Showing posts with label ~my_diaRy~. Show all posts
Showing posts with label ~my_diaRy~. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

:: introduction, again..duh~ ::

.
.
time : 10.42pm
date : november 10, 2009
place : rumah sewa
background music : bunyi hujan..

assalamualaikum..
nama diberi, mohd azwan mohd muslim..
mohd azwan mohd muslim..
asal perak..
kini menetap di taman datuk harun..
bekerja di damansara perdana..

hobi..

erm..




ntah, hoho..

salam kepada yang masih sudi membaca, setelah sekian lama aku tak mencoretkan apa-apa kat sini. juga setelah sekian lama blog nih dibiarkan dalam keadaan private. actually aku pun tak perasan blog nih telah diprivatekan. citernye camni, dulu aku ada nampak blog sorang membe aku diprivatekan secara tiba-tiba. so aku risik punya risik, baru aku tau, dia bukan private in order to let a certain people to read, dia memang set private so that no one can read at all, well, except for the author herself la kan. so, aku pun piki idea baik gak tu, that's why aku da set privatekan blog nih for a while, sebab aku fikirkan memang da takder mood dah nak menulis, ye la, sekarang kan da makin ramai da masuk dunia blogging nih, bukan cam time kitorang aktif dulu-dulu tu, berapa kerat je yang rajin menulis blog nih..da good old days, haha..

and after a while, aku da terlupa aku set private, ye la, every time aku bukak blog nih, bole je view kan, sebab aku memang da login google. arini abg peng mesej dalam fesbuk pasal blog nih, baru la aku teringat yang aku still lagi set private. i guess maybe some of you think that i am privating this blog just to let certain people to read, rite? anggap je la takder, walaupun aku rasa cam takde je yang anggap camtuh...

but anyway, sedikit sebanyak aku still lagi rindu saat-saat rajin tulis blog dulu tuh. sekarang pun, every time macam ada mende best happen, aku sure akan terpiki to write something here, telling everyone about my wonderful experience. tapi maybe time constrain, lost of mood, and macam-macam lagi la yang menghalang aku mencurahkan sesuatu di sini..

ANYWAY, guess aku takleh tahan gak the urge to write here, so, terhasil lah post yang tah apa mende nih...

a quick update about myself right now, sebab mood menulis da makin kurang, better siapkan cepat-cepat, haha..

1. i have already find a job, yey! i am currently working as an electrical engineer in a m&e engineering consultant firm in damansara perdana. as for those who doesn't know what a m&e consultant do, basically we are in between the client, the architect, and the contractor. we got the building plans from architect which had been agreed by the client, and we will design and propose all part related to mechanical and electrical for the project, and then we will ensure that the contractor is doing the right job. kalo tak paham, pi carik kat wikipedia..

2. i am currently staying in taman dato harun, jalan kelang lama. for those of you who doesn't know where the hell is taman dato harun...well, pi carik kat google map..

3. i am currently out of idea, so i guess i will stop here, haha...

again, thanks for reading, insya Allah i will start writing again frequently, thanks to my trusty laptop and my not-so-dependable maxis broadband ( ye la, kejap laju kejap tak, cam nak subscribe p1 instead lak, huhu.. )

terima kasih...and thanks for reading..

until then...

spoken by...
me
11.00pm, november 10, 2009.


Friday, July 10, 2009

:: di kala kesunyian senja.. ::

salam...

...

...

...

(jap2, tgh piki nak tulis pe nih...)

(maklum la, da lama tak bukak internet kan...)

(aha...)


...

*still xde idea gak, huhu...

bagi yang nak tau la kan, wat masa nih aku masih lagi selamat berada di kampung halaman yang terchenta, chenderong balai, perak.
da balik ke tempat asal da, sebab ayah aku pun da pencen...
dan oleh kerana baru pindah, maka tak de la segala bentuk kemudahan yang berunsurkan internet.
ni pun guna celcom broadband...
prepaid lagi tuh, rm20 per week.
masih tak mempunyai sumber pendapatan sendiri, malas la nak nyusahkan mak bapak kan..
lagipun kat sini ada connection gprs je, takde connection 3g.
yang bermaksud internet yang perlahan sikit je..
tu pun kalo dibandingkan dengan kelajuan seekor siput..
duk uma pun takde mende nak dibuat, melainkan aktiviti harian yang normal dilakukan..
makan... tido... tengok tivi... baca buku (a.k.a. komik..)
usaha cari keje masih lagi diteruskan, tapi saja nak salahkan situasi ekonomi sekarang yang makin teruk, kerja bidang elektrik nih agak kurang dan sukar dijumpai.
offer yang dijumpai pun majoritinya da tamat bulan lepas..
aduss...

so, nothing interesting to tell here
sebab time zaman dulu2 la kan..
time memula blogging nih
ada la istilah post-just-to-let-you-know-i'm-still-here
dunno how dat thing come out, just nampak a few blog-fren wat camtuh, so saja la nak wat gak

and for those yang terlebih duit tuh, rajin-rajin la beli pe yang patut yer
dan tunggu la kami2 keluar dari dtc petang 12th ogos tuh
alhamdulillah, da abes da pengajian aku kat um tuh...

and right now, tengah piki pasal esok lak
da nak mula proses blaja memandu
dulu sempat amik lesen moto je, bizi belajar la kununnyer
da ada masa sikit nih baru la teringin nak amik lesen kete
senang nak bawak anak dara orang keluar pi jenjalan nanti, hehe...
wish me luck, guys..
kalo dapat lesen cepat2, bole la bawak kete time konvo nanti
insya allah...

nampaknye tu je la untuk kali nih, maghrib pun da nak masuk
tak tau la bile lagi baru bole post, nak kena cari cc la lepas nih, laju sikit internetnyer, kat langkap ada kot
adioss...

:D

Sunday, April 26, 2009

:: bakal engineer beraksi.. ::

salam...

time : 9.45am
date : april 26, 2009
place : a104, kktb
background music : suara rumet tgh wt studi grup, bile la aku nk studi nih...


situasi di bp201, fakulti kejuruteraan um..

di kala semua student sedang studi..

"krik..krik..krik.."

aik?

tengok kanan, takde orang main pintu..

tengok kiri, kat sini dalam bilik, takkan la ada cengkerik kot..

bunyi hilang, terus studi..

"krik..krik..krik.."

adus, ada lagi la pulak bunyi tuh..

membe kat depan pun da perasan, menjenguk ke belakang mencari bunyi tuh..

tetibe, ada bau hangus lak..

and then...

"pop!"



"teeeettt.."

tetibe indicator tenaga laptop tunjuk simbol bateri..

aduss...

adapter laptop aku terbakar lak time-time camnih..time tengah sonok baca notes kat dalam laptop, tetibe laptop terpadam. dengan bateri laptop yang memang da kong dari dulu g, hanya mampu bertahan selama 5 minit tanpa ac supply, aku memang taley nak studi dah la malam tuh..

nak baca notes, sumenyer dalam laptop, tak print lagi, printer aku rosak lak..nak pinjam notes orang lain, sume tengah pakai..so aku pusing sana, pusing sini, last-last lepak ngan membe kat depan, yang perasan adapter aku terbakar..

dia pun terus amik adapter tuh ( da off la switch dia, kang ada yang kena kejutan letrik lak..), tengok sikit-sikit, terus bukak beg amik screwdriver dia..

dan dua bakal engineer elektrik mula melaksanakan tugas masing-masing..








patut la ada bunyi pelik tadi, maybe ada sparking berlaku kat dalam adapter tuh, tu yang ada kesan terbakar tuh..oleh kerana sume engineer nih belum abis belajar g, so macam-macam la analisa yang dikeluarkan..

teori 1: ada overcurrent berlaku, di mana arus masukan ke adapter tetiba jadi kuat, dan menyebabkan litar terbakar.

teori 2: ada short circuit berlaku dalam adapter, di mana ada sambungan yang tidak sepatutnya ada, mungkin disebabkan hentakan atau apa-apa yang berkaitan..

teori 3: benda bukan original, biasa la tuh...

teori yang mana bole dipakai, masih lagi dalam kajian, tu pun kalo kitorang sempat nak wat kajian la..

apa-apa pun, time tu adapter da burn, laptop takleh bukak, mata da mengantuk, masa untuk tidur, lalala~

btw, it cost's me rm130 for a new one, da la tengah kering lak sekarang nih, adapter lak wat hal, aduss...

anyway, back to studi mode, thanks for reading..

until then...

spoken by...
me
10.06am, april 26, 2009.



Friday, April 17, 2009

::tesis oh tesis..::

time : 9.09am
date : april 17, 2009
place : mana lagi...
background music : shhh, snyp, rumet nk studi, haha..

salam...

agak rindu sebenarnya nak tulis something kat sini, lagi-lagi tengok ramai rakan-rakan rajin update blog diorang, dengan tensen examnyer, mende merepek nyer, n macam-macam lagi la..

tapi pe nak wat kan, budak final year elektrikal engineering macam aku nih memang ditakdirkan sibuk, sama ada betul-betul sibuk or pura-pura sibuk tu tak tau la kan..

but at least arini aku da agak lega sikit la, hehe...






report tesis da setel~~

kitorang sepatutnya hantar draft report untuk final year project ari isnin depan, 20hb. and aku sepatutnya hantar report tuh untuk semakan kat supervisor aku ari isnin lepas, so that he have one week to check and also for me to make any correction if necessary. tapi aku hantar lambat sikit la, ari selasa baru hantar. tengok-tengok hari rabu baru dia cek report aku, as he's not around until wednesday, sia-sia aku menggelabah siapkan awal-awal, haha..

anyway, ari khamis aku pegi amik da supposedly-corrected report by him kat jabatan. aku pun dengan semangatnyer amik la awal pagi tuh, leh trus wat correction. sekali aku pegi amik, aku terkejut...

nothing else had been written (read:conteng) inside my report, just a simple word at the front cover of the report...

good....


good? tu je?


actually, aku agak terkejut gak la this thing happens. ye la, kalo ikut sem 1 nyer progress report, dia komen giler banyak, sampai aku kena wat balik the whole report. tapi untuk kali nih dia cam tak tengok langsung lak report aku tuh....tapi takpe, nak sedapkan hati aku assume je la report aku nih memang mantap sampai dia tak mampu nak report apaper, hehe..at least laporan tesis da almost done, lepas nih kena wat 3 copy untuk draft (submit this 20th) dan satu lagi untuk salinan kat library (submit 15 mei)..pasni fikir presentation lak, lalala~


exam week da start~~

kalo diikutkan, sekarang nih dah masuk studi week untuk budak-budak um (including me la sepatutnya..). tapi dunno why, mebi sebab aku tumpukan dengan tesis, (dan bermalas-malasan, hehe.. :P) aku tak start studi satu mende lagi pun. dah la aku tak dapat konsentret dengan studi this whole semester, (alasan banyak la, tesis la, bizi la, bermalas-malasan la, haha...). but as usual, i'll do my best untuk studi last minute, as how i always do..doakan la yer.. :)


final year blues...
hmm, inilah perasaannya, seolah-olah masa time SPM dulu.

ayat nih aku amik dari shout-out en hilman kat facebook dia. awal-awal aku pun tak paham gak pe dia cakap nih. tapi takpe, kite tengok sama-sama penjelasan dia..

menjadi final year yg berbaki bbrapa hari

ok, da paham da, hehe. and honestly, aku pun da terasa camtu sekarang. just a few days more, aku akan menamatkan pengajian kat um nih, da toksah piki pasai nak stay college, da toksah piki pasai nak daftar subjek, n macam-macam lagi la mende aku tak kena piki g. but instead aku kena piki nak cari keje, nak simpan duit, nak siap-siap untuk kawin, hehe..but anyway, guess i'll be missing this uni-life after this..same situation where i've been missing my school-life pas aku keluar sekolah aritu..but life must go on, just hope this sweet memories here will remain, insya allah...


guess aku kena tamatkan sesi tulis blog sekarang, rumet aku da bising-bising suruh studi, aritu dia bising kitorang men facebook, haha....tapi takpe, dia bising suruh studi, tu elok diikuti, lala~

gut lak in ur exams..n thanks for reading..

until then...

spoken by...
angel-me
9.40am, april 17, 09





Thursday, March 26, 2009

:: mimpi bersiri.. ::

time : 12.55pm
date : march 26, 2009
place : sama gak
background music : lagu mawi ngn kru, tah pe tah tajuk dia...

salam...

pernah tak korang tito, and mimpi korang tu bersambung-sambung cam drama bersiri kat tv tuh?

mebi ramai yang pernah la kan, but for me, cam tak pernah lagi la aku bermimpi camtuh...

at least until today la kn, huhu..


semalam...

actually, atas kepenatan yang amat, aku bercadang nak tito sekejap lepas maghrib semalam nih.
and mmg selalunyer hari rabu adalah hari yang paling memenatkan bagi aku, sebab hari rabu adalah hari aku buat my final year project, da whole day aku kena lepak kat makmal kawalan (actually not da whole day la, time supervisor aku takde tu pandai-pandai la aku cabut jap, hehe..).
lagi-lagi semalam aku yang sepatutnya hanya perlu siapkan my software part, tetibe je ada masalah lak kat aku nyer hardware part, ada certain litar aku yang tetiba rosak. tengah nk siapkan litar tu ada la member aku nih ajak men bowling lak (dan sudah semestinya ada satu je jawapan aku kalo ada orang ajak main bowling, 'JOM!!').

luckily time tuh kitorang main dalam 3 game je, sebab usually kitorang tambah g jadi 6 game setiap sesi, baru puas main, hehe..

balik je men bowling, aku terus p solat n back to work; siapkan litar dan try software yang aku dah wat kelmarin tuh, make sure it works or not.

luckily, it works!!

with then, aku nyer tesis lebih kurang cam dah siap la, alhamdulillah... :)

just lepas nih aku kena repair software tuh sikit-sikit, tambah apa yang patut, nak bagi lawa skit, and then it's report writing time..

(fyi, supervisor aku tak datang makmal pun semalam, sia-sia je aku kelam kabut balik lab siapkan keje, kalo tau leh tambah men bowling 3 game g, huhu..)

erm...

jap..

aku bukan nak bercerita pasai mimpi aku ke semalam?
.
.
.
.
.
.
.
OK!

oleh kerana aku kepenatan yang amat sangat, balik petang tuh ingat nak tito sat.
sampai je bilik, tetibe nak lak main game harvest moon versi psp.
ralit sangat main, sedar-sedar dah nak maghrib...

pastu aku p solat maghrib sat, dengan mata yang dah nak tertutup nih aku niat nak tito la lepas solat.
dah naik katil, pesan kat rumet suruh kejot kul 9, ingat nak turun tengok dak kompang prektis.
tengok-tengok pidot lak datang bilik, cari aku lak tuh..
ok la tuh kan, tetamu kena dilayan sebaik mungkin, baru dapat rahmat (agaknyer la, cam penah je aku dengar ayat camnih, hehe..)
pastu tetibe lak aku rajin bukak tv kat laptop, bukak-bukak je nampak berita tv3 pasai UMNO nih
kira cam isu hangat la kan sekarang nih, so aku tengok la kejap, sambil borak-borak dengan tetamu aku malam nih, n yang pelik tuh ngantuk aku nih tetiba hilang lak, lama xborak2 ngn pidot kot, hoho...

dah nak kul 9 tuh, pidot pun balik bilik, dan tetibe badan aku rajin je naik p atas katil, ingat nak tito gak la, mebi sampai kul 10 camtuh je, sebab biasanya aku memang turun kompang around 10..

sedar-sedar da kul 12, tu pun ada orang itu kejot, ajak makan (actually bukan ajak makan, dia tau aku tak dinner lagi tadi, trus dia pesan fud dari membe dia yang kelua makan, terharu~)

so makan la kat dalam bilik, nasi goreng napolean, murni mari~

dan nampak sangat kebolehan aku mentekedarah dah berkurang, aku tak dapat habiskan fud tuh, dan pengabisnyer adalah rumet-rumet aku yang masih lagi kekenyangan baru balik dari mapley 2nd

mimpi-mimpiku bermula...

pastu da mamai, around 3 aku tdo la dengan kekenyangan yang amat sangat

*dan pada ketika itu aku bermimpi sesuatu*

around 7 camtuh aku terjaga (juga dikejutkan oleh orang itu, terharu~)
bangun solat subuh, pastu dengan kemamaian yang masih lagi menebal dalam diri, aku menapak naik ke katil untuk sambung tito..(ye aku tau tdo lepas subuh tak elok, but just can't help it, hoho..)

*dan pada ketika itu mimpiku bersambung*

pastuh around 730 camtuh aku terbangun lagi, rumet kejotkan aku ajak p sarapan.
dengan mata yang baru separuh berjaya dibukak, aku tolak pelawaan tuh, nanti-nanti la aku turun sarapan, nak tito sepam dua g.

*dan pada ketika itu mimpiku terus disambung*

around 11 aku terjaga, dan aku pelik...

awatnye sume mimpi aku tuh cam berkait je..
orang kat dalam mimpi tuh sama..
jalan cerita mimpi tuh pun sama..
n rasa-rasa cam banyak orang yang aku kenai ada dalam mimpi tuh..
n maybe anda, yang sedang membaca blog nih, ada dalam mimpi aku semalam
apa watak anda tuh xleh la aku nak bagi tau, sebab aku pun tak ingat sangat, hoho


*and again, aku da ilang idea nk tulis pe, td membe datang borak pasai latihan industri dia nyer masalah, rasa cam nak tulis blog dalam gua je, xde orang kaco, huhu...

anyway, just wanna say aku rasa pelik dapat mimpi 3 kali mende yang berkaitan, even aku tak berapa ingat sangat pun mimpi tuh, but i think tu bukan mimpi yang indah sangat la wat aku, hoho..thanks for reading...

until then...

spoken by...
angel-me
1.41pm, march 26, 09

*ye, aku tau aku kuat tido, sekarang nih memang tito nih kira hobi utama aku la, anyone know how to change this?

*and pasai post aku yang lalu, thanks utk komen, diingatkan, aku tulis pasai 'kambing' yer, bukan pasai kambing, hoho..

Saturday, February 7, 2009

:: masih di sini... ::

time : 9.10am
date : february 7, 2009
place : same place
background music : hot fm online..

salam...

pernah tak korang rasa, pilihan yang korang buat tuh salah? yang mana pilihan tuh berdasarkan emosi semata-mata, spontaneously, tanpa memikirkan sedalam-dalamnya...

rasanya ramai gak yang pernah mengalami masalah sebegini, kerana kita tidak dapat lari dari mengikutkan emosi ketika membuat keputusan...

dan persoalannya, bagaimana nak menyedapkan hati bahawa itu adalah pilihan yang terbaik yang kita bole pilih dalam masa yang singkat, walaupun hati meronta-ronta ingin memilih pilihan yang lain tuh?

tak paham?

haha, aku pun tak paham, lalala~

1. aku masih di sini..
sepatutnya aku sekarang nih berada di melaka, bersama rakan-rakan program kem kembara kasih, as i stated in my last post. but for some reason, aku masih lagi berada di um, kolej kedua nih..bukan sebab aku ditinggalkan, namun malam sebelum program aku sendiri yang menarik diri dari menyertai projek itu. ada banyak alasan yang boleh aku berikan sekiranya ditanya mengenai perkara itu, sama ada alasan itu kuat atau tidak untuk membolehkan aku tidak mengikuti antara projek kegemaran aku itu, only time will tells, hoho..

my main reason sudah semestinya dengan assignment dan kerja projek tahun akhir aku yang makin mencabar, makin memerlukan perhatian utama pada ketika ini. aku memilih untuk tinggal di kolej dengan niat untuk menyiapkan segala tugasan dan kerja tesis yang sudah lebih 3 minggu terbengkalai. namun, sehingga saat ini aku masih lagi tak dapat melaksanakan niat tuh, (actually ada la sikit, last night aku dah amik programmer pic untuk menyiapkan hardware part of my thesis project, bole la kot buat something today, insya allah... ). 

and my other reason is a bit unwise to write here, let just say it had something to do with me emotionally..

apa-apa pun, keputusan sudah dibuat, aku masih lagi di sini, tidak di melaka, and life has to go on..insya allah..

p/s:heard she's handling poco-poco dance right now, menyesal tak dapat pegi join tengok dia menari, lalala~

2. perak di dalam pergolakan...
agak takut sebenarnya melihatkan suasana politik di negeri asalku itu. sejak beberapa hari nih kecoh dengan masalah dalaman kerajaan perak, dengan main lompat-lompatnyer, peralihan kuasanya, demonstrasi di hadapan masjid nyer, dan macam-macam lagi la yang aku ada dengar dan baca (mostly on internet resources, a reliable one la kot.. ). personally, aku cam tak kisah sangat siapa yang memerintah, mostly mungkin sebab aku sendiri tidak berada di perak buat suatu ketika gak la, aku belajar di selangor + kl, aku menetap di kedah, kalo balik perak pun just seminggu dua je, tu pun duk kat kampung. but maybe, when i'm in my working zone, mungkin la aku akan amik kisah pasal mende-mende camtuh, sebab right now, my most important priority still lagi for my academic, satu semester lagi, insya allah..i've mentioned it before, aku tak berapa suka dengan dunia politik nih. jarang kita dapat lihat orang yang terlibat dalam dunia politik nih, berlaku jujur (ni pandangan aku la, kalo korang rasa lain jangan marah aku lak.. ). but as one of my commenters said, politik nih pun salah satu cabang dalam islam, so kita nak tanak kena terima gak la mende tuh kan..just hope that kemelut politik tanah air nih akan pulih dalam kadar yang segera, tanak la peristiwa penjajah dulu-dulu tuh berlaku lagi...

guess that's all for now, nak wat keje-keje yang terbengkalai tuh dulu. all da best to all of you, and thanks for reading..

until then...

spoken by…
angel-me
9.32am, february 7, 09

Thursday, February 5, 2009

:: kenape saya malas... ::

time : 2.57pm
date : february 5, 2009
place : atas kusi depan meja
background music : senyap je, sume org p klas...

salam...

pernah tak korang rasa, secara tetiba, korang cam rasa malas je nak belajar, malas nak studi (sama la tuh kan belajar ngan studi, hoho.. ), malas nak wat apape kerja, dan macam-macam lagi kemalasan yang bole timbul?

rasanya ramai yang sering merasai mende nih kan, tak tau la kalo aku sorang je yang rasa malas camni..

dan persoalannya adalah, camne korang nak wat untuk atasi perasaan malas tuh?

any idea, guys?



1. jpa dah masuk!! and after the good news, now it's the bad one, jpa aku dah tinggal sikit, lalala~
hoho, mesti ada yang heran kan, camne jpa aku leh tinggal sikit secepat mungkin ( but for those who know me, maybe diorang dah sedia maklum la kan, aku nih boros sangat-sangat, hehe.. ). tapi alhamdulillah, setakat nih untuk jpa semester ini aku agak dapat menahan diri dari menjadi sangat-sangat boros, mebi aku just jadi a bit boros la (ok la kan, ada perubahan sikit, hehe.. ). after paying my studi fee (around rm19++ sebenonyer, tapi to be safe aku bayar je terus rm2000, nanti ada baki tu diorang pulangkan la kn..diorang pulangkan balik kn? ). and then untuk masa hadapan, aku dah set aside rm1k, letak kat tabung haji. saja je letak kat situ, main reason aku bole simpan untuk masa hadapan, as tabung haji kan susah sikit nak keluarkan duit, as it doesn't have its own bank card..bank islam bole je keluarkan akaun tabung haji, providing that i had registered my tabung haji account in my bank islam account la. tapi takpe la, letak je kat sana, and try to manage my life with the remaining rm2k++. dan kalau nak diikutkan sekarang nih, aku dah pun menggunakan nearly rm1k untuk barang akademik (cam tak percaya lak kan, hehe.. ). a few modifications on my laptop, beli barang-barang peribadi apa yang patut, and a round or two of bowling, abis la rm1k tuh, and that leaves me with around rm1k++ for the rest of this semester. ada orang leh ajar aku cara berjimat tak? :P

2. aku down, lalala~
mostly about tesis la, idup aku sekarang nih makin tunggang langgang. hardware nyer ada problem, software nyer tak reti nak wat, and for me la kan, da major problem of all this is my personal view towards our supervisor. it's true, dia agak baik kat kitorang, banyak bagi semangat, bagi tunjuk ajar. but recently dia cam a bit pushy at as. betul la tuh kan, due date pun dah nak dekat, beberapa minggu je lagi kan untuk final presentation. and maybe the fact that i cannot work well under pressure, aku cam susah nak tumpukan untuk hal-hal tesis nih. aku rasa la kan, kalo aku can put more effort on it, dah bole siap awal g tuh. my final year project it is not hard enough pun, just need to build a circuit for the hardware part, programming the PIC, do some kind of GUI using matlab, monitor a plant kat control lab, and i'm done! simple right..haha, tapi the truth is mende nih takde la sesimple camtuh. nak build circuit from scratch is a hard work gak la, kena studi satu-satu component tuh, what the PIC needs to run, studi camane nak program PIC according to our needs, build GUI guna matlab, interfacing both hardware and software, dan a few stuff lagi la. insya allah, aku akan try my best to settle everything a.s.a.p. la, and i hope everything will goes well..pray for me ya..

glossary : PIC = some kind of microprocessor, cam otak manusia la, nak senang pikir...
                GUI = graphical user interface, mende yang korang main tekan je tuh kalo bukak apape applications

3. esok Kay Kay Kay, yay~~
insya allah, kalo takde apape aral melintang, aku akan ke melaka untuk menjayakan program kem kembara kasih, KKK (yang keberapa tah, tak ingat lak, hehe... ). basically, this program is about a motivational camp for students la, and kami just managing this program by our own, cari duit sendiri, urus sendiri, tempah apa yang patut sendiri...not much to say here about this project, even though ada a few inner conflict here and there, just hope that this project will achieve its aim, and dapat berjalan dengan lancar la..

guess that's all for today, all da best to all of you, and thanks for reading..

until then...

spoken by…
angel-me
3.17pm, february 5, 09

Wednesday, January 7, 2009

:: erm..hai~ ::

time : 9.44am
date : january 7, 2009
place : bilik baru, kt blok a~
background music : ratu hatiku, alarme (lebih kurang la ejaan dia, hoho)

salam...

dh lama giler tak tulis apape kt blog nih, hoho...ditambah dgn cuti hujung semester, dan banyak lagi mende2 lain yang berlaku in my life, cam kesian lak blog nih ditinggalkan bersawang (bak kata seseorang itu, suatu ketika dahulu, hoho...). and da same as always, azam baru bagi tahun baru nih, nk try la tak tinggalkan blog nih bersawang sangat2, thanks to all yg rajin jenguk2 blog nih, sokongan anda amatlah dihargai.

and again, maybe sebab lama sangat tak tulis blog, it seems like i've forgotten how to write, hoho..so, oleh kerana dah takde idea lagi camne nak updet blog nih, aku just nak tulis apa yang aku makin suka tulis sekarang nih, nak memudahkan kerja, pasal apa yang berlaku di sekeliling aku setakat nih, happy reading~~

1. aku berpindah bilik lagi..oleh kerana sebahagian dari bangunan hostel kolej aku sekarang nih sedang diperbaiki, maka bilik kitorang telah dirombak semula, di mana penghuni lelaki kini menetap di blok penghuni wanita, dan vice-versa. sebabnyer agak pening untuk dijelaskan, bagi yang berminat untuk mengetahuinya silalah tanya sendiri yer, and maybe i'll post something about it later la. so sekarang nih aku dapat sebilik 4 orang, for certain people situasi nih agak tidak menyenangkan, ye la, bilik yang sepatutnya 3 orang dijadikan 4 orang sebilik. but for me, aku tak kisah sangat pun, at least ada katil yang cukup, ada ruang lepak-lepak, that is enough for me. lagipun parents aku tak bagi duduk rumah sewa, mungkin aku sendiri pun belum lagi bersedia untuk menghadapi hidup di rumah sewa, perlu menguruskan segala-galanya, bil air, elektrik dan macam-macam lagi la. memang, hidup di rumah sewa di kala sedang belajar di universiti ada pro dan kontranya, dan rasanya ramai yang sudah sedia maklum mengenainya. tapi buat masa ini, aku lebih selesa menginap di kolej kediaman; ramai rakan-rakan, dekat untuk ke fakulti dan sebagainya. tapi dengar kata maybe at the end of this month, kami bakal bertukar bilik lagi~~~

2. untuk perkembangan tesis aku sekarang nih, aku dengan bangganya mengumumkan bahawa aku tak mula apa-apa lagi untuk semester nih, hehe...actually, maybe i've mentioned it before, my thesis consists of two parts, both software and hardware. yang part hardware tuh sudah disiapkan semasa semester 1 yang lepas, so i just need to complete the software part, and i'm officially done. but the software part tu la yang jadi masalah sekarang nih, as i did not have the slightest clue on how to do it. maybe aku patut write something about it here, so that mana tau ada yang bole tolong ke, hoho~~

rasanya itu saja untuk kali nih, maybe i'll write something more next week, sekarang nih aku mahu cuba jadikan hari rabu sebagai hari santai aku (rabu = hari tesis, hari cuci baju, hari tulis blog, hoho~). all da best to all of you, and thanks for reading..

until then...

spoken by…
angel-me
10.01am, january 7, 09