Showing posts with label ~oPiniOn~. Show all posts
Showing posts with label ~oPiniOn~. Show all posts

Sunday, May 3, 2009

:: kenapa saya suka main bola tampar? ::

salam..

time : 8.16pm
date : may 3, 2009
place : atas katil lak..
background music : sunyi sepi..

kenapa saya suka main bola tampar?



1. sebab saya suka main bola tampar
tak menjawab soalan...

2. sebab saya tak reti main bola sepak
yup, aku kaki bangku, lol~

3. sebab main bola tampar leh kenai ramai kawan
cam member aku cakap, ramai sangat main bola, sampai tak kenal nama pun, men panggil ikut kaler baju je, tu member aku cakap la...

4. sebab main bola tampar leh rilek-rilek
da main sampai markah 25 je, pastu kalo kalah rest kat tepi tukar team lain, takde la penat sangat, at least bole rest la kan...

5. sebab main bola tampar leh main dengan enjoy
bak kata budak-budak volley sekarang la, "rilek ar, kalah menang pun esok bole main lagi.."



6. sebab pemain bola tampar tak ramai sangat, takde crowded sangat gelanggang tuh
satu team 6 orang je, so peluang dapat sentuh bola tu agak besar la..

7. sebab semua pemain konpem dapat peluang pegang bola
sama ada pegang sebab pukul bola, amik bola terkeluar gelanggang, atau paling kurang pun sebab nak servis je..

8. sebab main bola tampar leh gelak-gelak
wat salah kena gelak, tak main duduk tepi pun borak-borak sambil gelak-gelak, mana tak enjoy, siap ada yang bawak makanan lagi, hehe...

9. sebab main bola tampar leh ilangkan tensen yang ada
baca blog tiena tadi trus teringat ada sorang tuh cakap, kalo men volley dan kompang leh tolong hilangkan tensen yang ada, just imagine dat person dat u hate is da ball or da kompang, and balun la kuat-kuat, haha...

10. sebab sebutan volley lebih kurang sama dengan bowling, another favourite sport of mine
tak de kaitan lagi, jom boling esok, kat mid valley pukul 11pagi, hehe...



kesimpulannya, majulah sukan bola tampar untuk kesihatan dan kegembiraan bersama

pesanan khidmat masyarakat dari sape-sape yang berkaitan



terima kasih...and thanks for reading..

until then...

spoken by...
me
8.24pm, may 3, 2009.

Saturday, February 7, 2009

:: masih di sini... ::

time : 9.10am
date : february 7, 2009
place : same place
background music : hot fm online..

salam...

pernah tak korang rasa, pilihan yang korang buat tuh salah? yang mana pilihan tuh berdasarkan emosi semata-mata, spontaneously, tanpa memikirkan sedalam-dalamnya...

rasanya ramai gak yang pernah mengalami masalah sebegini, kerana kita tidak dapat lari dari mengikutkan emosi ketika membuat keputusan...

dan persoalannya, bagaimana nak menyedapkan hati bahawa itu adalah pilihan yang terbaik yang kita bole pilih dalam masa yang singkat, walaupun hati meronta-ronta ingin memilih pilihan yang lain tuh?

tak paham?

haha, aku pun tak paham, lalala~

1. aku masih di sini..
sepatutnya aku sekarang nih berada di melaka, bersama rakan-rakan program kem kembara kasih, as i stated in my last post. but for some reason, aku masih lagi berada di um, kolej kedua nih..bukan sebab aku ditinggalkan, namun malam sebelum program aku sendiri yang menarik diri dari menyertai projek itu. ada banyak alasan yang boleh aku berikan sekiranya ditanya mengenai perkara itu, sama ada alasan itu kuat atau tidak untuk membolehkan aku tidak mengikuti antara projek kegemaran aku itu, only time will tells, hoho..

my main reason sudah semestinya dengan assignment dan kerja projek tahun akhir aku yang makin mencabar, makin memerlukan perhatian utama pada ketika ini. aku memilih untuk tinggal di kolej dengan niat untuk menyiapkan segala tugasan dan kerja tesis yang sudah lebih 3 minggu terbengkalai. namun, sehingga saat ini aku masih lagi tak dapat melaksanakan niat tuh, (actually ada la sikit, last night aku dah amik programmer pic untuk menyiapkan hardware part of my thesis project, bole la kot buat something today, insya allah... ). 

and my other reason is a bit unwise to write here, let just say it had something to do with me emotionally..

apa-apa pun, keputusan sudah dibuat, aku masih lagi di sini, tidak di melaka, and life has to go on..insya allah..

p/s:heard she's handling poco-poco dance right now, menyesal tak dapat pegi join tengok dia menari, lalala~

2. perak di dalam pergolakan...
agak takut sebenarnya melihatkan suasana politik di negeri asalku itu. sejak beberapa hari nih kecoh dengan masalah dalaman kerajaan perak, dengan main lompat-lompatnyer, peralihan kuasanya, demonstrasi di hadapan masjid nyer, dan macam-macam lagi la yang aku ada dengar dan baca (mostly on internet resources, a reliable one la kot.. ). personally, aku cam tak kisah sangat siapa yang memerintah, mostly mungkin sebab aku sendiri tidak berada di perak buat suatu ketika gak la, aku belajar di selangor + kl, aku menetap di kedah, kalo balik perak pun just seminggu dua je, tu pun duk kat kampung. but maybe, when i'm in my working zone, mungkin la aku akan amik kisah pasal mende-mende camtuh, sebab right now, my most important priority still lagi for my academic, satu semester lagi, insya allah..i've mentioned it before, aku tak berapa suka dengan dunia politik nih. jarang kita dapat lihat orang yang terlibat dalam dunia politik nih, berlaku jujur (ni pandangan aku la, kalo korang rasa lain jangan marah aku lak.. ). but as one of my commenters said, politik nih pun salah satu cabang dalam islam, so kita nak tanak kena terima gak la mende tuh kan..just hope that kemelut politik tanah air nih akan pulih dalam kadar yang segera, tanak la peristiwa penjajah dulu-dulu tuh berlaku lagi...

guess that's all for now, nak wat keje-keje yang terbengkalai tuh dulu. all da best to all of you, and thanks for reading..

until then...

spoken by…
angel-me
9.32am, february 7, 09

Thursday, January 15, 2009

:: tanggung-jawab ::

time : 6.49am
date : january 15, 2009
place : atas katel, golek2..
background music : sunyi sepi~~

salam...

nampaknya, hajat untuk menulis setiap rabu tak dapat dilaksanakan. kali nih bukannya kerana kekangan masa atau sebagainya, namun ketiadaan idea yang menjadi penyebab utama. betul la orang cakap, idea tu tak semestinya datang setiap masa setiap ketika, kadang-kadang je idea tuh datang dengan sendirinya. so maybe after this i won't try to fixed my blog-writing day, whenever i have da idea to write, i'll put something in here, insya allah...

at last, da moment dat have been waiting for UM students, election day (yay~). according to da HEP posters, da hari penamaan will be held yesterday, 14th jan at dtc, and da election day is on 19th jan. kalau kita tengok motif asal pilihanraya kampus nih, rasanya takde yang menolak jika dikatakan ianya amatlah penting untuk semua mahasiswa universiti perdana nih. ye la, kita memilih badan perwakilan universiti, yang dapat menjaga kebajikan mahasiswa, yang dapat memimpin hala tuju universiti ke arah yang lebih cemerlang. itu pada objektifnya la kan, tapi dari segi praktikalnya, ada sesetengah (atau ramai sebenarnya) yang menganggap hari pilihanraya kampus ini seperti langsung tidak penting, and as for me, maybe i'll follow da majoriti la kan, dat this election day is not so important to us at all. bukanla aku mengatakan bahawa mpmum nih tak penting pada objektifnya, namun pengalama beberapa tahun di UM nih, melihat batch demi batch mpmum yang memerintah, seperti tidak dapat dilihat apa hasil kami memilih mereka menjadi badan perwakilan universiti. ada sesetengah rakan mpm yang ditemui menyatakan mereka sendiri memang tak banyak buat kerja, just sibuknye pun dengan seminar sini sana, kursus sini sana, kat hotel-hotel besar, dan sebagainya lah. dan oleh kerana aku sendiri bukannya seorang mpm, dan aku hanya mendengar kata-kata seorang rakan mpm sahaja, kalo dia bohong, maka bohong la aku kan. 

tapi tak dapat dinafikan, memang ada segelintir ahli badan perwakilan yang benar-benar melaksanakan tanggungjawab yang diberi. mereka menjadi semakin sibuk selepas dipilih, melaksanakan tanggungjawab yang telah digalas dengan penuh tekun, sehingga masa rehat mereka sendiri dah kurang, dan kadang-kadang takde rehat langsung pun. pada aku, ini semua atas pilihan masing-masing, sama ada nak menjalankan tanggungjawab yang diberi atau hanya cuba mengelak sekiranya ditanya. apa yang aku tahu, setiap dari kita akan disoal tentang tanggungjawab di dunia nih sewaktu di akhirat nanti. dan sebagai seorang pemimpin besar seperti ahli badan perwakilan, rasanya sesi soal jawab tuh tentu akan menjadi lebih lama, lebih-lebih lagi kalo dia tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. aku just berharap sekiranya aku diberikan tanggungjawab sebesar itu, atau sekecil mana pun, aku dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin, insya allah...

i guess dat's all for today, nak tulis lebih-lebih lagi pun pewot cam dah lapar dah, nak p sarapan dulu la. thanks for those yang singgah kat sini, even though aku jarang menulis dengan kerap, thanks for ur support. all da best to all of you, and thanks for reading..

until then...

spoken by…
angel-me
7.11am, january 15, 09