Monday, February 9, 2009

:: matlab oh matlab... ::

time : 7.11pm
date : february 9, 2009
place : atas katil lak, hehe...
background music : numpang tgk cite hanakimi kat laptop syazwan...

salam...

pernah tak korang rasa terasing sangat-sangat?
yang mana kalo dulunyer korang gembira berada di dalam satu geng contohnya..
makan sama-sama, keluar berjalan sama-sama..
lepak-lepak sama-sama, dan macam-macam lagi la..
mandi dengan tidur tu takleh la kot sama-sama, hehe..
tapi setelah satu tempoh, korang rasa cam lain je..
mungkin sebab lama tak jumpa kan, kemesraan yang dulunya wujud, kini hilang tah kemana..
korang duduk kat dalam geng tuh, rasa cam terasing sangat-sangat..
sampai korang pikir cam tak sanggup nak terus sertai aktiviti 'geng' korang dulu tuh..
bagi korang, watpe nak join kalo cam terasing sangat-sangat, kat sana nanti sure lagi terasing...
masing-masing dah sibuk ngan hidup masing-masing kan..

agak-agak pernah tak?

cam tak pernah je, sebab aku memang biasa suka pikir yang bukan-bukan nih, hehe...
abaikan~~

1. cam nyesal lak, huhu...
referring to my last post, aku tak jadi pergi program kkk tuh. what's done is done la kan, takde guna nak menyesal mende yang lepas. tapi, serba sikit aku cam ada gak la menyesal tak pegi melaka ngan diorang tuh. mungkin, pengalaman tahun lepas yang agak kurang menyenangkan menyebabkan aku berfikiran pisang bakal berbuah dua kali, tu cam tanak ikut dah tuh. but it seems like pisang dah tak berbuah dah, kali nih cam buah-buahan yang manis lak muncul, hoho..lagipun, come to think of it la kan, apa yang aku niatkan nak diselesaikan sepanjang weekend nih pun tak setel gak..niat nak siapkan tesis terbengkalai camtuh je, which i'll write something pas nih kot, insya allah...so cam a bit wasted gak la aku tak pegi, tu cam menyesal tuh, hoho..anyway, what's done is done right, no use of thinking about the past anymore, just move forward je la pasnih..chaiyo2 azwan!!! :P

2. tesis oh tesis...
niat weekend nih nak siapkan tesis terkubur begitu sahaja..tapi at least a bit puas la, aku dah berusaha sebaik mungkin sepanjang weekend nih..actually, tesis aku yang sedang disiapkan sekarang nih mainly about human-computer interface. signal dari luaran dikesan guna daq board, using pic akan convert analog signal nih ke digital signal, sebab komputer tak leh baca analog signal, digital only. dan dari daq board nih aku akan interface dengan komputer, so that computer can read the data, and do sedikit analisa, such as display voltage input dan plot real-time graph. aku nyer idea sekarang nih, using daq board, connect to pc by serial port, pastuh detect kat matlab. setakat nih ok la, dapat display input voltage tuh in real time. tapi masalah timbul time nak plot graf tuh, it cannot plot graph in real time basis..another alternative, using daq toolbox kat matlab, senang untuk acquire analog input. tapi masalahnyer lak, dia takleh support serial port, parallel port bole la. nak guna interface parallel port lak aku tak reti, hardware dah design untuk serial port je. abihnye terbengkalai camtuh je la tesis aku nih, yang mana sepatutnya aku dah masuk part case study dah, analyze salah satu eksperimen kat lab kawalan fakulti kejuruteraan tuh..dan nak dijadikan ceritanyer, supervisor aku bakal pulang dari bercuti 3 minggu hari rabu nih, n i'm definitely sure that dia akan expect kerja 3 minggu dari kitorang..ni telinga nih cam dah redi dah nak terima bebelan dia nanti tuh, tapi nak wat camne kan, memang aku takde perkembangan apape..andai kata ada orang leh bagi idea apape, sile-sile la yer. my thesis is entitled 'development of a real-time fault monitoring system.. '

glossary : daq board : satu litar untuk menukarkan signal analog kepada signal digital
matlab : satu software penting untuk para jurutera, untuk wat analisa
parallel / serial port : sambungan dari litar tuh ke pc, tapi sekarang mende nih dah tak wujud sangat, kita pakai usb jer

arap-arap aku leh hadapi 'perbicaraan tesis' aku tuh nanti dengan tenang, insya allah...anyway,  all da best to all of you, and thanks for reading..

*orang itu tengah bersedih sekarang, kena join mende yang dia tanak join sebab nak jaga hati kawan..wish i could help...

until then...

spoken by…
angel-me
7.35pm, february 9, 09

Saturday, February 7, 2009

:: masih di sini... ::

time : 9.10am
date : february 7, 2009
place : same place
background music : hot fm online..

salam...

pernah tak korang rasa, pilihan yang korang buat tuh salah? yang mana pilihan tuh berdasarkan emosi semata-mata, spontaneously, tanpa memikirkan sedalam-dalamnya...

rasanya ramai gak yang pernah mengalami masalah sebegini, kerana kita tidak dapat lari dari mengikutkan emosi ketika membuat keputusan...

dan persoalannya, bagaimana nak menyedapkan hati bahawa itu adalah pilihan yang terbaik yang kita bole pilih dalam masa yang singkat, walaupun hati meronta-ronta ingin memilih pilihan yang lain tuh?

tak paham?

haha, aku pun tak paham, lalala~

1. aku masih di sini..
sepatutnya aku sekarang nih berada di melaka, bersama rakan-rakan program kem kembara kasih, as i stated in my last post. but for some reason, aku masih lagi berada di um, kolej kedua nih..bukan sebab aku ditinggalkan, namun malam sebelum program aku sendiri yang menarik diri dari menyertai projek itu. ada banyak alasan yang boleh aku berikan sekiranya ditanya mengenai perkara itu, sama ada alasan itu kuat atau tidak untuk membolehkan aku tidak mengikuti antara projek kegemaran aku itu, only time will tells, hoho..

my main reason sudah semestinya dengan assignment dan kerja projek tahun akhir aku yang makin mencabar, makin memerlukan perhatian utama pada ketika ini. aku memilih untuk tinggal di kolej dengan niat untuk menyiapkan segala tugasan dan kerja tesis yang sudah lebih 3 minggu terbengkalai. namun, sehingga saat ini aku masih lagi tak dapat melaksanakan niat tuh, (actually ada la sikit, last night aku dah amik programmer pic untuk menyiapkan hardware part of my thesis project, bole la kot buat something today, insya allah... ). 

and my other reason is a bit unwise to write here, let just say it had something to do with me emotionally..

apa-apa pun, keputusan sudah dibuat, aku masih lagi di sini, tidak di melaka, and life has to go on..insya allah..

p/s:heard she's handling poco-poco dance right now, menyesal tak dapat pegi join tengok dia menari, lalala~

2. perak di dalam pergolakan...
agak takut sebenarnya melihatkan suasana politik di negeri asalku itu. sejak beberapa hari nih kecoh dengan masalah dalaman kerajaan perak, dengan main lompat-lompatnyer, peralihan kuasanya, demonstrasi di hadapan masjid nyer, dan macam-macam lagi la yang aku ada dengar dan baca (mostly on internet resources, a reliable one la kot.. ). personally, aku cam tak kisah sangat siapa yang memerintah, mostly mungkin sebab aku sendiri tidak berada di perak buat suatu ketika gak la, aku belajar di selangor + kl, aku menetap di kedah, kalo balik perak pun just seminggu dua je, tu pun duk kat kampung. but maybe, when i'm in my working zone, mungkin la aku akan amik kisah pasal mende-mende camtuh, sebab right now, my most important priority still lagi for my academic, satu semester lagi, insya allah..i've mentioned it before, aku tak berapa suka dengan dunia politik nih. jarang kita dapat lihat orang yang terlibat dalam dunia politik nih, berlaku jujur (ni pandangan aku la, kalo korang rasa lain jangan marah aku lak.. ). but as one of my commenters said, politik nih pun salah satu cabang dalam islam, so kita nak tanak kena terima gak la mende tuh kan..just hope that kemelut politik tanah air nih akan pulih dalam kadar yang segera, tanak la peristiwa penjajah dulu-dulu tuh berlaku lagi...

guess that's all for now, nak wat keje-keje yang terbengkalai tuh dulu. all da best to all of you, and thanks for reading..

until then...

spoken by…
angel-me
9.32am, february 7, 09

Thursday, February 5, 2009

:: kenape saya malas... ::

time : 2.57pm
date : february 5, 2009
place : atas kusi depan meja
background music : senyap je, sume org p klas...

salam...

pernah tak korang rasa, secara tetiba, korang cam rasa malas je nak belajar, malas nak studi (sama la tuh kan belajar ngan studi, hoho.. ), malas nak wat apape kerja, dan macam-macam lagi kemalasan yang bole timbul?

rasanya ramai yang sering merasai mende nih kan, tak tau la kalo aku sorang je yang rasa malas camni..

dan persoalannya adalah, camne korang nak wat untuk atasi perasaan malas tuh?

any idea, guys?



1. jpa dah masuk!! and after the good news, now it's the bad one, jpa aku dah tinggal sikit, lalala~
hoho, mesti ada yang heran kan, camne jpa aku leh tinggal sikit secepat mungkin ( but for those who know me, maybe diorang dah sedia maklum la kan, aku nih boros sangat-sangat, hehe.. ). tapi alhamdulillah, setakat nih untuk jpa semester ini aku agak dapat menahan diri dari menjadi sangat-sangat boros, mebi aku just jadi a bit boros la (ok la kan, ada perubahan sikit, hehe.. ). after paying my studi fee (around rm19++ sebenonyer, tapi to be safe aku bayar je terus rm2000, nanti ada baki tu diorang pulangkan la kn..diorang pulangkan balik kn? ). and then untuk masa hadapan, aku dah set aside rm1k, letak kat tabung haji. saja je letak kat situ, main reason aku bole simpan untuk masa hadapan, as tabung haji kan susah sikit nak keluarkan duit, as it doesn't have its own bank card..bank islam bole je keluarkan akaun tabung haji, providing that i had registered my tabung haji account in my bank islam account la. tapi takpe la, letak je kat sana, and try to manage my life with the remaining rm2k++. dan kalau nak diikutkan sekarang nih, aku dah pun menggunakan nearly rm1k untuk barang akademik (cam tak percaya lak kan, hehe.. ). a few modifications on my laptop, beli barang-barang peribadi apa yang patut, and a round or two of bowling, abis la rm1k tuh, and that leaves me with around rm1k++ for the rest of this semester. ada orang leh ajar aku cara berjimat tak? :P

2. aku down, lalala~
mostly about tesis la, idup aku sekarang nih makin tunggang langgang. hardware nyer ada problem, software nyer tak reti nak wat, and for me la kan, da major problem of all this is my personal view towards our supervisor. it's true, dia agak baik kat kitorang, banyak bagi semangat, bagi tunjuk ajar. but recently dia cam a bit pushy at as. betul la tuh kan, due date pun dah nak dekat, beberapa minggu je lagi kan untuk final presentation. and maybe the fact that i cannot work well under pressure, aku cam susah nak tumpukan untuk hal-hal tesis nih. aku rasa la kan, kalo aku can put more effort on it, dah bole siap awal g tuh. my final year project it is not hard enough pun, just need to build a circuit for the hardware part, programming the PIC, do some kind of GUI using matlab, monitor a plant kat control lab, and i'm done! simple right..haha, tapi the truth is mende nih takde la sesimple camtuh. nak build circuit from scratch is a hard work gak la, kena studi satu-satu component tuh, what the PIC needs to run, studi camane nak program PIC according to our needs, build GUI guna matlab, interfacing both hardware and software, dan a few stuff lagi la. insya allah, aku akan try my best to settle everything a.s.a.p. la, and i hope everything will goes well..pray for me ya..

glossary : PIC = some kind of microprocessor, cam otak manusia la, nak senang pikir...
                GUI = graphical user interface, mende yang korang main tekan je tuh kalo bukak apape applications

3. esok Kay Kay Kay, yay~~
insya allah, kalo takde apape aral melintang, aku akan ke melaka untuk menjayakan program kem kembara kasih, KKK (yang keberapa tah, tak ingat lak, hehe... ). basically, this program is about a motivational camp for students la, and kami just managing this program by our own, cari duit sendiri, urus sendiri, tempah apa yang patut sendiri...not much to say here about this project, even though ada a few inner conflict here and there, just hope that this project will achieve its aim, and dapat berjalan dengan lancar la..

guess that's all for today, all da best to all of you, and thanks for reading..

until then...

spoken by…
angel-me
3.17pm, february 5, 09