Saturday, December 15, 2007

:: 3 minggu di kolej.. ::

time : 03.49pm
date : december 15, 2007
place : masih di bilik orang lain…
background music : rimas, the fabulous cat (tul ke aku eja nih, hehe.. :P )

Assalamualaikum…

Banyak yang dah berlaku sepanjang tiga minggu aku berada di kolej untuk latihan khas pasukan kompang kolej 2, UM. Dan oleh kerana hari ini adalah hari kedua terakhir aku di sini, ada baiknya jika aku cuba meluangkan sedikit masa untuk menulis sesuatu di blog yg sudah agak lama ditinggalkan nih. Hasrat hati tuh dari dlu g nk tulis something, tp asal tgh tulis tuh, mesti ada sesuatu perkara yg tetiba berlaku, yg menyebabkn aku tetiba hilang mood untuk menulis. N kali nih harap2 xde la apapa yg berlaku, yg dpt hilangkn mood menulis aku lg…


Latihan khas pasukan kompang kolej 2, UM...

Untuk permulaannya, aku dapat katakan bahawa matlamat latihan khas 3 minggu nih telah dapat dicapai. Secara asasnya, segala-galanya dah complete, n right now kami hanya perlu memantapkan lagi persembahan kami. Alhamdulillah, aku sendri seperti sukar menjangkakn kami dpt menyempurnakn segala-galanya dalam jangka masa 3 minggu nih. Pada mulanya mmg aku agak risau dgn segala-galanya, kerana berbeza dgn 2 tahun yg sebelum ini, majoriti junior2 kompang tahun nih agak fresh; xberapa tahu mengenai seni permainan kompang nih. Nasib baik diorg nih jenis yg mudah nk belajar, dan hasilnya skrg nih mostly kami dh dpt bersedia utk memberikn persembahan yg terbaik semasa hari pertandingan nanti, Insya Allah. For those yg xtau lg, kami, pasukan kompang kolej 2, UM akan menyertai pertandingan kompang sempena Festival Seni (FESENI) UM, dan tarikh pertandingn kompang adalah pada 12 januari, sebelah petang, di Dewan Tuanku Canselor (DTC) UM. Secara asasnya, kami diberikan masa sebanyak 10 minit, untuk mempersembahkn satu persembahan yg meliputi seni pukulan kompang, seni nyanyian dan juga seni tarian. Pada awalnya mmg la agak susah, tp lama kelamaan kami dh dpt membiasakn diri untuk menyanyi, menari, dan juga memukul kompang pada masa yg sma. Dan sudah tentunya tarian2 yg kami persembahn nih bukanlah seperti tarian2 yg dipersembahkn oleh budak2 tarian tradisional yg sungguh berseni tuh. Tarian kami nih boleh dikatakn sebagai gerakn formasi pasukn kawad; lebih banyak menggunakn gerakan kaki. N bagi yg nk tau lebih lanjut pasai persembahn kompang nih, dtg la tgk kami semasa hari pertandingan nanti, n do giv us support. Thanks~ :)


Motosikal utk sem hadapan…

"should i also buy a hippo hand? "

Dalam minggu pertama kem kompang kami, ayah telah menelefon, menyuruhku tgk2 harga moto kt area kl nih, sbb ayah dh bg green light kt aku utk bli moto, yay! Hehe. Actually dh lama aku tringin nk bwk moto dtg UM nih, sbb mostly kosmet aku dh duk lua, jauh dari aku yg sampai skrg duk kt kolej jak. So mmg agak susah la nk studi ngan diorg, sbb aku agak malas nk naik bas (sbb biasanya penuh ngan perempuan, segan.. LoL) n nk jln kaki pun agak malas sbb panas.. So mmg aku seronok sgt2 la time ayah aku bg green light nk beli moto. Tp xtau g la sama ada nk bli kt area rumah aku, atau nk cari satu kt KL nih jak. Mende2 tuh nanti aku bincang g ngan ayah aku time aku balik bercuti sempena raya haji nanti. Hopefully kalo aku dh ada moto nanti, xde la aku asyik jalan2 jak, smpi terabai pelajaran, sbb aku nih mmg jenis yg ske berjalan2 kalo ada kenderaan. Nk naik keta tuh mmg x la, sbb lesen keta aku xamik g. so mmg moto je la harapan aku stakat nih. Mna tau nanti dh ada moto, leh la aku round2 KL cari kwn2 skola aku dlu. Cam aritu, dpt je pinjm moto rumet, aku trus bertolak p UPM, nk jumpa kwn2 aku kt sna. Ni dh ada moto nih leh la aku slalu p sna, hehe.


Boling team kompang beramai2…

"OK, maybe that's the reason I didn't play well, LoL"

Pada hari khamis yg lepas, dak2 kompang perempuan ajak kami ramai2 keluar jalan2 main bowling kt mid valley megamall. Awal2 mmg ramai la stuju, ckp nk kumpul lepas zohor, nk p mid valley sama2. Tgk2 last2 sume ckp kansel la, penat la, hampeh gak la aku dgr, huhu.. Nasib baik kapten kompang kami, en faiz nk join skali. Kalo x, aku sorg je la dak laki yg pegi ngan dak2 pompuan jr tuh p main boling. Awal2 mmg cuak gak la nk main bowling, sbb last aku main pun time aku kt matrik; aku xslalu sgt dijemput2 main bowling beramai2, n kalo ada org invite pun biasanya aku malas nk p, sbb riso xreti main. Tp this time aku try je, sbb dh lama kn xmain, bole try blaja2 g. mmg still takut g time nk baling bola tuh, sbb riso tetiba bola tuh terlambung pegi belakang lak. Time tuh scara kebetulan ada senior2 kolej aku main bowling skali kt sna, so agak meriah gak la kami main boling beramai2 time tuh. Awal2 ingat just nk main biasa2 je, tp shockingly aku dpt menang lak game tuh, LoL! Tp menang pun xde bnyk sgt la, kalo xsilap just dpt 96 point jak, menewaskn en faiz yg dpt 95 point. Satu je point aku menang, truk tul, hehe. Tp ok la kn for beginner.. Tringin gak la nk main ramai2 g, n kalo lg ramai ikut skali mesti best.


Rantai Art Event 2007

"A great art exhibition.. "

Pagi nih aku baru je balik dari tgk satu art exhibition kt area2 KLCC, Rantai Art Event 2007. Awal2 aku xtau apape pun pasai mende nih, tp kwn aku tetiba tny kt mna tempat exhibition nih, dia suruh aku tgk2 kt internet. Skali aku tgk kt website dia, cam teringin lak aku nk pegi skali, sbb aku pun agak berminat gak ngan exhibition kesenian nih. Secara keseluruhannya, event nih ada mempamerkn beberapa hasil seni satu grup artis muda, sama ada dlm bidang lukisan, seni fotografi, dan bnyk lg cabang2 seni yg lain. Seni muzik pun ada skali kt sini.

We are a group of young creative individuals called Rantai. We are planning to have the normal creative art pieces , art booth displaying crafts , performing art - musical performance by our talented musician / artists , poem recital , sketch , art auction , and screening of short films and animation works We hope to express our untapped talent and ideas to the public.

Persekitaran tempat exhibition nih agak simple, dgn hanya diadakn di dalam satu bangunan (yg mungkin adalah sebuah rumah pada mulanya) yang telah dihias dgn penuh unsur2 seni. N mmg semua nama2 yg ada kt dlm exhibition nih langsung aku xkenai, sbb mmg aku xkenai sorg pun artis2 seni nih, artis2 lagu2 tau la kot, hehe. Ada gak la muka2 yg dikenali dlm hasil2 seni tuh, ada sorg jr aku kt 2nd pun ada gak jd model. In overall, best gak la p art exhibition nih. Walaupun segala-galanya agak simple, xseperti exhibition mega2 yg wat kt hotel2 sume2 tuh, tp aku agak suka ngan persekitaran yg agak simple, agak xberapa formal nih, mostly because aku mmg xske sgt pun event2 formal nih, malas.. :P Bg yg nk dtg event nih, maybe agak terlambat la, sbb event nih last sampai 16hb je. Tp kalo sempat, dtg la sni, agak menarik tgk hasil2 seni org2 lain. Tgk la, kalo sempat, nanti aku try upload beberapa hasil seni diorg kt sni, utk tatapan rakan2 pembaca.


Selamat hari raya aidiladha..

"Selamat Hari Raya Aidiladha.. "

Insya allah, pada 20hb November nih, bersamaan dgn 10 zulhijjah, umat islam di seluruh dunia akan menyambut hari raya aidiladha; well, maybe not all la, sbb dgr2 saudara2 di mesir sna tuh sambut awal sehari. Tp kt Malaysia nih mmg sambut 10hb nanti la. Pasai pengisian hari raya aidiladha nih rasa2 xperlu la aku nk citer panjang, rasa2 korg semua pun dh sedia maklum kn. Tp tah la, maybe penghayatan aku xbrapa cukup g, aku seperti xdpt rasa apa2 kelainan semasa hari raya aidiladha yg lepas. Kali nih xtau la camne, tp Alhamdulillah kali nih aku dpt merayaknnya bersama keluarga2 tersayang; aku balik rumah 16hb, mungkin dlm 24hb nanti baru balik kolej. Dgr2 area rumah aku kt Kedah tuh menyambut hari raya aidiladha dgn lebih meriah dari semasa mereka menyambut hari raya aidilfitri, hopefully aku akan dpt sedikit pengisian semasa sambutan hari raya aidiladha nanti. Di kesempatan nih, aku nk ucapkn selamat hari raya aidiladha buat rakan2 pembaca yg beragama Islam, moga2 kita dpt mengambil iktibar dari peristiwa di sebalik sambutan hari raya aidiladha ini.


Result yg menyedihkan…

"But mom, I failed my Electromagnetic Theory subject, not Latin.. "

Dlm beberapa hari yg lepas, aku dh dpt tahu sedikit sebanyak keputusan xrasmi subjek2 yg aku amik dlm sem 1 yg lepas. Secara keseluruhannya, mmg seperti yg dijangkakn, sbb mostly aku just dpt cukup2 makan je. Mmg sem nih aku agak pemalas; lebih malas dari semester2 yg lepas. N shockingly, badi yg disebut2 oleh senior yg sama no matrik ngan aku menjadi kenyataan, aku fail satu subjek..! (sedey~). Ini mmg kali pertama aku fail subjek sepanjang pengajian aku kt UM nih, dan aku mmg sgt2 berharap mende2 nih xberlaku kt aku. Tp a part of me mmg rasa I deserve it pun, sbb utk subjek yg aku fail tuh mmg selalu ponteng2 klas, blaja xmasuk, n bnyk2 g la. N yg lebih menyedihkn tuh aku hanya boleh repeat subjek tuh semasa semester 1 hadapan, sbb subjek nih xditawarkn semasa semester 2 nanti. Kalo bole repeat sem 2 nanti, mmg aku ingat nk amik trus, sbb plan asal tahun 4 nanti aku nk kurangkn subjek2 lain nih, nk try tumpukn kt tesis aku la konon2. Tp nk wat camne kn, dh mmg aku layak dpt result camtuh, trima je la. Even org lain ckp aku bakal sedey, even aku buat2 cam aku sedey, tp honestly, aku mmg xrasa apa2 kesedihan time dpt tau result nih. Sebab pertama, aku mmg tau aku bakal fail subjek nih, sbb2 aku fikir camtuh dh dinyatakn di atas (all dat ponteng2 stuff la..). tp tah la, maybe sbb nih my first experience lalui mende2 fail nih, aku sperti xdpt ramal apa akn berlaku in da future. Org ckp once kita dh fail, kita seperti cam nk fail lg subjek2 yg lain, kira nk rasa lg la kegagalan tuh. Tp hopefully I’ll do my best in da future, n dpt grad dlm masa 4 tahun seperti dirancang, Insya Allah…

Rasa2 nih je la kot yg aku nk tulis kali nih. Ada lagi beberapa peristiwa menarik yg berlaku pada aku sepanjang cuti nih, tp buat masa nih biarlah ianya didiamkn sahaja. Thanks sbb sudi dtg baca blog aku nih, hope all of u have a good day after this. Selamat hari raya aidiladha, dan selamat bercuti utk rakan2 universiti sekalian.



spoken by...

angel-me

04.49pm

december 15, 07