Friday, January 6, 2012

Perubahan.Perlu.Dilakukan

Masa memandu kereta adalah masa yang paling sesuai untuk aku berfikir panjang. Jarak yang jauh dari tempat kerja ke rumah sewa memberikan masa yang agak panjang untuk berfikir mengenai segala apa yang menjadi permasalahan dalam kehidupan seharian.

Dan sudah semestinya topik utama yang sering bermain di fikiran di kala ini adalah untuk menyediakan kewangan yang mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan.

Memang, diakui aku sudah memasuki alam pekerjaan lebih dua tahun. Dan dalam jangka masa ini aku sudah menukar tempat kerja sebanyak dua kali. Pertama di Damansara Perdana, kedua di Shah Alam, dan ketiga di Kelana Jaya, atau lebih tepat lagi di KLIA.

Berpindah randah ini ada baiknya dan ada buruknya. Peningkatan gaji yang agak menarik adalah satu keuntungan amalan berpindah randah ini. Alhamdulillah, nilai KWSP bulanan aku meningkat hampir sekali ganda sejak memasuki syarikat yang baru ini.

Namun kekurangan utamanya ialah kita seperti bermula dari kosong kembali setiap kali memasuki sebuah organisasi baru. Perlu mengulangi tempoh percubaan sekali lagi, tempoh pemerhatian sekali lagi. Dan yang paling sedih lagi selama dua tahun lebih bekerja, aku tak pernah dapat merasakan kegembiraan mendapat wang bonus itu.

Tapi tak mengapa, life must go on. Apa yang berlalu usah dikenang, hanya perlu dijadikan sebagai pengajaran supaya tidak berulang di masa hadapan.

Dan seperti biasa, sudah lari topik. -_-"

Anyway, sudah tiba masa untuk melakukan beberapa perubahan di dalam hidup ini.

Senaman perlu dilakukan semula.

Memasak untuk menjimatkan duit perlu dilakukan semula.

Meluangkan masa bersama rakan-rakan perlu dilakukan semula.

Dan aktiviti penjimatan wang secara tegas perlu dilakukan. *kali ni takde semula, sebab memang tak pernah buat pun* T.T


Sebenarnya aku terkesan dengan gambar ini.

Aku pun secara tak sengaja melihat poster ini, dikongsi oleh rakan-rakan facebook.

Bukan ingin menyatakan bahawa perlu pulang segera sebaik sahaja waktu bekerja tamat, namun yang lebih menarik perhatian adalah mengenai perlu meluangkan masa dengan keluarga, dengan rakan-rakan.

Dan aku akui, perkara ini makin kurang aku lakukan.

Diharap doa dari rakan agar perubahan dapat dilakukan, agar kewangan yang mencukupi dapat dikumpul, agar hubungan sosial yang sihat dapat diraih kembali, dan yang paling utama, agar hubungan dengan Yang Maha Esa dapat diperbaiki lagi. *rindu nak lepak surau time kat kolej dan sekolah dulu..*


Oknakmandijapbabai!

2 comments: