Saturday, October 23, 2010

Power.Programmer?

Seperti sudah menjadi satu kemestian, aku akan menulis sesuatu di sini selepas diingatkan oleh beberapa rakan. Jujur, kali ini memang aku sibuk dalam ertikata sebenar, ada satu projek yang sepatutnya siap minggu lepas, setelah diberi masa selama dua bulan oleh client, telah secara mendadaknya diberikan kepada aku. Dan nak dijadikan cerita, boleh dikatakan aku akan memulakan semula projek ini dengan versi yang baru selepas versi lama direjek oleh client secara keseluruhannya. Tapi tidak mengapa, dengan bantuan rakan sejabatan dan e-book berkaitan yang sudah berkumpul di laptop ini, Insya Allah projek ini dapat disiapkan, kerana selepas meeting minggu lepas, tarikh due terbaru ialah pada 2 November 2010, sigh~

Power Programmer.

Aku baru pertama kali mendengar istilah ini selepas memasuki syarikat baru. Sekiranya pencarian di Google dilakukan, kebanyakannya hanyalah berkisar kepada mesin-mesin elektrikal. Namun, istilah ini membawa maksud berlainan di dalam syarikat ini. 

Secara umumnya, Power Programmer ini adalah seorang programmer yang memprogramkan perisian-perisian berkaitan untuk menganalisa sistem kuasa (Power) di dalam bidang elektrikal. Boleh juga diandaikan Power Programmer adalah gabungan di antara Programmer dan Elektrikal Power Engineer. 

Pioneer

Presiden dan bos jabatan aku adalah antara yang memulakan bidang Power Programmer di syarikat ini. Kebanyakan mereka adalah graduan universiti luar negara. Ketika itu, bidang teknologi maklumat dan pengaturcaraan ini baru memunculkan diri. Bagi memudahkan kerja penganalisaan mereka di dalam bidang sistem kuasa, mereka mula belajar sedikit demi sedikit mengenai bidang pengaturcaraan untuk menghasilkan perisian yang mempercepatkan proses analisa. Proses menganalisis sistem elektrikal kuasa secara umumnya akan mengambil masa yang sangat lama, di mana pengiraan yang sama perlu dilakukan berulang kali untuk mendapatkan analisa yang tepat berdasarkan kes-kes asas yang berbeza. Seperti yang diceritakan oleh bos jabatan aku, kerja analisanya semasa di TNB yang sepatutnya mengambil masa berbulan-bulan, dapat diselesaikan dalam masa beberapa minggu sahaja menggunakan sistem perisian yang dihasilkannya sendiri. Betapa kagumnya ketua dia ketika itu setelah mendapati perisiannya dapat memudahkan proses penganalisaan.

Bermula

Empat tahun belajar kursus kejuruteraan elektrikal, kami tidak banyak didedahkan dengan bidang pengaturcaraan ini. Kami hanya belajar asas C++, sistem dalaman mikroprosessor, dan beberapa lagi asas pengaturcaraan yang lain. Dan setibanya di sini, tugas pertama aku adalah untuk menghasilkan satu perisian mengunaan sistem Visual Basic. Sekarang pula, tugas terbaru mengunakan enjin Flash dan Java. Dengar nama pun dah pening kan, apa lagi nak pakai bahasa-bahasa komputer nih.

Tapi dah kerja, nak tak nak kena belajar juga la. Lumrah hidup aku sepanjang pengalaman melakukan pengaturcaraan ini, kalau time tak dapat cari punca masalah tu memang rasa tensen sangat. Tapi kalo dah dapat tu, rasa nak melompat, hehe.


| Kenapa-lah aku tak belajar C++ time sekolah dulu, kalo tak bole buat macam nih, hehe.. |




Thanks for reading~ =)

Azwan Muslim | 12.06am | 231010 | Ruang Tamu

Monday, October 11, 2010

Menghargai.Dan.Dihargai.

Seorang rakan pernah berkata,

"Buat apa aku nak hargai dia, dia bukannya pernah cuba menghargai aku pun.."

Seorang lagi pula pernah berkata,

"Kalo kite je yang menghargai orang lain, tapi kita langsung tidak dihargai, tak ada maknanya juga.. "

*identiti rakan dirahsiakan, aku malas nak bayar royalti kepada diorang.


Apa itu menghargai?

Dan apa itu dihargai?

Adakah perlu kita dihargai setelah kita menghargai seseorang?

Atau pun kita perlu menghargai orang lain tanpa mengharapkan sebarang penghargaan dari mereka?


Ada banyak cara untuk kita menghargai orang lain. Sama ada memberi hadiah, membantunya ketika susah, menemaninya ketika kesepian dan sebagainya. Cara dan kaedahnya tidak penting, namun apa yang penting adalah niat dan matlamat kita ketika cuba menghargai seseorang.

Ada orang menghargai seseorang itu kerana mengharapkan balasan. Kita tolong dia dengan harapan dia akan memberi hadiah kepada kita. Kita tolong dia dengan harapan dia akan membantu kita. Kita tolong dia dengan harapan dia akan suka kepada kita. Kita tolong dia dengan harapan dia akan memudahkan urusan kita. Sekiranya ini matlamat kita, maka akan kecewalah kita sekiranya apa yang kita harapkan itu tidak akan menjadi kenyataan. Sia-sia kita kepenatan, namun langsung tiada balasan sewajarnya yang diterima.

Ada orang menghargai seseorang itu secara ikhlas, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kita tolong dia kerana kita benar-benar mahu meringankan beban dia. Kita tolong dia kerana kita tidak sanggup melihat dia susah berseorangan. Kita tolong dia kerana kita memang nak tolong dia. Sekiranya ini matlamat kita, maka sudah tentu kita akan merasa puas dan gembira selepas membantu dia, walaupun betapa penat lelah kita ketika itu.


Allah Maha Adil. Dengan izin-Nya, sekiranya kita ikhlas menolong seseorang, sekiranya pertolongan itu tidak dibalas di dunia, pasti budi baik itu akan dibalas di akhirat. Sekiranya orang yang dihargai kita itu tidak membalas penghargaan kita, dan sekiranya kita ikhlas membantu, pasti akan ada balasan sewajarnya yang akan diterima. Mungkin bukan saat itu, mungkin bukan hari itu, tetapi yakinlah, dengan izin-Nya, akan tiba penghargaan itu suatu hari nanti.

dengan cuba menghargai orang lain tanpa minta untuk dihargai, itu lebih mudah membuatkan orang lain menghargai kita dari kita sendiri meminta-minta untuk dihargai. |

"You don't need a reason to help people"


Thanks for reading~ =)

Azwan Muslim | 1.10am | 111010 | Room

Sunday, October 10, 2010

The.Course.

Aku terkesima...

Iye, iye aku nak update la ni, sigh~

Kadang-kadang pelik dengan diri sendiri, kenapa dulu rasanya senang sangat nak menulis sesuatu di sini.
Kalau mood menulis tu da datang, duduk je depan laptop, terus laju je jari jemari ni menari-nari di papan kekunci laptop, menghasilkan baris demi baris untuk tatapan ramai, namun sekarang?

Mungkin, aku kehilangan sebab utama aku menulis.. (tapi sebenarnya dari dahulu aku tiada sebab utama untuk menulis, rasanya aku menulis kerana ingin berkongsi sesuatu dengan orang ramai..eh, da jumpa la pulak sebab utama aku nak menulis..)

Mungkin juga aku kehilangan semangat untuk menulis. Ingat lagi di saat-saat baru-baru mula menghasilkan laman blog ni, tak ramai kenalan yang mempunyai laman blog, rakan-rakan awal pun agak mesra, paling kurang pun ada yang menganjurkan birthday-post-celebration, lepas tu ramai rakan yang menyertainya, time tu yang tak kenal pun join sekaki. Paling kurang pun kalau dah berkurun tak update, mesti ada yang mengingatkan (macam mamat kat atas ni la..).

Anyway, to make it short and simple :

// hari jumaat dan sabtu lepas aku sibuk di pejabat, menghadiri kursus bahasa atau tajuk sebenarnya "Technically Write" anjuran pejabat aku gak, untuk meningkatkan lagi kebolehan lembut (soft skills) staf. Pada mulanya aku macam agak malas menyertainya, mungkin kerana beranggapan bahawa zaman untuk aku berkursus sudah tamat, sekarang tiba zaman untuk aku bekerja pula. Namun begitu, setelah beberapa lama di dalam sesi kursus, perasaan menarik itu timbul sedikit demi sedikit. Mungkin kerana aku makin kenal dengan rakan-rakan sepejabat menbuatkan aku tidak lagi segan untuk bersuara di hadapan mereka, atau mungkin kerana tukang penceramahnya pandai menghidupkan lagi suasana (kudos tu Mr Alistar King, kalo korang ada niat nak buat kursus mengenai bahasa Inggeris, jemput la dia, amat menarik..).

// minggu lepas, bak kata nizam, 'bakal kakak ipar' aku da melahirkan anak sulungnya di Hospital Ampang. Alhamdulillah, seorang anak lelaki yang rasanya sehingga sekarang masih belum diberi nama lagi sihat dilahirkan, namun kerana baby boy tu lama sangat nak lepak dalam perut mak dia, keluar je terus baby agak kelemasan, so kena la lepak dalam NICU lama sikit. Dengarnya, esok baru baby boy tu akan dibenarkan keluar dari NICU dan pulang ke rumah. Mungkin kerana sudah menolong abang sulung aku menerima kehadiran kedua-dua anaknya di hospital melaka, so takde la rasa canggung sangat, boleh la tolong serba sedikit mana yang patut.

Rasanya cukup buat masa ini, nanti tulis segala-gala hari ini da takde idea nak menulis lagi dah, nanti makin bising lak pakcik kat atas tu.

And stealing Miss Irina words, thanks for reading~ :)

Azwan Muslim | 10.00 pm | 101010 | Room

Monday, October 4, 2010

The.Return.


I'm back again, and you better keep reading this blog if i ever update it again, muahahaha!!!




I'm back~!!!!!

*again, sigh~

Now let us see how long the excitement will last this time.




Bagi yang baru kenal, selamat datang.

Bagi yang dah lama kenal, selamat kembali.

Bagi yang dah lama tak kenal-kenal gak, apa khabar.



Just an update on my life right now;

  • I'm working for a new company starting last August 2010.
  • I'm living alone in a new place starting also on last August 2010. (and every night is a boring night, which explains how this blog comes alive again.. sigh~.. )

Terima kasih kerana sudi membaca.. :)

Azwan Muslim | 11.05pm | 04102010 | Room