Monday, October 11, 2010

Menghargai.Dan.Dihargai.

Seorang rakan pernah berkata,

"Buat apa aku nak hargai dia, dia bukannya pernah cuba menghargai aku pun.."

Seorang lagi pula pernah berkata,

"Kalo kite je yang menghargai orang lain, tapi kita langsung tidak dihargai, tak ada maknanya juga.. "

*identiti rakan dirahsiakan, aku malas nak bayar royalti kepada diorang.


Apa itu menghargai?

Dan apa itu dihargai?

Adakah perlu kita dihargai setelah kita menghargai seseorang?

Atau pun kita perlu menghargai orang lain tanpa mengharapkan sebarang penghargaan dari mereka?


Ada banyak cara untuk kita menghargai orang lain. Sama ada memberi hadiah, membantunya ketika susah, menemaninya ketika kesepian dan sebagainya. Cara dan kaedahnya tidak penting, namun apa yang penting adalah niat dan matlamat kita ketika cuba menghargai seseorang.

Ada orang menghargai seseorang itu kerana mengharapkan balasan. Kita tolong dia dengan harapan dia akan memberi hadiah kepada kita. Kita tolong dia dengan harapan dia akan membantu kita. Kita tolong dia dengan harapan dia akan suka kepada kita. Kita tolong dia dengan harapan dia akan memudahkan urusan kita. Sekiranya ini matlamat kita, maka akan kecewalah kita sekiranya apa yang kita harapkan itu tidak akan menjadi kenyataan. Sia-sia kita kepenatan, namun langsung tiada balasan sewajarnya yang diterima.

Ada orang menghargai seseorang itu secara ikhlas, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kita tolong dia kerana kita benar-benar mahu meringankan beban dia. Kita tolong dia kerana kita tidak sanggup melihat dia susah berseorangan. Kita tolong dia kerana kita memang nak tolong dia. Sekiranya ini matlamat kita, maka sudah tentu kita akan merasa puas dan gembira selepas membantu dia, walaupun betapa penat lelah kita ketika itu.


Allah Maha Adil. Dengan izin-Nya, sekiranya kita ikhlas menolong seseorang, sekiranya pertolongan itu tidak dibalas di dunia, pasti budi baik itu akan dibalas di akhirat. Sekiranya orang yang dihargai kita itu tidak membalas penghargaan kita, dan sekiranya kita ikhlas membantu, pasti akan ada balasan sewajarnya yang akan diterima. Mungkin bukan saat itu, mungkin bukan hari itu, tetapi yakinlah, dengan izin-Nya, akan tiba penghargaan itu suatu hari nanti.

dengan cuba menghargai orang lain tanpa minta untuk dihargai, itu lebih mudah membuatkan orang lain menghargai kita dari kita sendiri meminta-minta untuk dihargai. |

"You don't need a reason to help people"


Thanks for reading~ =)

Azwan Muslim | 1.10am | 111010 | Room

3 comments: