Sunday, March 9, 2008

:: just some boring stuff -01- ::

time : 02.09pm
date : march 9, 2007
place : bilik aku dh dpt internet, yey~
background music : baru lepas dgr music yg cukup mendamaikan, azan..

Setiap kali aku membuka lama web google reader, timbul sedikit rasa cemburuku melihatkan rakan-rakanku menulis post-post baru di blog masing-masing. Aku bukannya tidak mahu mengikuti jejak langkah mereka, namun hati ini seperti menghalangku untuk menulis lagi, untuk meninggalkan kenangan dan perasaanku ketika ini di alam maya ini. Dan hasilnya, blog ini semakin bersawang; seperti yang dikatakan oleh miss teddy.

Dan secara jujurnya, aku seperti kehilangan identiti, kehilangan isu-isu yang dapat aku jadikan satu post yang menarik, yang ingin dibaca oleh rakan-rakan sekalian.

Aku tidak dapat menulis segala-galanya mengenai hati dan perasaanku, sepertimana yang pernah aku lakukan di dalam blog lamaku, atau seperti mana yang Kamal lakukan di dalam blognya. Entah mengapa, sejak kebelakangan ini begitu banyak masalah yang ku alami, yang sering melibatkan hati dan perasaanku, dan disebabkan aku tidak gemar untuk menceritakan segala masalahku kepada orang lain, segala-galanya tersimpan sahaja di dalam lubuk hatiku, tanpa hadirnya sebarang penyelesaian kepada masalah-masalah itu.

Aku tidak dapat menceritakan segala apa yang berlaku di persekitaranku, seperti mana yang dilakukan oleh Irina. Cerita kompang tuh lain la, sebab itu pun dah lama berlaku kan, dan aku pun hanya meletakkan gambar-gambar sahaja. (and sorry for not posting any video on it, dunno why, it seems like I cannot upload the whole vids into blogger, it stop halfway. Does anybody know how to upload a 10 minutes, 88mb video into blogspot easily?) Aku seperti tidak tahu bagaimana untuk menulis mengenai apa yang berlaku di sekelilingku dengan lebih menarik. Rakanku Laili juga pernah mengatakan bahawa membaca post kompangku itu seperti membaca satu laporan berita akhbar sahaja. (does that mean I can be a reporter? LOL)

Aku juga tidak dapat menulis sesuatu itu dari perspektif berbeza, atau melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian rakan-rakan lain, seperti mana yang dilakukan oleh Hilman. Mungkin, aku risaukan tiada sesiapa yang akan menyokong, atau mungkin aku seperti tidak tahu apa yang patut ditulis, apa yang patut dilihat, atau apa yang patut difikirkan.

So, in short, aku tak tahu apa yang wajar untuk aku tulis di dalam Citadel ini.

Maaflah sekiranya ada yang mengharap, yang sering datang menjenguk Citadel ini bagi sebarang post baru yang aku tulis. Sekarang ini aku masih lagi cuba untuk membina kembali dinding-dinding idea di Citadel ini, yang sudah berkarat, yang sudah terhakis oleh ombak-ombak air mata, yang sudah dipenuhi oleh sawang-sawang. Mungkin, setelah aku dapat mencari bahan-bahan yang diperlukan, aku akan mula membina semula Citadel ini.

Until then…


spoken by…
angel-me
02.33pm
march 09, 08

1 comment:

  1. erk???
    warning! warning!
    one down state blogger detected!!!
    cepat sembur vaksin kat ini orng!
    virus dah menyerang!!!!

    hehe....

    slow2 kayuh... take some time... ada lah tu masanya akan tiba entry2 baru di blog ni...
    jgn ikut org... do it ur way...

    okeh!!!

    ReplyDelete