Friday, January 18, 2008

:: To THINK or not to THINK.. ::

time : 08.39 am
date : january 18, 2008
place : bilik asal aku...
background music : alangkah indahnya, now see heart...

Setiap kali sesuatu perkara itu berlaku, apa yg korg semua akan fikirkn? Adakah korg hanya akan memikirkn dari pihak korg je, ataupun korg akan cuba memikirkn dari pihak yg satu lagi?

Baru-baru nih satu peristiwa telah berlaku kpd aku yg sedikit sebanyak menyebabkn aku mula berfikir mengenai perkara nih. Sebagai juara FESENI kompang UM, secara xlangsungnya kami, team kompang Kolej 2, dh menjadi seperti pasukan kompang UM. So, segala acara yg berlaku di peringkat UM, yg memerlukan iringan kompang, pasukan kamilah yg akan dipanggil. Dan beberapa hari yg lepas, kami telah diminta untuk mengiringi ketibaan Menteri Pengajian Tinggi di Fakulti Undang2, sempena sesi beramah mesra beliau bersama pemimpin2 mahasiswa UM.

Kapten kami, Faiz hanya diberitahu mengenai permintaan ini sehari sebelum program. Dan kami diminta dtg ke lokasi pada petang hari berlangsungnya program tuh, tanpa apa2 pemberitahuan mengenai apa yg perlu dilakukn, bagaimana, bila dan segala macam persoalan yg boleh ditimbulkn. Setibanya kami di sana, kami disambut seorang wanita, yg aku rasa organizer bagi program tersebut. Dgn gaya pemakaian yg agak elegan, aku rasakan dia nih mesti lulusan luar negara. Dan dia pun membenarkn apa yg aku jangka, kerana dia sendiri mengatakan bahawa dia lulusan Amerika, dan mengaku tidak tahu menahu mengenai seni kompang nih; camne ianya dimainkn semasa mengiring dan sebagainya. Semasa kami memainkn paluan kompang biasa yg dimainkn semasa mengiring, dia mengatakan bahawa paluan tuh xbersesuaian dgn majlis formal ,sbb hanya nada yg sma diulang berkali2. Dan dia juga meminta ahli kompang wanita supaya memakai kasut tumit tinggi, supaya nampk lebih elegan katanya. Setelah mengetahui kami telah mempunyai persalinan kompang kami sendiri, dia kemudiannya menyerah kalah dan membiarkn sahaja kami memakai persalinan biasa kami. Setelah menunggu beberapa ketika, kami didatangi pula seorg lelaki, yg lebih mengetahui mengenai ilmu2 kompang nih. Dengan perasaan lega, kami berbincang dgn lelaki nih, dan dia telah dpt menjelaskn segala kekeliruan yg sedang kami hadapi ketika itu, disebabkn oleh wanita elegan tadi. Akhirnya, kami mendapat kata putus untuk mengiring seperti mana yg kami biasa lakukn.

Pada mlm program itu berlangsung, timbul pula beberapa perkara yg agak mengecewakan kami semua. Semasa VIP dtg, kapten kami mahu member isyarat untuk memulakn paluan kompang, namun secara tiba2 ajk program menghentikan kami. Sehinggakan VIP sendiri bertanya,

“napa kompang tak main lagi nih?”

Dan kami yg masih tak tahu menahu kenapa kami tidak boleh memulakn lagi paluan terpaksa tersenyum hambar je la. Dh VIP bergerak jauh sikit, barulah kami diberi kebenaran untuk memulakn paluan. Segala-galanya berjalan lancar selepas itu, namun ketika VIP sudah tiba di tempat program, kami diminta menghentikan paluan secara kasar. Wanita yg mula2 tadi tuh memberikn isyarat berhenti secara kasar, agaknya mungkin dia merasakan paluan kompang boleh berenti camtuh je kot. Dh abeh mengiring, kami menunggu arahan selanjutnya dari pihak penganjur. Dh hampir 30 minit menunggu, tetap xde arahan apapa dari wanita tadi tuh. Kami pun cuba la mencari sesiapa untuk bertanyakan apa yg perlu kami lakukn, kerana sebelum bermain kami dikatakan akan disediakn sedikit jamuan setelah selesai mengiring. Tgk2 kalo nk mkn jamuan tuh, kami kna tggu program tuh berakhir dahulu, ni pun kami dpt tahu dari lelaku yg bnyk tahu pasal kompang tuh. Oleh kerana agak malas menunggu, dan masing2 sudah kelaparan, kami terus beredar dari situ dan pulang ke kolej.

Sepanjang perjalanan, rakan2 pasukan kompang tidak habis2 mengutuk wanita itu. Dan secara umumnya, ada dua pandangan yg berlegar2 di fikiran kami ketika itu:

Pandangan pertama

“Wanita itu langsung tidak menghormati kami, bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang la. Langsung x mempedulikan kami setelah kami selesai mengiring VIP, cam x hormat kt kami je, sbb gaya dia memberikn isyarat berhenti bermain tuh agak kasar, dan bnyk lg la tuduhan yg kami timbulkn. Dah la time berbincang demand lebih2, nih org dh main dia langsung xlayan lak.”

Pandangan kedua

“Wanita tuh bukan xhormati kita. Time bincang tuh mebi dia betul2 xtau pasal kompang, sbb tuh la ckp macam2. N pasal nk berhenti tuh mebi dia mmg btui2 xtahu yg kompang xleh dihentikn secara mendadak, tu yg dia berkeras nk kompang dihentikn immediately tuh. N mebi nih program pertama dia yg dihadiri menteri kot, sbb tuh la dia cam menggelabah semacam jer…”

Secara jujurnya, semua rakan2 kompangku memberikn pandangan pertama, dan perjalanan pulang kami ke kolej penuh dgn sesi kutukan wanita tuh. Dan pandangan kedua tuh, rasa-rasanya aku sorg je berfikiran mcm tuh…

Ada bnyk sebab kenapa aku berpandangan sebegitu.

Yg pertamanya, aku teringat kisah Rasulullah s.a.w., di mana semasa Baginda menyampaikn dakwahnya di salah satu kawasan yg aku telah lupa namanya, Baginda telah dicerca, dimaki hamun, dihalau sehinggakan penduduk kawasan itu membaling Rasulullah dgn batu, sehinggakan Baginda cedera teruk. Dikatakan darah Baginda memenuhi capal yg dipakai Rasulullah. Apabila Rasulullah berjaya meninggalkan kawasan itu, Baginda didatangi malaikat Jibril dan malaikat gunung, meminta green light untuk menterbalikkn gunung ke atas kawasan perkampungan itu tadi. Dengan tenang Baginda menolak permintaan kedua2 malaikat itu, dengan alasan penduduk kampung itu tidak mengetahui kebenarannya, insya Allah sekiranya mereka mengetahui perkara sebenar, sudah tentu mereka tidak akan berbuat sedemikian..

Sebab yg kedua aku berpandangan sedemikian adalah aku sentiasa memikirkan perasaan org lain semasa melakukan sesuatu. Ni hasil didikn ayahku sendiri, di mana ayah sentiasa memikirkan perasaan org lain apabila ingin melakukn sesuatu. Benar, pada fikiranku wanita tadi tidak mengetahui tentang selok belok permainan kompang nih, sbb tuh la dia berkelakuan sebegitu. Berlainan pula dengan lelaki yg lebih mengetahui mengenai seni kompang nih, dia lebih rasional semasa berbincang dgn kami, dan lebih memudahkn kami merancang.

Tapi tuh la, dlm 16 org ahli pasukan kompang kolej 2, hanya aku sorg je berfikiran camtuh. Kebiasaannya, kita akan mengikut suara majority, di mana idea yg lebih ramai penyokong adalah diterima oleh ramai. Kalau camtuh, adakah aku salah kerana berpandangan sebegitu? Atau aku juga perlu mempersalahkn wanita itu kerana melayan kami seperti itu?

Bukan ini je peristiwa sebegini yg berlaku. Ada banyak lagi peristiwa yg seakan-akan sama, yg membuatkn aku berfikir panjang mengenai perkara ini. Seperti rakan2 ku mengata pemimpin2 mahasiswa, ckp diorg xwat itu la, xwat ini la. Sebagai bekas pemimpin mahasiswa, aku tau la serba sedikit kenapa masalah2 itu berlaku. Secara umumnya, bkn diorg xnak bertindak, namun halangan dari pihak atasan, kekangan masa, kekurangan bajet secara xlangsung dpt menghalang segala aktiviti yg telah dirancang utk kebaikan bersama. Sebagai mahasiswa, mmg kita xsedari la segala masalah itu, sbb tuh la kita just lancar je mengutuk pemimpin2 mahasiswa, ckp diorg xwat keje la, apa la.

Segala periswita ini membuatkn aku berfikir, adakah perlu kita memikirkn mengenai sesuatu perkara itu dari pandangan org lain juga, atau kita hanya perlu memikirkannya dari pandangan mata kita sahaja.

So, reader’s, what do u think?


spoken by...

angel-me

09.31 pm

january 18, 08

14 comments:

  1. salam. hmm. on target.

    suara majoriti, tak mesti kebenaran.
    i like this.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Sebenarnya, susah bg sstgh org tuk fikir kedua-dua pandangan.. adalah lebih senang untuk percaya org tu berniat buruk drpd berfikir yg dia menghadapi mslh sehingga menyebabkan sesuatu berlaku.

    tp kn, kte xle menilai seseorg tu berdasarkan satu benda je. we have to know both sides of the stories, right? tp tu la, org yg berfikiran camtu, rsnya mmg minoriti je..

    pape pun, glad that you're feeling the same way. sy sendiri slalu fikir camtu, cme kdg2 le membuatkan kte bg leeway tuk org tu sampai membuatkan diri sendiri sakit ati.

    tp kan, wanita elegen tu pun perlu analyze diri dia.. walaupun dia mgkn xtau, tp sbgai seorg wanita timur, walaupun lepasan luar negara, mesti ada budi-bahasa yg tinggi. xsalah berbuat baik kpd org lain wpun org tu pd pandangan dia hanyalah student..

    =)

    sowy, panjang lak komen kali ni. hehe..

    ReplyDelete
  3. ini plak pandangan aku from the PC's POV...
    aku kan pernah jadi ketua bahagian penyelarasan program untuk expoconvo'07 ump baru2 ni... dan salah satu task aku adalah untuk buat simulasi untuk pembukaan dan penutupan...
    untuk majlis pembukaan kitorang melibatkan pasukan kompang jugak...
    frankly say, from my pov, masa tu aku tak pk sangat pasal pasukan kompang ni... sbb masa tu mereka adalah minor dan banyak lagi bnda yang aku kena buat seperti menjaga flow, vip, dsbg.

    tapi aku pown tahu, setiap orang yang kita kerjasama patut diberi perhatian sepenuhnya... dan masa tu, aku tahu aku tak mampu untuk look over sume benda... pendekatan yang aku buat, at certain interval of time, aku assistkan anak buah aku jaga pasukan kompang, yang len jaga benda len... so lepas je pasukan kompang main, adalah anak buah aku yang akan bawak diorg g makan n so on...

    rasanya sume jalan lancar kowt... masa perasmian ada gak la suasana genting, bila byk benda kena ubah last minute... tapi syukur pasukan kompang tu memahami...

    walau pown pada pndngn aku waktu tu diorang bukan lah major, tapi bagi aku, setiap orang yang menjayakan program tu patut diberikan layanan sebaiknya... tanpa diorang program tu tak lengkap...

    psal pompuan tu, tak mo komen lebeh... aku ske cara ko fikir, mybe die nerbes...

    ops... dah terjadikan ini komen macam blog sndri plak! muahahah

    take care dude!

    ReplyDelete
  4. hilman:uh, on target?

    irina:hehe, thanks, ada gak rupanyer org berfikiran like myself.. :P

    kamal:ohoho, tahniah atas kelancaran projek ko tuh, nape ler bkn ko yg uruskn program kt um nih, konpem xde masalah, hehe..

    btw, guys, mmg aku mintak pun korg komen panjang2, sbb this kind of post mmg aku harapkn korg bg opinion on da subject, so nk wat cam blog sendri pun no hal la, thanks..

    "(^.^)"

    ReplyDelete
  5. penchurik, benci...

    kekeke...

    hum, pandangan kedua tu lebih comey, but most people even myself pon agaknya akan terpikir statemnt petama tuh...
    hahaa...
    mau dikompang kat tinge die, biau die ase...

    tp papepon, mende baek, even kite jak yg wat, xyah ase macam kite ni salah...
    mmg, mende2 baek ni, jalan berliku...

    n setuju, minor xmesti salah...

    gambareyoh~!

    ReplyDelete
  6. well, its normal la in this situation for that woman kene kutuk2..ye la..korang sume x pueh ati..obviously korang nk lepaskan geram..
    neways, that woman pun pttnye xleh nk demand2 sgt..kate pun x reti sgt psl kompang2 neh..so, listen to the experts la..
    but u guys pun kene la tolerate gak ngan demands dia.mybe dia demand2 cmtuh sal dia nk majlis berjln ngn lncar ke..

    neways, cam x dpt je nk gi tgk ur team main kompang neh..huhu..korang nye pnutup weekdays.mlm lak tuh..huu..esoknye nk gi keje..haha..=p
    so amek la video then upload la kat blog..hee..=D

    ReplyDelete
  7. miss teddy:haha, dh agak dh, mesti ramai yg nk blasah dat women. thanks, anyway.. :)

    liyana:tul2, anyway about ur request, dh ada vid utk diupload, n gamba pun dh bnyk, just internet kt kolej xok, susah nk upload. i'll try to do it soon, tggu je la ek...

    eena:senangnyer...ngeh3..

    ReplyDelete
  8. Salam Ziarah..
    Tempat yg tak ingat nama tue..
    Thaif.. =)

    ReplyDelete
  9. azira:thanks for stopping by, just didn't get what u meant by dat, tempat yg xingat nama tuh?sorie...

    ReplyDelete
  10. Err..
    Maksudnya..
    Tempat yg mana Baginda dibaling dgn batu..

    "Yg pertamanya, aku teringat kisah Rasulullah s.a.w., di mana semasa Baginda menyampaikn dakwahnya di salah satu kawasan yg aku telah lupa namanya, Baginda telah dicerca, dimaki hamun, dihalau sehinggakan penduduk kawasan itu membaling Rasulullah dgn batu, sehinggakan Baginda cedera teruk."

    Dah dapat dah?
    Hehehehe..

    ReplyDelete