih lagi menulis di blog yahoo 360,
kali ini aku ingin mencuba sesuatu yang baru di arena blogspot ini
ingin berpindah seketika dari laman-laman yang lama
yang banyak meninggalkan kenangan
sama ada kenangan manis...
atau pahit..

ada banyak sebab yang mungkin boleh ku utarakan sekiranya ada yang bertanya
"kenapa tiba-tiba bukak blog kt sini?"
mungkin, aku ingin melarikan diri...
yang mana seperti sudah menjadi lumrah hidupku, sering melarikan diri sekiranya menghadapi masalah...
melarikan diri dari mengenang kembali kenangan2 lama di sana
dan dengan hajat menggunung untuk membina kembali kehidupanku yang ku kira semakin terabai...
mungkin juga, seperti mana rakan-rakan yang juga berpindah
berpindah ke sini kerana tidak mahukan rakan-rakan lain diganggu
melalui e-mail notification apabila post baru ditulis...
dengan niat ingin menjadi agak low-profile buat masa ini...
mungkin juga, agak kecewa apabila mengenangkan
yang mana beberapa pembaca sasaran tidak gemar membaca blog nukilanku
yang ditulis di dalam format novel
hanya kerana mereka mengalami kesukaran untuk membaca novel
dengan niat kali ini mereka lebih selesa membaca nukilanku...
atau mungkin juga..
mungkin...
banyak lagi la kemungkinan yang aku boleh utarakan...
so kalo nak tahu apa lg kemungkinan yang lain, tanya la sendiri
hehe...

seperti suatu kemestian, sekiranya membuka blog yang baru, penulis hanya akan menulis beberapa patah perkataan sahaja untuk post pertamanya
cukup hanya untuk memberitahu blognya baru dibuka...
namun, disebabkan sudah lama tidak menulis
aku seperti gagal untuk melakukan seperti 'kebiasaan' orang-orang lain
dan satu peringatan kepada rakan-rakan yang belum puas mengenali diri ini
aku gemar menulis dengan agak panjang...
so, kalau anda mengalami sedikit kesukaran untuk membaca tulisan yang agak panjang, maaf kerana bakal menyusahkan diri anda...
dan ribuan terima kasih kerana sudi menyusahkan diri anda untuk membaca tulisan yang tak seberapa nih...

rasanya sampai sini sahaja nukilanku buat masa ini
sekali lagi, terima kasih kerana anda sudi membazirkan masa anda di sini


spoken by...

angel-me

12.46am
august 23, 07

:: "you don't need a reason to help people", by zidane tribal, ff9 ::

4 comments:

  1. welcome to blogspot =)

    ReplyDelete
  2. let la... sama macam reason aku pindah blogspot dulu... sbb tu gak...

    aku tak suka notificatin fs...

    neway welkam to blogspot... nanti aku linkkan ke blog ko ni...

    peace!

    ReplyDelete
  3. shayer agak da.... musti nak gak ikot shayer yg nsem niyh...
    hee...
    uh, wajin updet... gud2...

    n da announce pon pindah umah,... me, alamat umah pon xkasik membe agik... auu...

    (^^)"
    semuga happy di umah baru~
    hee...

    ReplyDelete