Saturday, March 1, 2008

:: kompang 2nd, revisited.. ::

time : 05.44pm
date : march 01, 2008
place : bilik mat azim kt 10th college...
background music : none (senyap sunyi jer... )



AKHIRNYA...
SETELAH SEKIAN LAMA MENUNGGU...
KINI DIPERSEMBAHKAN...
PASUKAN JUARA...
FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA 2008..
DALAM ACARA SENI KOMPANG..

PASUKAN KOLEJ KEDIAMAN TUANKU BAHIYAH.. !!!!


(sila tepuk, kalo tak aku tanak sambung nulih...ngeh3)


Segala-galanya bermula sejak semester satu sesi 2007/08 ini bermula. Dengan diketuai oleh saudara Mohd Faiz Auspan, pasukan kompang Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah sesi 07/08 telah ditubuhkan. Beberapa kelas kemahiran kompang telah diadakan sejak bermulanya semester satu lagi yang telah dikendalikan oleh senior-senior kompang KKTB sendiri, bagi memilih beberapa pelajar junior yang berbakat untuk diketengahkan di dalam seni kompang ini.

Setelah puas memerhati, menguji dan memilih, akhirnya senarai nama terakhir 16 pelajar yang akan mewakili kolej untuk ke pertandingan Seni Kompang FESENI '08 telah berjaya diperolehi. Peserta-peserta kompang FESENI '08 ini ialah:

  1. MUHAMMAD FAIZ BIN AUSPAN (kapten) a.k.a. paiz
  2. MOHD RIDZUAN AHAMAD a.k.a. abg mangga
  3. MOHD ABU YAZID B ABU BAKAR a.k.a. abuya
  4. MOHD AZWAN BIN MOHD MUSLIM a.k.a. wan
  5. AIMAN BIN RUSLAN a.k.a. man
  6. NOR HAFIZ BIN ZAINAL ABIDIN a.k.a. nipong
  7. MOHD TAUFIQ BIN SUJANGI a.k.a.topek
  8. MOHD 'AFIIFII ABD GHANI a.k.a. teneng
  9. MUHAMMAD HAFIZ BIN ZOLKEPLI a.k.a. blur
  10. AHMAD ZULAZLAN SHAH BIN ZULKIFLI a.k.a. alan
  11. NUR ATINA BT OSMAN a.k.a. tiena
  12. NOR AMALINA BT AB. WAHAB a.k.a. ema
  13. NOOR 'IZZATI BINTI ABDILLAH a.k.a. zatie
  14. FIKRIYAH BINTI AMAT SAHRI a.k.a. fiQ
  15. SITI NAJWA BINTI MD JASNIN a.k.a. wa
  16. ZAIDA ASMA BINTI YAHAYA a.k.a. cekda

BERDIRI DARI KIRI : BLUR, ABUYA, FAIZ, TOPEK, MANGGA, NIPONG, AIMAN, TENENG, WAN, ALAN.
DUDUK DARI KIRI : CEKDA, FIQ, EMA, ZATIE, TIENA, WA


Setelah ahli pasukan telah dipilih, latihan demi latihan telah diadakan sepanjang malam, bagi memastikan kemenangan di dalam gengaman pasukan ini. Beberapa insiden yang telah terjadi sepanjang sesi latihan tidak sedikit pun dapat melemahkan semangan ahli pasukan ini untuk mencapai kejuaraan. Insiden tangan berdarah, kompang pecah, dan kata-kata kutukan dari warga kolej yang inginkan malam mereka tidak diganggu dengan bunyi-bunyi indah paluan kompang pasukan ini tidak dapat menggugat semangat kami untuk menggenggam kejuaraan buat kali yang bertama..

Akhirnya, setelah sekian lama berlatih, kami tiba kepada hari pertandingan...
_________________________________________________________

12 JANUARI 2008

PERSEDIAAN KE MEDAN PERTANDINGAN...

Dengan dipantau oleh ahli jawatankuasa JKP Kesenian KKTB, ahli pasukan kompang KKTB telah dihiaskan dengan segala perhiasan yang mungkin. Dengan pakaian yang baru, tanjak yang rapi, dan mekap muka yang tebal, sedikit sebanyak telah menguatkan semangat kami pada hari itu.. (malu pun ada gak la, sbb first time pakai mekap tuh, ngeh3.. )

"mata tu pejam ye ema.."

"apa banyak sangat berpeluh nih..."

"nipong, tanjak aku ok x?"

"aku sedang memikirkan camne nk lari dari kena mekap.."

"barisan penyokong yang best.."
DI MEDAN PERTANDINGAN...

Oleh kerana kami adalah pasukan yang kedua, kami tiba lebih awal ke lokasi pertandingan, gazebo Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya. Setibanya kami di sana, kelihatan beberapa pasukan sudah tiba untuk mendaftarkan diri, dan juga untuk melakukan beberapa persediaan terakhir. dan rasa-rasanya cakap banyak pun tak guna, "Picture speak a thousand words.." :P


"muka-muka nervous sebelum match"

"bersedia untuk membuat persembahan"

"maintain, mangga, sat g je nk abeh nih..."

"yer cik adik, boleh saya berkenalan?"

"ewah..ewah..cak pong..cak pong"

"rilek, teneng, dh nk abeh nih"

"agak-agak jadi x kita wat tangga nih?"

"aku yg tersenyum gembira, ngeh3"

"yes. dh abeh perform, ngeh3..."

"bergambar kenangan ngan pasukan kompang kolej 1"

Rasanya itu je la yang mampu dilaporkan di saat ini. Insya allah esok kami akan mengadakan sedikit picnic "Sehari bersama kompang" dengan duit hadiah kemenangan kami ini. Di sini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat-peminat kami di luar sana, yang sentiasa menyokong kehadiran kami di dalam dunia seni ini. Insya allah, album pertama kami akan dikeluarkan setelah kami dapat mencari mana-mana syarikat rakaman yang berminat untuk mengeluarkan album kami, ngeh3...

Akhir kata, majulah kompang untuk negara...

P.E.A.C.E



spoken by...

angel-me

06.55 pm

march 01, 08