Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Book.Judger

"Don't judge a book by its cover"

Sudah banyak kali aku temui keadaan seperti ini.

Seseorang yang pada luarannya nampak seperti tiada apa-apa kelebihan, namun sebenarnya dia lah yang sangat banyak menyumbangkan jasa.

Seseorang yang pada luarannya nampak seperti tidak melakukan apa-apa, namun sebenarnya dia lah yang paling banyak menguruskan segala-galanya.

Seseorang yang pada luarannya asyik hilang tanpa berita, namun sebenarnya dia lah yang paling banyak menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai sekian lama.

Tidak ada gunanya kelihatan seperti sibuk, padahal masih banyak kerja yang belum diselesaikan.

Tidak ada gunanya kelihatan seperti menjadi orang paling penting, padahal sepeninggalannya bertimbun kerja-kerja yang perlu diselesaikan oleh orang lain.

Benarlah, pengalaman adalah pengajar yang terbaik, melalui pengalaman lah kita akan dapat menjadi lebih matang di dalam membuat sesuatu penilaian.

Dan juga setiap orang itu adalah hebat di dalam bidang masing-masing.

Andai kata kita merasakan bahawa diri ini suatu kegagalan, ingatlah, pada suatu masa dahulu, kita adalah juara dalam acara berenang, dan hadiahnya adalah diri kita sekarang ini.


Friday, January 6, 2012

Perubahan.Perlu.Dilakukan

Masa memandu kereta adalah masa yang paling sesuai untuk aku berfikir panjang. Jarak yang jauh dari tempat kerja ke rumah sewa memberikan masa yang agak panjang untuk berfikir mengenai segala apa yang menjadi permasalahan dalam kehidupan seharian.

Dan sudah semestinya topik utama yang sering bermain di fikiran di kala ini adalah untuk menyediakan kewangan yang mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan.

Memang, diakui aku sudah memasuki alam pekerjaan lebih dua tahun. Dan dalam jangka masa ini aku sudah menukar tempat kerja sebanyak dua kali. Pertama di Damansara Perdana, kedua di Shah Alam, dan ketiga di Kelana Jaya, atau lebih tepat lagi di KLIA.

Berpindah randah ini ada baiknya dan ada buruknya. Peningkatan gaji yang agak menarik adalah satu keuntungan amalan berpindah randah ini. Alhamdulillah, nilai KWSP bulanan aku meningkat hampir sekali ganda sejak memasuki syarikat yang baru ini.

Namun kekurangan utamanya ialah kita seperti bermula dari kosong kembali setiap kali memasuki sebuah organisasi baru. Perlu mengulangi tempoh percubaan sekali lagi, tempoh pemerhatian sekali lagi. Dan yang paling sedih lagi selama dua tahun lebih bekerja, aku tak pernah dapat merasakan kegembiraan mendapat wang bonus itu.

Tapi tak mengapa, life must go on. Apa yang berlalu usah dikenang, hanya perlu dijadikan sebagai pengajaran supaya tidak berulang di masa hadapan.

Dan seperti biasa, sudah lari topik. -_-"

Anyway, sudah tiba masa untuk melakukan beberapa perubahan di dalam hidup ini.

Senaman perlu dilakukan semula.

Memasak untuk menjimatkan duit perlu dilakukan semula.

Meluangkan masa bersama rakan-rakan perlu dilakukan semula.

Dan aktiviti penjimatan wang secara tegas perlu dilakukan. *kali ni takde semula, sebab memang tak pernah buat pun* T.T


Sebenarnya aku terkesan dengan gambar ini.

Aku pun secara tak sengaja melihat poster ini, dikongsi oleh rakan-rakan facebook.

Bukan ingin menyatakan bahawa perlu pulang segera sebaik sahaja waktu bekerja tamat, namun yang lebih menarik perhatian adalah mengenai perlu meluangkan masa dengan keluarga, dengan rakan-rakan.

Dan aku akui, perkara ini makin kurang aku lakukan.

Diharap doa dari rakan agar perubahan dapat dilakukan, agar kewangan yang mencukupi dapat dikumpul, agar hubungan sosial yang sihat dapat diraih kembali, dan yang paling utama, agar hubungan dengan Yang Maha Esa dapat diperbaiki lagi. *rindu nak lepak surau time kat kolej dan sekolah dulu..*


Oknakmandijapbabai!

Thursday, January 5, 2012

Kopi.Pes:8 Sikap Perempuan Yang Disukai Lelaki

Saja nk share, betul ke tidak terpulang la pada pandangan masing-masing :)

******************************************************************************

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara


Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin


Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

******************************************************************************

Kredit from blog Jengg Krengg Blogg-Psychology Way

*blush*

Oknaktidodahbabai!

Wednesday, December 28, 2011

Kopi.Pes:Tanda-Tanda Lelaki Merajuk Dan Cara Memujuk

Ingat perempuan je boleh merajuk? Actually lelaki pun ada gak rajuknya, nak tau tanda-tanda dia, meh baca artikel that i found while surfing the net, quite good to be shared here. :)


******************************************************************************


Tanda-tanda Lelaki Merajuk
Lah ingatkan perempuan jer merajuk lelaki pun ada gax…..papepun jom terjah…Rajuk sering kali dikaitkan dengan wanita. Pantang ditegur sedikit, rajuknya berpanjangan. Ironinya sama seperti wanita, lelaki juga memiliki hati dan perasan. Mereka juga sering kali merajuk dan mahukan perhatian. Berikut adalah tanda-tanda lelaki sedang merajuk.


Dia membisu
Kalau sebelum ini mulutnya ramah bercerita tetapi apabila merajuk, lelaki biasanya akan diam seribu bahasa. Kalau anda bercakap dengannya dia tidak mengia atau menidakkan sebaliknya buat tak tahu sahaja. Kalau berhadapan dengan situasi ini, pandai-pandailah anda memujuknya agak keadaan tidak menjadi lebih kusut.

Buat Tak Tahu
Kalau sebelum ini pasangan anda rajin membantu tetapi kali ini, dia akan buat tak tahu saja meski pun anda sudah memanggilnya banyak kali. Malah kalau anda meminta pertolongan darinya, dia akan buat acuh tak acuh sahaja. Seolah-olah anda bercakap seorang diri.

Muka Masam
Jika buat tak tahu, anda mungkin boleh bersabar lagi tetapi jika pasangan sudah mula menarik muka, anda tentu rasa tertekan. Tetapi bagi lelaki merajuk, muka masam sinonim dengan mereka. Itu tandanya dia sedang protes dan tidak menyenangi sikap anda yang mungkin telah menegurnya.

Enggan Makan Bersama
Lebih teruk lagi jika lelaki enggan makan bersama meskipun anda sudah mengajaknya berkali-kali. Ia sebagai tanda protes tidak berpuas hati dan dia lebih senang berlapar dari memakan makanan yang anda masakkan untuknya.

Marah-marah
Lelaki mempunyai egonya yang tersendiri. Lelaki sering kali beranggapan mereka betul meski pun pada pandangan anda, ianya tidak betul. Namun demi menegakkan kebenaran, dia tetap mahu marah-marah.

Tidak Menelefon
Kita selalunya sangat risau jika tidak memberitahu pasangan di mana kita berada. Lelaki merajuk biasanya tidak akan menelefon memberitahu dia mana dia berada. Tujuannya, dia mahu anda risau dan tercari-carinya.

Terus Keluar Rumah
Satu lagi cara lelaki merajuk ialah dia akan keluar rumah tanpa memberitahu ke mana arah tujuannya. Sebagai pasangan, anda tentu buntu memikirkannya. Lebih teruk jika dia menutup telefonnya dan anda tertunggu-tunggu ke mana dia pergi.


 Tip Cara Memujuk
Berikan Masa Untuknya Bersendirian
Umumnya perselisihan sering berlaku baik ketika zaman bercinta mahu pun ketika berumah tangga. Apabila berlaku selisih faham, lelaki mahukan dirinya dipujuk tetapi ego yang merantai di hati membuatkan mereka mengambil sikap berdiam diri. Sebaiknya, kalau lelaki merajuk, berilah masa untuk mereka sendirian. Kala itu, mereka mungkin memikirkan kesan dari pergaduhan dan memikirkan bagaimana mahu berbaik semula. Jadi berikan dirinya masa dan percayalah rajuk lelaki tidak selama wanita merajuk.

Berikan Sokongan
Pergaduhan memang menyakitkan hati mana-mana pihak. Jika pergaduhan membawa kepada rajuk yang panjang, jangan pula anda menambah minyak di dalamnya, seolah-olah anda mahu menyemarakkan lagi api sedia ada. Sebaliknya berilah sokongan kepada pasangan agar rajuknya reda dan anda kembali berbaik semula.

Berikan Cahaya Kegembiraan
Cuba letakkan diri anda pada situasinya. Rajuk yang mahu dipujuk. Jika anda mahu dipujuk, lelaki juga begitu. Gembirakanlah hati pasangan kerana sesungguhnya, kegembiraannya adalah kebahagiaan anda juga.

 ******************************************************************************

Kredit to Edisi Kini Dot Com


Honestly, memang banyak yang diperkatakan di sini kena dengan batang hidung sendiri. Tapi biasalah, mood merajuk tu sentiasa ada, dan sentiasa harapkan dipujuk, harapkan difahami, tanpa sendiri meminta-minta untuk difahami. :)


*ni rasa nak sambung balik baca buku "Men are from Mars, Women are from Venus" nih, dari dulu baca tak pernah lepas chapter satu pun, sigh~ =_="

Friday, December 23, 2011

Kopi.Pes:Tunang – Rahsia vs Umum

Actually tajuk ni memang dah lama nak diutarakan, tapi memandangkan ketiadaan masa yang cukup untuk membuat kajian, maka buat masa ini memadailah kiranya share dulu artikel ini.

**********************************************************************

Ada orang post video “I’ve been proposed & I’m engaged” di facebook dan ramai yang share dan bercerita tentangnya. Ada yang kata comel, ada yang kata sweet, ada yang kata macam-macam lagi…


Selepas menontonnya, ada suatu tanggapan dan cara pandang yang berlainan yang saya rasakan. Saya kurang bersetuju kerana pada pendapat saya perbuatan ‘mengiklankan’ pertunangan itu sesuatu yang tidak harus dilakukan. Kalau tak jadi kahwin nanti macam mana???

Saya pernah mendengar ada hadith yang lebih kurang berbunyi, “rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan” namun saya kurang ingat perawi dan matan hadith tersebut samada sahih atau bukan. Maka saya pun mencari status hadith tersebut… Saya bertemu dengan dua version, ada yang sahih, ada yang dhaif. Berikut merupakan keterangan mengenai kedua-duanya.

( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )

Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).

Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).

Adapun yang sahih, matannya sedikit berbeza.

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil.

Tahniah kepada pembuat video tersebut kerana dia beruntung dipertemukan dengan lelaki yang gentleman dan bertindak melamar dan terus bertunang. Semoga dipermudahkan urusan pernikahan anda berdua! Amiiiiin….\(^^,)/

(Semoga dipermudahkan jodoh saya juga!=p)

Mungkin disini terdapat dua perbezaan pendapat. Ada golongan ulama yang berpendapat menggalakkan (sunat) disembunyikan pertunangan, dan ada juga yang mengharuskan untuk menghebahkan. Saya berpendapat dengan pendapat untuk menggalakkan (sunat) disembunyikan…Peace!=)

Golongan yang menggalakkan( sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah sebenarnya disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain,sepertimana yang dinaqalkan dari laman web islamweb.net, yang menyebutkan:

قال الخرشي في شرح خليل: وأما الخطبة بالكسر فيندب إخفاؤها كالختان وإنما ندب الإخفاء خوفاً من الحسدة

Terjemahan: Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain).

Rujukan: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=65842&Option=FatwaId

Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum (bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:

قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان ، فإن كل ذي نعمةٍ محسود ) رواه الطبراني وصححه الألباني في صحيح الجامع:943

Terjemahan: Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya). Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami’ (no 943).

Manala tau ada orang yang dengki dengan tunang anda, comel, cun, solehah sangat sampai membuatkan para jejaka Malaya semuanya jeles, lebih baik dirahsiakan dulu sampai hari pernikahan. 2-3 bulan atau setelah confirm tarikh pernikahan barulah dihebahkan. Baru surprise, ye dak? Hehe…

Plus, kesianla sikit kat orang yang bujang yang tercari-cari calon masih tak jumpa lagi… Or yang dah jumpa calon tapi ‘masih mempunyai masalah’ untuk menikah dan tak dapat restu ke apa ke….Janganlah bagi diorang jeles dengan kebahagiaan anda. Tak perlulah nak heboh satu dunia anda sedang bahagia, ye dak? Ke pendapat saya salah? Kalau salah, I’m Sorry…

Well, lain orang lain pendapat. This is just my ‘dua kupang’. Peace! (^^,)v

**********************************************************************

Dari blog Dr Radzi.

Personally, i did agree with his opinion, yang mana bertunang dirahsiakan, berkahwin dihebohkan, sebab utama risau ada halangan sehingga pernikahan tu gagal dilaksanakan (harap dijauhkan, insya allah). Tapi satu persoalan timbul di sini ye rakan-rakan, kalau tunang dirahsiakan, kahwin dihebohkan, kapel2 ni masuk group mana lak? Patut dirahsiakan atau dihebohkan? :)

Dahnakmandiokaybabai!

Wednesday, December 21, 2011

Buat.Kerja.Biar.Sampai.Habis

Aku cukup tak minat kalau buar kerja separuh jalan ni.

Sungguh.

Long story short, arini dapat tugas yang agak mudah.

Dapat list ip address dan camera number, just masuk ke dalam sistem agar dapat capai keseluruhan camera yang telah dipasang, katanya lah kan.

Pastu dengan mindset yang keje ni agak mudah, aku pun terus la memulakan kerja.

Check list, pastu check dalam sistem dah masuk ke belum, pastu buat remarks kat tepi.

Dah halfway go through the list, macam rasa something not right.

Apesal banyak camera yang baru masuk ke dalam sistem, yang berdasarkan list nih, semuanya gelap je?

Macam takde camera pun, semua video gelap je?

Dah mula rasa pelik.

List dah go through separuh, tapi jumlah kamera dalam sistem dah terlebih.

Patut cukup-cukup, kalau terlebih ni da kes ajaib nih.

Check balik kali pertama (1), betul la aku dah ikut list nih.

Check balik kali kedua (2), mata dah mula berpinar dah.

Check balik kali ketiga (3), dah ada tanda-tanda give up.

Tengok jam, pukul 6.30 pm.

Terus packing barang dan terus cabut balik.

Ni mesti something wrong dengan list diorang bagi ni, as usual la kan, sigh~

Pastu duk merengkam je hati ni, rasa macam nak sambung buat kerja je.

Rasa tak puas hati, kerja yang pada awalnya dikatakan agak senang, tapi rupanya menjadi agak sukar.

Reason nya simple, maklumat yang diberikan tidak lengkap, maka kena lah cari sendiri maklumat yang sebenar.

Tapi la kan, kalau buat semua kerja tu hari ini, esok takde kerja lak kan, haha..

Dahnakmainfesbukokbabai!





*still rasa tak puas hati gak, sigh~*