Wednesday, May 28, 2008

:: praktikal oh praktikal... ::

time : 08.50 pm
date : may 28, 2008
place : bilik ijat a.k.a. bilik aku juga~
background music : bunyi kipas ngan bunyi keta lalu lalang...

assalamualaikum, dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca sekalian.. nama saya mohd azwan, dan pada hari ini saya akan membentangkan mengenai perkembangan saya sepanjang latihan industri selama dua bulan ini.

latihan industri, atau lebih dikenali sebagai praktikal, adalah satu keperluan bagi seorang penuntut sarjana muda kejuruteraan elektrikal di universiti malaya, dan saya pasti ianya sama di mana-mana universiti ataupun institusi pengajian tinggi di malaysia ini, di mana praktikal, latihan industri atau ada di antara rakan-rakan saya memanggilnya dengan nama internship, adalah satu keperluan bagi menamatkan pengajian untuk mendapatkan pekerjaan mengikut bidang yang diceburi.

dan seterusnya, saya akan meneruskan pembentangan ini dengan bantuan beberapa gambar yang akan dapat meningkatkan lagi kefahaman para pembaca mengenai apa yang saya cuba sampaikan di sini. diharapkan anda semua setia sehingga ke akhirnya, dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi untuk membaca dan melihat isi-isi pembentangan ini...


pindah rumah...

oleh kerana tempoh praktikal ini adalah pada cuti semester, sudah semestinya saya tidak dapat untuk menginap di kolej kediaman. boleh tuh memang la, tapi bayaran mahal yang akan dikenakan menyebabkan saya mula mencari alternatif lain, dan ini juga boleh dijadikan suatu pengalaman, di mana sepanjang 3 tahun berada di universiti malaya, saya tidak pernah lagi menginap di tempat yang lain selain di kolej kediaman. dan setelah sedikit perbincangan, alhamdulillah saya dan beberapa orang rakan telah berjaya mendapatkan satu rumah sewa di kawasan shah alam, berhampiran dengan uitm shah alam, dan juga lebih kurang 10 minit dari tempat praktikal. dengan sewa yang agak bersesuaian, kami sudah sepakat untuk menginap di sana sepanjang sesi praktikal ini. malangnya, semasa kami sibuk menghadapi peperiksaan yang lepas, kami diberitahu bahawa tuan rumah itu ingin menaik taraf rumah itu, dan ini bermakna kami tidak dapat untuk mendiami rumah itu. setelah perbincangan lanjut diadakan, saya telah membuat keputusan untuk menginap pula di rumah seorang rakan, di bandar klang, juga lebih kurang 10 minit ke tempat kerja. pada hari ahad, sehari sebelum saya melaporkan diri, saya telah bersiap sedia untuk berpindah ke sana. namun, sedikit perubahan rancangan di saat-saat akhir berlaku. seorang rakan yang sepatutnya sama-sama berpindah ke rumah sewa di klang berubah fikiran. dengan alasan malas untuk mengangkut barang, dia mencadangkan supaya kami menyewa sahaja rumah sewanya, di vista angkasa, berdekatan dengan universiti malaya, di mana rumah sewa di klang itu adalah pada tingkat 5, dan tiada kemudahan lif disediakan. akhirnya, saya bersetuju dengan cadangannya, dan hasilnya, pada hari ini saya menginap di rumah sewa di vista angkasa, 5 orang serumah, dengan bayaran sewa yang masih belum diberitahu, masih boleh dibincangkan.

"pemandangan menara telekom dari balkoni rumah sewa..."

"NEXT..."

latihan industri...


"bangunan pentadbiran sjjc..."

pada 5 mei yang lepas, saya telah melaporkan diri di stesen janakuasa jambatan connaught (sjjc), klang, bagi menjalani latihan industri selama 2 bulan di sana. setibanya kami di sana, kami bertemu dengan 4 orang lagi rakan praktikal kami selama 2 bulan di sana, iaitu dua rakan dari utm skudai, saudara hazrek dan saudari idayu, dan dua lagi bakal kapten dari universiti pertahanan nasional malaysia (upnm), saudari zazalina dan saudari nadiah. alhamdulillah, kami semua dapat beramah mesra dengan baik, dan sesi perkenalan pada pagi itu berjalan dengan lancar.

setelah segala urusan pendaftaran telah selesai, kami semua telah diberikan beberapa barangan secara percuma dari pihak sjjc, iaitu kasut keselamatan, topi keselamatan, tag nama dan kad punch card. barang-barang ini adalah untuk menandakan secara rasminya kami adalah warga sjjc dalam tempoh praktikal selama 2 bulan ini.


"my first card, LOL.."

"the number doesn't have any significant, they just give it randomly, i think..."

secara umumnya, praktikal di sjjc ini ada keseronokannya dan juga ada kebosanannya, di mana part yang seronok tuh adalah oleh kerana bilangan kami yang ramai, kami dapat menguasai suasana, di mana ceramah pengenalan yang agak bosan itu pun telah dapat kami ceriakan dengan bertanya beberapa soalan yang boleh mendatangkan sedikit unsur-unsur jenaka bagi yang mendengarnya. namun, oleh kerana kami tidak dibayar apa-apa elaun, mereka tidak akan memberikan apa-apa tugas kepada kami. apa yang kami lakukan setiap hari adalah melihat jadual tugasan harian, dan mengikut sesiapa yang bertugas pada ketika itu, mengikut kehendak masing-masing. dan sebelum terlupa, kami telah diletakkan di unit ecni (electrical control and instrumentation) dan oleh kerana bilangan jurutera dalam unit ecni itu hanyalah 3 lelaki dan 1 wanita, kami tidak berpeluang untuk mengikuti kerja-kerja seorang jurutera; kami hanya mengikuti gerak kerja seorang juruteknik. namun begitu, kelebihan utama sjjc ini adalah para juruteknik sjjc begitu berkemahiran, sehingga mereka dapat menyelesaikan tugasan yang sepatutnya adalah tanggungjawab jurutera. di sini, kepercayaan memainkan peranan yang penting, di mana para jurutera percaya para juruteknik dapat menyelesaikan tugas-tugas mereka dengan baik, dan jurutera akan menyelesaikan tugas-tugas perancangan yang lebih besar, ataupun tugas penyelidikan (research and development). dan secara mudahnya, di sini saya sertakan jadual harian kami sebagai pelatih di sjjc, yang sungguh rilek, hehe...

0800am : punch card masuk
0800am-0830am : sarapan di kafe sjjc (bayar sendiri la...)
0830am : perjumpaan pagi di unit ecni, menerangkan tugasan untuk hari itu
0830am-1000am : memulakan tugasan masing-masing
1000am-1030am : rehat, minum pagi di kafe sjjc
1030am-1200pm : meneruskan tugasan
1200pm-0200pm : rehat, makan tengah hari, solat
0200pm-0330pm : tugasan diteruskan
0300pm-0400pm : rehat, minum di kafe sjjc
0400pm-0500pm : tugasan diteruskan
0500pm-0530pm : rehat, berkemas untuk pulang, solat
0530pm : punch card keluar

dan berikut adalah beberapa gambar semasa kami menjalani praktikal di sini...

"aku berlatarbelakangkan serobong asap turbin stim (steam turbine)"

"rakan-rakan sepraktikal, di cecr (control room)"

"mende nih la yang mengawal keseluruhan power plant..."\

"bangunan remaco (repair and maintenance co.), anak syarikat tnb, pakcik tuh cakap kat sini banyak buat penggambaran filem-filem dan iklan, dunno betui ke tak, hehe.."

"beb, jaga-jaga naik tangga tuh, jatuh aku lari..."

"lompatan yang penuh kegembiraan (konon la...hehe..) "

satu perkara yang sungguh unik di sini adalah dari segi hiasan dalaman dan pelabelannya. di sjjc, kami mengamalkan sistem 5S, di mana sistem ini digunakan sepenuhnya untuk memastikan segala sumber-sumber tersusun dengan lebih teratur, bagi memaksimakan tugasan-tugasan yang dilaksanakan. dan hasilnya, segala barangan di sjjc dilabelkan, termasuklah pasu-pasu bunga dan hiasan gambar di dinding. dan apa yang menariknya, notis-notis di sini agak unik...

"nak jadi perokok yang beretika? baca mende nih, hehe.."


"reverse parking? huhu... "

di sjjc, kami perlu mengamalkan sistem reverse parking, yang akan dapat memastikan keselamatan kami terjaga, di mana sekiranya kecemasan, kenderaan dapat dikeluarkan dengan segera, tidak perlu reverse dahulu sebelum keluar...

"baca tuh, jangan harapkan orang lain untuk membuatnya, hehe.."

"NEXT..."


"uh?"

eh, mende nih? ala, jangan la main-main. aku nak citer pasai mende lain nih...mende nih biarlah hanya aku dan si hatie yang tahu, hehe... :P

ok..ok...

"NEXT..."

aha, dah abeh ek...

rasanya itu sajalah yang boleh saya coretkan pada kali ini. insya allah, panjang umur murah rezeki saya akan ceritakan lebih lanjut lagi mengenai apa yang berlaku. bagi rakan-rakan yang mengambil semester khas, selamat belajar...bagi rakan-rakan yang menjalani praktikal, selamat bekerja...dan bagi rakan-rakan yang sedang bercuti, jeles~~ahaha~..

sekian dari saya, terima kasih~

hee...

Until then..

spoken by…
angel-me
10.40pmm, may 28, 08


Sunday, May 4, 2008

:: I think I'm lazy, haha... ::

time : 02.25am
date : may 4, 2008
place : bilik bacaan guthrie (dunno if i spell it right..)
background music : senyap... (kt bbg xleh bising2, nanti kna marah, hehe..)


Nampaknya, segala azam dan kata-kata aku untuk sering update blog nih tak menjadi gak. Nak wat camne kan, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Ni pun saat aku nak tulis post nih banyak sangat halangan yang menimpa. Aku mula berada di bbg nih dari jam 10pm tadi, baru merancang kata-kata yang mahu ditulis, tiba-tiba ada yang mengajak mengambil majalah kolej, yang baru terbit. So, aku terus ke bilik redaksi mengambil majalah, pastuh ingat nak terus menyambung penulisan. Dah tu tetiba ada lak member ajak minum kat kafe kolej. Dah lepak kat kafe, memang tak sah la kalau sekejap je, so aku lepak kat situ barang sejam dua, padahal order air milo je. Lepas abih minum, singgah lak sekejap kat dewan makan kolej, berborak dengan rakan yang studi kat sana. Last-last cam rasa mengantuk sikit, trus beredar dari situ, ingat nak terus ke bilik, tido. Tapi piki-piki balik, bila lagi nak update blog nih kan, pasnih tak tahu nak online kat mana lagi. Dengan pemikiran tuh, tercegat la aku kat sini, menulis apa-apa yang terlintas di fikiran ketika ini, di kala mata seperti sudah bersedia untuk direhatkan, di kala badan meminta-minta dibaringkan, dan di kala hati sudah bersedia untuk memasuki alam mimpi...


Exam...

Aku baru sahaja selesai menduduki paper terakhir untuk semester ini pada hari jumaat yang lepas. And for the first time, aku rasa agak bersedia untuk menghadapi peperiksaan pada semester ini. Alhamdulillah, aku mula serius belajar untuk exam agak awal berbanding pada semester yang lalu, dengan seminggu lagi sebelum exam aku dah hampir selesai mengulangkaji separuh dari apa yang sepatutnya aku ketahui, berbanding semester yang lain, aku hanya mula mengulangkaji beberapa hari sebelum peperiksaan. Dan hasilnya, aku seperti agak berpuas hati semasa menjawab 4 daripada 5 subjek yang aku ambil semester ini. Betul atau tak apa yang aku jawab, hanya lecturer yang tahu. Yang penting, pada aku, aku dah cuba buat yang terbaik, dan hasilnya terserah kepada takdir ilahi. Hopefully, aku lepas semua subjek sem nih. Sekarang nih aku tahu yang aku memang tak mampu untuk target tinggi-tinggi, apatah lagi target nak dapat dean list tuh. Sebab sejarah pointer aku tak pernah lagi melepasi tarai 3 pointer, paling tinggi 2.96 (tensen sungguh, lagi sikit je nak dapat, huhu..). Dan memandangkan kebiasaannya tahun 3 nih agak sukar, memang susah la bagi aku untuk menaikkan pointer yang dah sedia rendah nih. And pengalaman fail satu paper sem lepas sangat menyakitkan bagi aku. Walaupun pada luarannya aku seperti tak kisah, tapi memang masih terasa lagi kesedihan time aku tau yang aku fail satu paper. And hopefully i won't have to go there again, sekali fail dah la, insya Allah...

Kolej...





Sedar tak sedar dah masuk 3 tahun aku mendiami kolej kediaman kedua, UM nih. Dan persoalan yang sama dah mula timbul time setiap kali penghujung semester sesi, sama ada sesi akan datang masih lagi menetap di kolej, atau mula mencari rumah sewa di luar. Buat masa nih aku masih lagi mengikut saranan ayahku, yang masih mahukan aku tinggal menginap di kolej sahaja. Tapi tu la, kadang-kadang aku terfikir gak, kalaulah aku tetiba nanti first time duduk rumah sendiri time aku keje nanti, dapat ke aku sesuaikan diri..Dengan bil air, bil elektrik bayar sendiri, makan pakai semua tanggung sendiri, tak pasti sama ada aku dapat menguruskannya nanti. Tu la antara sebab aku cam teringin nak duk luar, leh cuba belajar hidup berdikari. Tapi kalo fikirkan balik, ada gak advantage aku masih lagi duk kolej. Cam membe aku cakap, oleh kerana kat kolej aku nih makanan masuk dalam yuran siap-siap, at least kalo aku takde duit pun, makanan masih lagi available. Dan lagi, kolej aku nih hanya bersebelahan jer dengan fakulti, so agak senang la kalau ada kelas malam atau yang seangkatan dengannya. Tapi tu la, majoriti kosmet aku semua dah duk luar, duk rumah sewa masing-masing. Cam kalau nak wat studi group tuh pun kena datang ke fakulti, agak sukar nak berkumpul ramai-ramai. Tapi piki-piki, setakat nih aku lagi selesa menginap kat kolej je. Fakulti dekat, makan ada, letrik air tak yah piki, leh pakai je tanpa had. Member pun ada, just aku kena rajin berkawan dengan dak-dak junior la, sebab mostly senior students dah duk luar. Tapi satu yang aku suka duk kolej nih, sebab insya Allah ibadah aku terjaga. At least senang sikit nak solat berjemaah kat surau, ada aktiviti-aktiviti agama aku leh ikut. Kalo kat luar nih tak tahu la aku camner. Tapi takpe la, at least sekarang nih aku dah dapat tempat kat kolej untuk sesi depan. Tak yah nak pening-pening lagi piki pasai rumah, hehe...


Hati...




Suatu ketika dahulu aku mendengar pelbagai kisah pasal pasangan-pasangan yang hangat bercinta nih. Ada yang leh kekal, ada yang putus, ada yang cam putus tapi masih lagi kekal, ada yang dah ada pasangan, tapi gatai lagi cari orang lain. Pendek kata dah banyak la kisah-kisah camnih aku dengar. Dan kadang kala kisah-kisah camnih membuatkan aku takut untuk memulakan, takut untuk memasuki bidang ini dengan lebih mendalam, sehinggakan tercetusnya masalah dari perasaan takut dan kurang berpengalamannya aku dalam bidang ini. Benar, aku memang rapat dengan semua orang, tak kira orang itu aku minati atau tidak. Ramai yang sudah meneka aku menyukai seseorang itu, padahal aku hanya menganggapnya sebagai rakan sahaja, sehinggakan ada yang mengatakan aku menyukai seseorang itu, hanya aku memendam perasaan sahaja, sehingga memaksanya 'bertindak' lebih awal. Dan kadang kala aku seperti tidak dapat untuk menyatakan bahawa aku hanya menganggapnya sebagai rakan sahaja, tidak lebih dari itu. Dan dari itu timbullah segala masalah yang lain, yang sehingga kini masih aku sesali...But enough about that, let bygones be bygones la kan. Just kali nih aku nak menceritakan sesuatu yang sangat-sangat personal, yang kadang kala aku ingin simpankan sahaja dari pengetahuan orang lain. Tapi, mungkin kerana cemburu membaca mengenai Kamal dan hati-hatinya, aku seperti mahu melakarkan sesuatu mengenai hatiku pula (ko ingat ko sorg je ke ada hati, aku pun ada gak la, hehe...).


And sehingga saat ini, aku seperti masih sukar untuk percaya yang aku sudah mempunyai 'hati'. Kadang kala 'hati' pernah bertanya, kenapa aku menyukainya? Dan secara jujurnya, aku sendiri tidak memahami kenapa perasaan itu timbul. Tak tahu la kenapa, sejak pertama kali aku melihatnya, seperti ada satu kemahuan timbul dalam hati nih, seperti mahu mengenali 'hati' dengan lebih mendalam lagi. Time tu aku tak tahu lagi sama ada itu yang dipanggil 'cinta pandang pertama' atau tidak, sebab aku takde la tetiba berdebar-debar time tengok si 'hati' pada ketika itu, just terdetik untuk mengenali sahaja. Dan setelah beberapa sesi taaruf secara tak rasmi, perasaan ingin mengenali lebih lanjut itu makin menyala, menimbulkan pula perasaan ingin bersama (cam kelakar lak aku guna ayat nih, wei, aku bukan mat jiwang la...). Dan hasilnya, aku sudah mempunyai 'hati', haha...Secara jujurnya, pengalaman aku mengenai hal menjaga 'hati' nih amatlah kurang. Walaupun aku banyak mendengar kisah-kisah dari rakan-rakan yang pernah bercinta, namun pengalaman orang lain dan pengalaman sendiri rupa-rupanya cukup berbeza. Dan itulah yang baru aku pelajari setelah hampir sebulan bersama 'hati'. Dan syukur Alhamdulillah, si 'hati' dapat menerima diri ini seadanya, dapat menerima aku yang masih belajar mengenai bidang ini. Just seperti mana yang rakan aku pernah katakan, cinta nih berkait rapat dengan komitmen, dan cinta nih tidak boleh dijadikan satu ujikaji sahaja. Insya Allah, aku berharap agar perhubungan kami nih dapat la berkekalan sampai bila-bila, agar aku dapat neman dia sampai bila-bila...


Praktikal..

Insya Allah, Isnin nanti aku bakal memulakan latihan industri kat Stesen Janakuasa TNB Klang. Latihan industri nih adalah satu kemestian bagi setiap student degree in electrical engineering, yang sedikit sebanyak dapat mendedahkan kami dengan alam pekerjaan. Honestly, aku tak tahu sama ada aku sudah bersedia untuk memasuki alam pekerjaan, cam aku belum ready je. Tapi nak tanak, memang aku kena bersedia la, sebab nak tanak, aku kena gak alami praktikal nih. Just hopefully aku akan dapat menerima segala apa yang bakal aku lalui la. Untuk latihan industri selama 2 bulan lebih nih, aku akan menginap di rumah sewa di Klang, dan tak pasti sama ada mereka mempunyai talian internet yang boleh digunakan. So rasanya semua mengalami perkara yang sama, asal cuti je terus putus hubungan internet. Anyway, just hoping that i'll learn something good semasa praktikal kali nih, yang mungkin dapat menguatkan lagi azam aku untuk menjadi seorang jurutera elektrik yang cemerlang, gemilang dan terbilang, haha...

Until then..

spoken by…
angel-me
03.43am, may 4, 08