Thursday, January 15, 2009

:: tanggung-jawab ::

time : 6.49am
date : january 15, 2009
place : atas katel, golek2..
background music : sunyi sepi~~

salam...

nampaknya, hajat untuk menulis setiap rabu tak dapat dilaksanakan. kali nih bukannya kerana kekangan masa atau sebagainya, namun ketiadaan idea yang menjadi penyebab utama. betul la orang cakap, idea tu tak semestinya datang setiap masa setiap ketika, kadang-kadang je idea tuh datang dengan sendirinya. so maybe after this i won't try to fixed my blog-writing day, whenever i have da idea to write, i'll put something in here, insya allah...

at last, da moment dat have been waiting for UM students, election day (yay~). according to da HEP posters, da hari penamaan will be held yesterday, 14th jan at dtc, and da election day is on 19th jan. kalau kita tengok motif asal pilihanraya kampus nih, rasanya takde yang menolak jika dikatakan ianya amatlah penting untuk semua mahasiswa universiti perdana nih. ye la, kita memilih badan perwakilan universiti, yang dapat menjaga kebajikan mahasiswa, yang dapat memimpin hala tuju universiti ke arah yang lebih cemerlang. itu pada objektifnya la kan, tapi dari segi praktikalnya, ada sesetengah (atau ramai sebenarnya) yang menganggap hari pilihanraya kampus ini seperti langsung tidak penting, and as for me, maybe i'll follow da majoriti la kan, dat this election day is not so important to us at all. bukanla aku mengatakan bahawa mpmum nih tak penting pada objektifnya, namun pengalama beberapa tahun di UM nih, melihat batch demi batch mpmum yang memerintah, seperti tidak dapat dilihat apa hasil kami memilih mereka menjadi badan perwakilan universiti. ada sesetengah rakan mpm yang ditemui menyatakan mereka sendiri memang tak banyak buat kerja, just sibuknye pun dengan seminar sini sana, kursus sini sana, kat hotel-hotel besar, dan sebagainya lah. dan oleh kerana aku sendiri bukannya seorang mpm, dan aku hanya mendengar kata-kata seorang rakan mpm sahaja, kalo dia bohong, maka bohong la aku kan. 

tapi tak dapat dinafikan, memang ada segelintir ahli badan perwakilan yang benar-benar melaksanakan tanggungjawab yang diberi. mereka menjadi semakin sibuk selepas dipilih, melaksanakan tanggungjawab yang telah digalas dengan penuh tekun, sehingga masa rehat mereka sendiri dah kurang, dan kadang-kadang takde rehat langsung pun. pada aku, ini semua atas pilihan masing-masing, sama ada nak menjalankan tanggungjawab yang diberi atau hanya cuba mengelak sekiranya ditanya. apa yang aku tahu, setiap dari kita akan disoal tentang tanggungjawab di dunia nih sewaktu di akhirat nanti. dan sebagai seorang pemimpin besar seperti ahli badan perwakilan, rasanya sesi soal jawab tuh tentu akan menjadi lebih lama, lebih-lebih lagi kalo dia tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. aku just berharap sekiranya aku diberikan tanggungjawab sebesar itu, atau sekecil mana pun, aku dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin, insya allah...

i guess dat's all for today, nak tulis lebih-lebih lagi pun pewot cam dah lapar dah, nak p sarapan dulu la. thanks for those yang singgah kat sini, even though aku jarang menulis dengan kerap, thanks for ur support. all da best to all of you, and thanks for reading..

until then...

spoken by…
angel-me
7.11am, january 15, 09

No comments:

Post a Comment