Wednesday, May 28, 2008

:: praktikal oh praktikal... ::

time : 08.50 pm
date : may 28, 2008
place : bilik ijat a.k.a. bilik aku juga~
background music : bunyi kipas ngan bunyi keta lalu lalang...

assalamualaikum, dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca sekalian.. nama saya mohd azwan, dan pada hari ini saya akan membentangkan mengenai perkembangan saya sepanjang latihan industri selama dua bulan ini.

latihan industri, atau lebih dikenali sebagai praktikal, adalah satu keperluan bagi seorang penuntut sarjana muda kejuruteraan elektrikal di universiti malaya, dan saya pasti ianya sama di mana-mana universiti ataupun institusi pengajian tinggi di malaysia ini, di mana praktikal, latihan industri atau ada di antara rakan-rakan saya memanggilnya dengan nama internship, adalah satu keperluan bagi menamatkan pengajian untuk mendapatkan pekerjaan mengikut bidang yang diceburi.

dan seterusnya, saya akan meneruskan pembentangan ini dengan bantuan beberapa gambar yang akan dapat meningkatkan lagi kefahaman para pembaca mengenai apa yang saya cuba sampaikan di sini. diharapkan anda semua setia sehingga ke akhirnya, dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi untuk membaca dan melihat isi-isi pembentangan ini...


pindah rumah...

oleh kerana tempoh praktikal ini adalah pada cuti semester, sudah semestinya saya tidak dapat untuk menginap di kolej kediaman. boleh tuh memang la, tapi bayaran mahal yang akan dikenakan menyebabkan saya mula mencari alternatif lain, dan ini juga boleh dijadikan suatu pengalaman, di mana sepanjang 3 tahun berada di universiti malaya, saya tidak pernah lagi menginap di tempat yang lain selain di kolej kediaman. dan setelah sedikit perbincangan, alhamdulillah saya dan beberapa orang rakan telah berjaya mendapatkan satu rumah sewa di kawasan shah alam, berhampiran dengan uitm shah alam, dan juga lebih kurang 10 minit dari tempat praktikal. dengan sewa yang agak bersesuaian, kami sudah sepakat untuk menginap di sana sepanjang sesi praktikal ini. malangnya, semasa kami sibuk menghadapi peperiksaan yang lepas, kami diberitahu bahawa tuan rumah itu ingin menaik taraf rumah itu, dan ini bermakna kami tidak dapat untuk mendiami rumah itu. setelah perbincangan lanjut diadakan, saya telah membuat keputusan untuk menginap pula di rumah seorang rakan, di bandar klang, juga lebih kurang 10 minit ke tempat kerja. pada hari ahad, sehari sebelum saya melaporkan diri, saya telah bersiap sedia untuk berpindah ke sana. namun, sedikit perubahan rancangan di saat-saat akhir berlaku. seorang rakan yang sepatutnya sama-sama berpindah ke rumah sewa di klang berubah fikiran. dengan alasan malas untuk mengangkut barang, dia mencadangkan supaya kami menyewa sahaja rumah sewanya, di vista angkasa, berdekatan dengan universiti malaya, di mana rumah sewa di klang itu adalah pada tingkat 5, dan tiada kemudahan lif disediakan. akhirnya, saya bersetuju dengan cadangannya, dan hasilnya, pada hari ini saya menginap di rumah sewa di vista angkasa, 5 orang serumah, dengan bayaran sewa yang masih belum diberitahu, masih boleh dibincangkan.

"pemandangan menara telekom dari balkoni rumah sewa..."

"NEXT..."

latihan industri...


"bangunan pentadbiran sjjc..."

pada 5 mei yang lepas, saya telah melaporkan diri di stesen janakuasa jambatan connaught (sjjc), klang, bagi menjalani latihan industri selama 2 bulan di sana. setibanya kami di sana, kami bertemu dengan 4 orang lagi rakan praktikal kami selama 2 bulan di sana, iaitu dua rakan dari utm skudai, saudara hazrek dan saudari idayu, dan dua lagi bakal kapten dari universiti pertahanan nasional malaysia (upnm), saudari zazalina dan saudari nadiah. alhamdulillah, kami semua dapat beramah mesra dengan baik, dan sesi perkenalan pada pagi itu berjalan dengan lancar.

setelah segala urusan pendaftaran telah selesai, kami semua telah diberikan beberapa barangan secara percuma dari pihak sjjc, iaitu kasut keselamatan, topi keselamatan, tag nama dan kad punch card. barang-barang ini adalah untuk menandakan secara rasminya kami adalah warga sjjc dalam tempoh praktikal selama 2 bulan ini.


"my first card, LOL.."

"the number doesn't have any significant, they just give it randomly, i think..."

secara umumnya, praktikal di sjjc ini ada keseronokannya dan juga ada kebosanannya, di mana part yang seronok tuh adalah oleh kerana bilangan kami yang ramai, kami dapat menguasai suasana, di mana ceramah pengenalan yang agak bosan itu pun telah dapat kami ceriakan dengan bertanya beberapa soalan yang boleh mendatangkan sedikit unsur-unsur jenaka bagi yang mendengarnya. namun, oleh kerana kami tidak dibayar apa-apa elaun, mereka tidak akan memberikan apa-apa tugas kepada kami. apa yang kami lakukan setiap hari adalah melihat jadual tugasan harian, dan mengikut sesiapa yang bertugas pada ketika itu, mengikut kehendak masing-masing. dan sebelum terlupa, kami telah diletakkan di unit ecni (electrical control and instrumentation) dan oleh kerana bilangan jurutera dalam unit ecni itu hanyalah 3 lelaki dan 1 wanita, kami tidak berpeluang untuk mengikuti kerja-kerja seorang jurutera; kami hanya mengikuti gerak kerja seorang juruteknik. namun begitu, kelebihan utama sjjc ini adalah para juruteknik sjjc begitu berkemahiran, sehingga mereka dapat menyelesaikan tugasan yang sepatutnya adalah tanggungjawab jurutera. di sini, kepercayaan memainkan peranan yang penting, di mana para jurutera percaya para juruteknik dapat menyelesaikan tugas-tugas mereka dengan baik, dan jurutera akan menyelesaikan tugas-tugas perancangan yang lebih besar, ataupun tugas penyelidikan (research and development). dan secara mudahnya, di sini saya sertakan jadual harian kami sebagai pelatih di sjjc, yang sungguh rilek, hehe...

0800am : punch card masuk
0800am-0830am : sarapan di kafe sjjc (bayar sendiri la...)
0830am : perjumpaan pagi di unit ecni, menerangkan tugasan untuk hari itu
0830am-1000am : memulakan tugasan masing-masing
1000am-1030am : rehat, minum pagi di kafe sjjc
1030am-1200pm : meneruskan tugasan
1200pm-0200pm : rehat, makan tengah hari, solat
0200pm-0330pm : tugasan diteruskan
0300pm-0400pm : rehat, minum di kafe sjjc
0400pm-0500pm : tugasan diteruskan
0500pm-0530pm : rehat, berkemas untuk pulang, solat
0530pm : punch card keluar

dan berikut adalah beberapa gambar semasa kami menjalani praktikal di sini...

"aku berlatarbelakangkan serobong asap turbin stim (steam turbine)"

"rakan-rakan sepraktikal, di cecr (control room)"

"mende nih la yang mengawal keseluruhan power plant..."\

"bangunan remaco (repair and maintenance co.), anak syarikat tnb, pakcik tuh cakap kat sini banyak buat penggambaran filem-filem dan iklan, dunno betui ke tak, hehe.."

"beb, jaga-jaga naik tangga tuh, jatuh aku lari..."

"lompatan yang penuh kegembiraan (konon la...hehe..) "

satu perkara yang sungguh unik di sini adalah dari segi hiasan dalaman dan pelabelannya. di sjjc, kami mengamalkan sistem 5S, di mana sistem ini digunakan sepenuhnya untuk memastikan segala sumber-sumber tersusun dengan lebih teratur, bagi memaksimakan tugasan-tugasan yang dilaksanakan. dan hasilnya, segala barangan di sjjc dilabelkan, termasuklah pasu-pasu bunga dan hiasan gambar di dinding. dan apa yang menariknya, notis-notis di sini agak unik...

"nak jadi perokok yang beretika? baca mende nih, hehe.."


"reverse parking? huhu... "

di sjjc, kami perlu mengamalkan sistem reverse parking, yang akan dapat memastikan keselamatan kami terjaga, di mana sekiranya kecemasan, kenderaan dapat dikeluarkan dengan segera, tidak perlu reverse dahulu sebelum keluar...

"baca tuh, jangan harapkan orang lain untuk membuatnya, hehe.."

"NEXT..."


"uh?"

eh, mende nih? ala, jangan la main-main. aku nak citer pasai mende lain nih...mende nih biarlah hanya aku dan si hatie yang tahu, hehe... :P

ok..ok...

"NEXT..."

aha, dah abeh ek...

rasanya itu sajalah yang boleh saya coretkan pada kali ini. insya allah, panjang umur murah rezeki saya akan ceritakan lebih lanjut lagi mengenai apa yang berlaku. bagi rakan-rakan yang mengambil semester khas, selamat belajar...bagi rakan-rakan yang menjalani praktikal, selamat bekerja...dan bagi rakan-rakan yang sedang bercuti, jeles~~ahaha~..

sekian dari saya, terima kasih~

hee...

Until then..

spoken by…
angel-me
10.40pmm, may 28, 08


12 comments:

  1. wow! satu approach yang baru dalam buat entry! guna teknik presentation! (tepuk tepuk)

    bgus2...
    sbb takde elaun, tkde keje eh... gitu eh???
    btw, lupa tny ko kos pe eh? smpi kene li kat control room gitu...
    aku ske gak control room tuh.. tapi mmg pening dia punya diagram sume...
    5s? UMP pown gune bende tuh gak...

    tapi presentation awak nih berterabur la! tiba2 je awak letak benda yang tak berkaitan (gambar cj7 itu) ke dalam presentation...

    sebab itu... saya gagalkan awak dalam subjek ini!!!
    (sambil koyakkan marking scheme)

    hahahaha

    do write more about li, will u?

    ReplyDelete
  2. pergh.. cepat je mamat kat atas ni comment. lol!

    naseb baik bukan nombor 007. klu tak ble aku pggl ko james bond td.

    series.. ko makan lagi banyak dari aku. tp gambar tu nampak nye ko tak semontel aku lagi. lol!

    haha, kalau ada masa, jenguk2 la aku di UniMalaya ini. kate dok vista je...LOL!

    weh.. hati2 tak ya citer la woi! spoil mood je aku bace sal LI. haha=)

    ReplyDelete
  3. azwannnn!! keke! updet jugak pakcik nih. hehe. huhu..relax ey keje korang. laen than me oh~ hihi!tapi ye jugak kn. korg bkn dibayar pape. but utk timba pengalaman okla kot. right?

    psst! cite "hati" ape tuh? khee! :p

    ReplyDelete
  4. praktikal ke rehat ni...
    banyak masa rehat dari masa kerje..
    kalau cam ni memang tak produktif la keje kat tnb....
    hbskan duit rakyat jer...
    memang patut la tak dapat elaun

    ReplyDelete
  5. kamal:ahaha, macih~ aku amik kos electrical, ada gak la masuk2 control room..xde ape sgt pun nk cite pasai LI nih, but i'll try to write more about it, thanks...

    hilman:haha, xdenyer aku jd montel, aku mmg amat susah nk gemuk, jgn jeles~ haha, amacam ur LI? ingatkn ko duk UM, leh la aku lwt mlm2..aha, adakah anda jeles ngn si hatie? :P

    eena:haha, a'ah kn, everytime u tell me to updet, baru aku updet, baru pasan...mebi u should told me to update slalu kot, baru la slalu updet, haha..ohoho, mau tau ka pasai cite hatie?ahaha...segan..:P

    abg peng:ahaha, cam besh je sy bc komen abg peng..nk wat camner pun, kt power plant mmg xde bnyk keje pun..generator dh run, pastuh just wat maintanence je la, tu pun sebulan skali..in short, bkn xnk wat keje, just mmg xde keje, nk wat keje pe g, haha...n also, for ur info, ni bkn jadual dak praktikal je, ni jadual sebenar staff2 tnb, so kalo abg peng ckp jadual tu abehkn duit rakyat n xlayak dpt elaun, so staff2 tnb pun xlayak dpt gaji la, gitu? :P

    ReplyDelete
  6. da wat LI ke??huuu..seronoknyeee!! dpt gaji x?heee..eyh, what year r u in rite now kat uni ey?i'm planning to do my LI end of this yr. tp i bru nk abes 2nd yr. takut awal sgt agy..heee..
    errmm, neways, korang sume da wat LI ek? aiyoo..xde org nk wat hjung thn ke?nmpknye kene wat LI sorang2 lewww..=(

    ReplyDelete
  7. liyana:uh?aha, ni tgh wat LI la nih..best gak la, bnyk blaja, baru sedar, what we learned kt lecturer dlu ada gunanyer. but sadly, ni wat kt tnb, half goverment, so xde gaji la, huhu..thankfully jpa ada bg elaun praktikal, rm300..oho, i'm in my 3rd, nk masuk 4th year, dh nk grad dh pun..oho, wanna do LI already? leh wat bebile ke? kalo kt sni, u must in ur 3rd yr baru leh wat LI...

    ReplyDelete
  8. Thanks for the input!

    Saya pun akan praktikal kat situ jugak summer tahun ni insyaAllah.

    Boleh tanya satu soklan tak, stesen ni dekat ke dgn KTM or any public transport? Sebab saya tinggal kat PJ, so klu nak drive ari2 cam perit sket..

    And am really hoping that u could share some input on how u travel there everyday, coz if possible memang saya nak gi research sendiri camne nak gi sane, but unfortunately i'm currently kat luar Malaysia and only balik Malaysia a week before practical.
    So cam tak sempat je nak wat research.... ^_^

    Thank you in advance!! Really appreciate your help!

    Salam from Montreal, Canada

    Anem.

    ReplyDelete
  9. E eh, sorry, baru terbace that u stayed in klang during the intership period.. Hehe.. terskip part tu tadi..

    Still, thanks a lot again.

    ReplyDelete
  10. menome @ anem..
    maaf lambat reply, ada masalah ngn internet connection here. about dat, there's one ktm station berdekatan dgn cbps, kalo tak silap ktm stesen bukit raja. tapi dari stesen tu about 10 minutes walk la. hope this would help, all the best.. :)

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum, sy akn praktikal kt sjjc ni nanti next year...byk ilmu dapat masa LI sane? n another one, stesen bukit raja or bukit badak? xpenah dgr stesen bkt raja..tol ada la..hehehe...

    ReplyDelete
  12. @anom : salam, maaf xperasan ada komen, aah, btul la tu, dekat dgn komuter bukit badak, time kitorg aritu xde bnyk sgt ilmu dpt, sbb engineer kt situ agak bz, just follow technician dia wt daily maintenance works. ok la, at least still can learn something, hope this helps :)

    ReplyDelete