Wednesday, July 16, 2008

:: missing... ::

time : 12.03 pm
date : july 16, 2008
place : e213...
background music : bunyi org tgh drill lantai lobi, nk tuka baru lg la tuh, isk...isk..isk..

just dunno wat to say, wat to do..

mebi sebab lama tak menulis, is like i dunno how to write anymore..

and mebi, i've already forgotten why i create this blog..

or mebi, dengan wujudnya blog-blog lain yang dah makin hebat, rasa diri nih terlalu kecil lak...

rasa cam dah takde tujuan aku nak wat blog nih..

and ada gak terfikir nak hide je dulu blog nih, and make a comeback kalau dah stabil nanti...

but sadly, aku tak reti nak hidekan blog nih, padam tuh dah tau la..

takkan nak padam kot...

cam tak sanggup nak padam all dat wonderful comments dat i've once got..

from all those wonderful people..

takpe la, just biar je la blog nih kat sini, bukan ada orang nak baca pun kan, hehe..

and tadi, baru je merayau-rayau ke blog rakan-rakan...

ternampak beberapa komen..

how i missed dat comment..

how i missed dat writing style..

but what can i do anymore, aku dan dia dah makin jauh...

walaupun pada realitinya dekat, tapi pada hakikatnya sungguh jauh...

jauh merentasi satu galaksi yang aku sendiri pun tidak fahami...

suatu ketika dahulu aku seperti sudah menerimanya..

dan tak sangka kenangan lama tuh muncul kembali lak time aku tengok-tengok balik post-post lama..

(time nih la aku rasa nak padam je post-post tuh, wat aku jadi sentimental jer, siut tul..)

tah la, mebi berseorangan di dalam bilik memberikan ruang-ruang untuk pemikiran aku merayau kembali ke masa lampau...

mengingati segala kenangan manis..pahit..masam..sweet n sour..n macam-macam lagi la..

tapi nasib baik ada sesuatu yang mengganggu pemikiran aku nih jauh merayau ke masa lampau..

sesuatu bunyi muncul secara tiba-tiba, mengalihkan pandangan aku...



perut aku dah berbunyi, dah lapar la tuh...haha..





*toksah la penin-penin napa aku tulih mende nih, aku just bosan jer, hehe..

*thanks for reading.. :)

hee...

until then..

spoken by…
angel-me
12.16am, july 16, 08

Tuesday, July 15, 2008

:: yo~ ::

time : 12.31 am
date : july 15, 2008
place : bilik aku sorang, lala..
background music : persis mutiara, mila..

assalamualaikum, dan salam sejahtera..dah lebih sebulan tak menulis di sini, kadang2 rasa cam tanak sambung lagi lak menulis kat sini, hehe..tapi tu la, niat nak menulis tuh ada, just cam biasa, ketiadaan mood menghalang segala-galanya.. :P

praktikal dah abeh...

"ahh, da good ol' days, haha..."


alhamdulillah, last aku nulih kat sini adalah pasai praktikal aku kt stesen janakuasa tnb tuh, n pada saat nih, aku dah dapat menamatkan praktikal 2 bulan aku kat sana dengan jayanya. nak cite pengalaman best kat sana tuh memang tak cukup la satu post, sebab banyak sangat yang aku dapat dari sesi praktikal kat sana tuh. mende baru academically tuh memang banyak, ditambah lagi dengan knowledge aku pasal jalan-jalan kat klang nih, lagi-lagi dengan member-member baru yang aku dapat, dapat jadikan pengalaman aku kat sana tuh so priceless. tak kisah la tak dapat elaun, yang penting aku banyak dapat belajar benda baru kat sana, cam rasa tak cukup lak 2 bulan praktikal kat sana, hehe...anyway, thanks untuk semua yang membantu aku survive 2 bulan praktikal kat tnb power plant tuh, even aku tau diorang takkan baca blog nih, hehe...

bilik single?

pada saat nih, aku masih lagi berada di kolej 2, uni malaya, bagi meneruskan pengajian pada peringkat tahun ke empat, dan insya allah ini akan menjadi tahun terakhir aku di sini. dan dengan gelaran budak final year, aku dengan mudahnya mendapat sebuah bilik single, bilik yang hanya aku seorang sahaja penghuninya..niat hati dari dulu lagi nak apply bilik single, sebab geng-geng batch aku kat kolej nih ramai yang dah duduk luar, sama ada dah grad ataupun berpindah ke kolej lain atau rumah sewa, so tinggal aku je la kat sini. tu yang malas nak sebilik dengan junior, dan alhamdulillah aku dapat gak duduk bilik single, e213. pada awalnya memang la rasa best, sebab dapat duduk sorang je kan, kira cam ada privacy la nak wat apape pun. tp lelamer cam bosan lak duduk sorang-sorang nih, kalo ada rumet leh gak borak-borak kan. but thankfully, ada jer pengunjung setia bilik nih, sama ada datang nak main internet, pinjam barang, baca komik atau saja nak datang lepak-lepak, so takde la bosan sangat aku kat sini....tapi tu la, dah duduk sorang nih kena la rajin-rajin kemas bilik kan..sampai sekarang aku masih lagi tak dapat cari idea untuk decorate bilik single aku nih, design masih lagi dengan design lama. any suggestion?

jadual baru...


"cuti umum; isnin and rabu, yey~ "

jadual aku untuk semester ini boleh dikatakan agak relax, dengan setiap isnin dan rabu adalah hari cuti umum untuk aku, kerana pada kedua-dua hari nih aku takde kelas (so kalo ada sape-sape nak ajak aku keluar, sile ajak pada isnin dan rabu yer, hehe..). member sekursus aku siap plan lagi, on every isnin main bowling, on every rabu lak tengok wayang (abeh pokai la aku camtuh, hehe..). tapi nih pun awal-awal je, kata para senior la. sebab biasanya dak final year akan sibuk dengan tesis masing-masing, dan mungkin hari isnin dan rabu nih la masa untuk menyiapkan segala kerja yang berkaitan dengan tesis kami nanti. just hope tajuk aku nanti tak susah sangat la, sebab kat sini segala tajuk tesis akan diberikan oleh lecturer, kitorang just pilih sape lecturer as our supervisor je.

dan sekarang, sejak aku habis je praktikal 2 bulan nih, ada satu lak penyakit baru timbul; tidur awal..cam sekarang nih, aku dah beberapa kali dah menguap, padahal baru jam 1 lebih je kan. mebi sebab dulu time praktikal selalu tidur awal, dah terbawak sampai sekarang lak, hopefully tabiat nih bole berubah la, insya allah...

oleh kerana aku dah beberapa kali menguap, rasa adalah lebih elok aku masuk tidur sekarang nih. sorry again sebab lama dah tak update, and aku tanak janji bile nak update lagi, sebab biasanya aku update pun ikut mood gak. anyway, thanks for reading, and all da best for you all in this new semester, peace...

*hepi bufday kamal, sori aku tak email ko lagi for asking ur permission nak baca ur blog, aritu ada gak anta, tapi internet connection tetiba putus lak. i'll ask for ur email later, tak pun ko add je la aku: azwanmuslim@yahoo.com.. :P

hee...

until then..

spoken by…
angel-me
12.55am, july 15, 08