Monday, April 7, 2008

:: haloo.... :P ::

time : 01.38am
date : april 7, 2008
place : kat mana lagi...
background music : sunyi sepi...

Dah agak lama aku tak menulis apa-apa kat sini. Sepanjang 'ketiadaanku' di arena blog nih, banyak yang dah berlaku di persekitaran. Tah la, kadang-kadang aku rasakan cam malas je nak tulis blog lagi, which i had stated why in my previous post. But thanks to Kamal, tetiba aku rasa cam tanak je berhenti menulis lagi (aku sayang la ko Kamal, kalo aku dapat jumpa ko, cakap je nak apa, konpem aku tanak belikan, hehe.. :P ::disclaimer, i'm not gay, this is just a 'sayang' between friends, repeat, i'm not gay, i'm in love with someone, LOL.. ) And my thanks also goes to certain friends, yang secara bergurau seperti sentiasa mengharapkan aku update blog nih. Tak sangka, ada gak orang-orang yang mengharapkan blog ini sentiasa diperbaharui. Korang, sayang korang sangat-sangat... :P

So, guys, maaf sangat-sangat kerana gagal untuk update blog nih buat hampir sebulan lamanya. Banyak perkara yang dah berlaku, yang aku kira korang semua dah sedia maklum. Dengan sibuk academically (yup, this time i'm serious about that busy thingy, ni pun dah agak lega segala assignment hampir berjaya disiapkan, alhamdulillah..), kacau emotionally (about this, no comment. LOL), and the worse condition of wireless facilities in UM makes me unable to update this blog even if i wanted to. Tapi tak mengapa, insya Allah lepas ini aku akan cuba untuk tidak membiarkan 'sawang-sawang' menebal di citadel ini. Kalau ada sikit-sikit sawang tuh, anggap je la itu sebahagian dari dekorasi kat citadel nih, ngeh3...

Speaking about things happening around me, ada banyak sebenarnya yang berlaku. Hal gembira, hal sedih, hal baik, hal jahat, bak kata Astro, macam-macam ada...Tapi tengokla, kalo aku ingat lagi mende-mende tuh, ada la bahan aku nak menaip ni. Kalau tak ingat, aku buat-buat la ingat, korang bukan tahu pun betui ke tak kan, hehe...

The exact date aku tak ingat, tapi dinner kolej kediaman tuanku bahiyah telah berjaya diadakan dengan jayanya, kat tempat yang sama buat kali yang kedua, Sunway Hotel, juga kalau aku tak silap. Mungkin kerana aku sudah kali yang ketiga menghadiri jamuan makan malam tahunan kolej, atau mungkin kerana most of my friends dah already keluar kolej, atau mungkin the fact that i have chosen the wrong attire at that very moment (don't ask..), aku seperti takde mood nak bergembira di majlis yang sepatutnya gilang gemilang tuh. Datang dengan kereta junior, yang kebetulan ada satu kekosongan, bermain kompang untuk mengiring VIP, dan kemudian terus menjamu selera dengan segala hidangan yang ada, seperti sesuatu yang membebankan bagiku ketika itu. Nasib baik aku semeja dengan rakan-rakan yang hampir sekepala, dengan kesemuanya kuat makan, kuat mengutuk dan sebagainya, ia sedikit sebanyak menceriakanku pada malam itu. Selesai sahaja menu yang terakhir, aku terus mengajak rakanku untuk beredar dengan segera, kerana aku seperti tidak dapat menerima senarai-senarai pemenang anugerah pada malam itu(again, don't ask..), dan mungkin kerana aku tiada mood untuk bergambar dengan sesiapa pada malam itu. Aku hanya sempat bergambar dengan beberapa rakan sahaja, tu pun diorang yang pelawa (thanks, you know who you are, hehe..). Even niat aku untuk bergambar dengan seseorang itu pun aku pendamkan sahaja, yang kemudian menjadi satu penyesalan setibanya aku di kolej, kerana dia kemudian mencariku untuk bergambar bersama (frust giler, huhu..). Tapi biarlah, mungkin takde rezeki aku malam tuh, lain kali la kot. Kesimpulannya, aku makin tidak berminat untuk menghadiri majlis makan malam kolej, yang sepatutnya dinanti-nantikan oleh warga kolej. Mungkin untuk sesi hadapan, sekiranya aku masih lagi menginap di kolej, i'll give my seat to another person who wants them. Guys, anyone interested?

The starting date aku pun tak berapa ingat, tapi sejak dua menjak nih, aku makin ketagih main boling. Dulu awal-awal, kami hanya main seminggu sekali, pada hari selasa. And for that, hari selasa dah officially become bowling day for 3rd year electrical engineering um. Even akak yang jaga kaunter tuh pun macam dah kenal kami je (and gosh, she's pretty cute, LOL). Tapi tu la, baru-baru nih ketagihan tuh dah makin melarat lak. And for the past 3 weeks, we had been bowling 4 days in a row! Dari hari isnin sampai khamis, abis je kelas jam 12pm, kami terus beramai-ramai ke pusat bowling mid valley megamall, sebab kat situ ada satu promotion, which is 3 games for only rm10 (which supposely rm15, as rm5 per game). Nak kata aku makin hebat main bowling tu sebab selalu praktis tuh, takde la hebat sangat. Sebab untuk setiap permainan, cara balingan aku semakin berbeza. Dunno why, kadang-kadang aku terlupa step, terlupa cara baling, dan macam-macam lagi la. Yang pelik tuh, orang lain takde la terlupa camtuh, asyik strike je memanjang (jeles~). But anyway, main bowling ramai-ramai nih memang sangat seronok, sebab our relationship between coursemates pun dah makin baik. Dan esok nih pun kami dah plan nak main lagi, padahal pergelangan tangan aku nih pun cam dah injured je, haha..

Rasanya sampai sini je la kot untuk kali nih, ye la, kalau semua aku isi dalam post yang ini, alamatnye sebulan lagi la baru aku nak update, nanti korang gak bising kan. haha...insya Allah, aku akan cuba untuk kurangkan gap-gap sawang tuh, tapi kalau tak dapat tuh jangan marah lak ek. Anyway, disebabkan musim peperiksaan yang semakin hampir nih, all da best for everyone. Good luck~!

Until then...

spoken by…
angel-me
02.15am
april 7, 08

8 comments:

  1. salam.
    mungkin ada hikmah
    bila tak dapat tangkap gambr same2.

    =)

    ReplyDelete
  2. erk erk erk!
    apakah pengakuan itu???
    pastu leh cakap diri bukan gay n in love with someone else lak!
    beta rasa terhina kerana ditolak sebegitu rupa! walaupun beta bukan gay! hahaha
    apa yang aku buat ek? serius, tak ingat sangt... adalah beta heroes yang mempunyai ability membuat sesuatu tanpa beta sedari??? wow! beta mmg heroes rupanya!

    pasal takde mood... kadg2 berlaku gak kat aku... aku mcm bertanya kenapa aku di sini... kenapa diorg nih tak faham aku... kenapa aku tak selesa dengan diorang ni... biorlah, aku nak sedeh2, tgk diorg prasan tak aku sedeh... tapi takde pown...

    kadang2 aku biar kan ia pergi sendri...

    skunk pown tgh blaku cmtu... layankan aja kejap... pasnih aku akan tggalkan perasaan ini! hope u can do that also!

    n for the record, aku tatau napa, lately i suck @ bowling! dulu ok je!

    ish2...

    cheer up man! n gud luck with ur routine...

    ReplyDelete
  3. heyya. what's up?
    havent been here for quite a while.
    neways, bowling is like really cooool okay. ari tuh balik i din get d chance utk maen even 1 game pun! pitty me...tsk3.

    ReplyDelete
  4. hilman:ahaha~

    kamal:haha, thanks.mebi gak la ko nih ada kuasa heroes, kuasa leh hentikn niat org yg nk stop blogging. tp rasa2 power nih xcukup utk ko save the world. save the cheerleader pun x pass, LOL..

    liyana:hye, thanks for stopping by. been to ur place, tp dunno wat to comment.owh, what a pity, xcakap, kalo x leh main bowl skali aritu, hehe...btw, kt sana xde bowl ke? :P

    ReplyDelete
  5. azwan!! sory2..quite busy lately..no..always busy i gez.. hehe.

    ey, enjoy ur life to the fullest!! like me..hehe..put away those moody feelings..confirm pasni u rse happy in evrthg u do. dijamin! :p

    good luck xm anyway!

    ReplyDelete
  6. eena:haha, its ok, thanks. gutlak exam, dh grad nanti lawat2 la us kt sni, with ur new car, hehe..:P

    ReplyDelete
  7. insyaallah kalu sme lepas dgn jayanye. he.

    takot nk pk psl grad. huhu. xstdy lagik for xm. giloss!

    ni sme gara2 tesis..:s

    ReplyDelete
  8. Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Estabilizador e Nobreak, I hope you enjoy. The address is http://estabilizador-e-nobreak.blogspot.com. A hug.

    ReplyDelete